tujuh tahun lalu ( Jun 2004), di Rumah Gapena,diadakan dialog tentang Melayu di Singapura. Antara ahli panelnya penyair dan wartawan Djamal Tukimin dan penulis tersohor Masuri SN. Dialog diadakan sempena pelancaran buku “Perjalanan Mas ” terbitan ASAS 50.
Dalam Kertasnya Djamal antara lain menulis, “Keadaan Melayu di Singapura hampir sama dengan keadaan Cina di Malaysia. “Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani kata, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri.”
Yang dibimbangi Djamal cuma Melayu di Singapura “mulai terhakis. Ungkapan “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” sedikit demi sedikit kehilangan nilai dan wibawanya. .. Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras.”
Masuri SN melihat Melayu Singapura tidak lagi mempersoalkan budayanya. Katanya, “Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu, terutama dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu sendiri. Misalnya di kalangan genersi muda Melayu, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Bagusnya mereka tidak “merojakkan” bahasa Melayu seperti halnya orang Melayu di Malaysia.
Melayu Singapura umumnya cenderung berubah jati dirinya dan cara hidupnya menjadi Melayu diaspora. Ini telah pun berlaku kepada Melayu Afrika Selatan, Madagaskar atau Sri Lanka. Melayu di sana tidak lagi melambangkan lagi sifat tradisi dan ketulenan Melayu asalnya .
Kini telah tujuh tahun dialog berlalu. Bagaimanakah agaknya rupa dan sikap orang Melayu di pulau republik itu yang pada satu ketika dianggap bumi Melayu? Dengan namanya ketika itu Temasek! Masihkah kita ingat lagu Ole-Ole Dari Temasek, yang dinyayikan A. Ramlee.
Anwar Ibrahim has served as Prime Minister longer than three of five PMs in
the last six years and headed to be one of the three longest of ten Prime
Ministers in Malaysian history
-
The results of the Makhota by-election in Kluang on Saturday, following the
victory of the Unity Government in Nenggiri by-election in Kelantan,
signifies ...
1 month ago