PENSYARAH Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sohaimi Abdul Aziz mendakwa pusat pengajian tinggi hari ini merupakan tempat melahirkan manusia-robot (cyborg) yang hanya berfikir bagaimana hendak mencari untung. Unsur kapitalisme sudah berakar jauh. Keadaan ini sangat mendukacitakan. Sehubungan itu, usaha memanusiakan universiti sangat diperlukan. Unsur kemanusiaan perlu disuburkan di segenap pembinaan sendi ilmu dan penyebaran dan penggunaannya harus total.
Sehingga dengan demikian Sohaimi, mewajarkan tindakan agar pengajian sastera dan bahasa Melayu berubah demi tuntutan globalisasi menuju ke arh pelastrian. Maksudnya, universiti hendaklah menwarkan kursus yang dinamik dengan mengambil kira perkembangan dunia ilmu pada hari ini. Salah satu aspek penting perubahan ialah menwarkan skop penyelidikan dan penerbitan pengajian sastera dan bahasa Melayu. Kata Sohaimi, “Kita harus berfikir di luar kotak.”
Hasilnya, pada 31 Mac 2011 yang lalu, Profesor Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, USM, melancarkan Sekretariat Pengajian Sastera dan Bahasa Melayu Universiti-Universiti di Malaysia atau SPESBAM. Sekretariat ini yang ditubuhkan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pada 2010 dianggotai oleh pusat pengajian atau fakulti yang ada kaitan dengan pengajian bahasa dan sastera Melayu.
Dalam pelancaran itu, Zulkifli melihat penubuhannya adalah satu anjakan perubahan di dalam pengajian sastera dan bahasa Melayu dalam berdepan dengan segala cabaran, dan mengerakkan satu perancangan yang komprehensif bagi menjadikan pengajian sastera dan bahasa Melayu sebagai pengajian yang berdaya maju.
Pensyarah USM, Dr. Sohaimi Abd. Aziz
Kata Dzulkilfli “Penubuhan SPESBAM adalah satu usaha yang tepat pada masanya ketika pengajian sastera dan bahasa Melayu begitu diasak dengan pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial dan politik tempatan dan antarabangsa. Pada masa ini, pengajian sastera dan bahasa Melayu tidak lagi penting bukan sahaja di universiti tetapi juga di sekolah. Maruah pengajian ini telah diruntuhkan dan masa depannya semakin suram. “
Kata Dzulkilfli “Penubuhan SPESBAM adalah satu usaha yang tepat pada masanya ketika pengajian sastera dan bahasa Melayu begitu diasak dengan pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial dan politik tempatan dan antarabangsa. Pada masa ini, pengajian sastera dan bahasa Melayu tidak lagi penting bukan sahaja di universiti tetapi juga di sekolah. Maruah pengajian ini telah diruntuhkan dan masa depannya semakin suram. “
Harap-harap SPESBM benar-benar memenuhi aspirasi tenaga akademiknya untuk memperkembang cita rasa rakyat Malaysia demi ilmu sastera itu sendiri. Tidak hanya menjadi satu usaha hangat-hangat tahi ayam demi kepentingan segelintir individu yang agendanya masih tetap terarah mewujudkan robot-robot yang sibertik. Malaysia tidak mahu universiti hanya terkenal sebagai pusat penjana ilmu yang ideal tetapi cara pelaksanaannya kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata. Ia tetap di takuk dunia siber.
Maaf cakaplah. Bimbanag juga walhasil balik asal. Malaysia mahu melihat para ssterawannya dapat memanfaatkan hasil penubuhan SPESBM. Maklum sajalah universiti itu kan menara gading, pusat menjana ilmu.