Monday, 13 April 2020

I AM BACK TO SHARE ...

COMRADES I AM BACK.... FOR YOU!


TBS SENIOR LADIES. WHERE ARE THEY NOW?
TBBST Reuni in Shah Alam way back. Does anyone remember the occasion when it took place?

Friday, 25 August 2017

AIR MATA KAMALUDDIN LELA DI KA'ABAH



Terdapat banyak buku pegangan atau bimbingan mengerjakan haji atau umrah di Mekah di pasaran. Ada yang tebal dan ada yang nipis. Yang lengkap atau yang ringkas. Semua buku bimbingan ini ditulis dengan tujuan memudahkan orang ramai mengerjakan Haji atau Umrah. Kebanyakan buku ini dibawa bersama ke Mekah dan menjadi teman setia sepanjang perjalaman mengerjakan haji atau umrah.

Baru-baru ini sebuah buku tentang ibadah Haji dan Umrah ini mula dipasarkan. Buku ini ditulis oleh Haji Kamaluddin Haji Mat Lela, bekas wartawan Utusan Melayu. Menariknya buku ini ialah pendekatan penulisannya, yang lebih berbentuk catatan pengalaman penulisnya selama 46 hari di Mekah dan Madinah. Bagi mereka yang telah menunaikan sama ada haji atau umrah, buku ini merupakan catatan perjalanan Haji Kamaluddin dan isteri sepanjang tempoh menunaikan ibadah Haji di Mekah.

Perjalanan dan pengalaman begini dilalui oleh setiap orang yang mengerjakan haji. Tetapi berapa ramaikah yang mahu mencatatkannya untuk dikongsi terutama oleh mereka yang bakal naik haji, hatta yang menunaikan umrah sekalipun. Haji Kamaluddin mahir bercerita. Dengan bahasa yang mudah dan bersahaja, Haji Kamaluddin memanfaatkan pengalaman editorialnya selama bertugas di akhbar Utusan Zaman. Beliau juga adalah bekas wartawan yang tentunya peka tentang “nose for news”.

Setiap saat yang dilaluinya di Mekah dan Madinah diamati dan dirakamkan untuk kemudian dilahirkan dalam bentuk kata-kata di dalam bukunya ini. Buku ini diterbitkan oleh Dato’ Raja Ahmad Niza, yang juga bekas wartaawan Utusan Melayu. Dan seperti kata seorang teman baik Haji Kamaluddin, “Tak rugi membaca cerita menarik tentang Haji ini. Dan pengalaman menyunting Haji Kamaluddin membuatkan buku ini menarik dan enak dibaca.”

Bagi yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi pengarangnya di Jalan Gajah 8, Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh, Shah Alam, Selangor. 


Friday, 1 August 2014

SUASANA HALAL-BIHALAL (SYAWAL) SEHINGGA 01 OGOS 2014



Melalui sudut lensanya,  A.F.Yassin menyorot suasana Halal-Bihalal Syawal mulia 1435 H. bersamaan 28 Julai 2014. Sepanjang lima hari A.F.Yassin melakukan "kembara nuraninya" mulai dari Rawang pada Hari Raya pertama hingga ke Sogo pada hari keempat, 31 Julai; dan kembali memulakan kehidupan rutin kembali pada hari ini, Jumaat 1 Ogos 2014. Ikutilah kembaranya sepanjang tempoh Halal-Bihalal berkaitan. 


Sebelum minta diri (pamitan) keluarga Ahmad Nezam mengabadikan momen raya dengan rasa kesyukuran. Alhamdulillah! Kelihatan Rohana Iwan beserta tiga anaknya, Akil, Hakeem dan Noha sama-sama mengucap syukur.
Al-Fatihah. Secebis doa Arwah untuk yang mendahului keluarga. A.F.Yassin menghimbau pemergian anggota keluarga Hj. Yassin dan Aminah yang seingatnya bermula ketika berusia belum sekolah. Adik perempuan keduanya, Saadiah Yasin meninggal dalam ribaan emak di rumah Uwan Saadan Kassim, emak saudara emak akibat sakit demam panas. Usia Saadiah pada masa itu kira-kira enam bulan. Abah menggendong jenazah ke tanah perkuburan Kg. Gadong kira-kira 500 meter dari rumah. Setalah itu Abah pula meningalkan keluarga, iaitu pada tahun 1985 diikuti anak sulung Ahmad Faizal pada tahun 2007, adik Amrah Yasin dua tahun lalu , emak setahun kemudian  dan adik Sabariah Yasin. 
Pusara Allahyarham Ahmad Faizal Fadil di Tanah Pekuburan Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh yang kami ziarahi pada hari pertama Hari Raya.
Menghening cipta di pusara anakanda Ahmad Faizal Fadzil bersama Iwan Fazlee, dua anak Iwan dan Rubiyah Suleiman (Mak Allahyarham).
Bertafakur di pusara Allahyarham.
Mak Mentua A.F.Yassin, Asiah Minhat (kanan) di ziarahi sekembalinya dari pusara di Putera Heights, Subang Jaya. Kini Mak Mentua tinggal bersama-sama anak lelakinya, Mohd. Sedk Suleiman dalam jagaan rapi Sedek dan keluarga.
Beraya di rumah Mohd. Sedek Suleiman di Putera Heights pada hari pertama. Iwan Fazlee dan isteri Rohana Iran didamping hos, Uncle Sid (Sedek Suleiman, tengah) menikmati juadah raya.
Di rumah biras, Noorzrin Mohd. Noor di Taman Shahbandar Seremban. Kelihatan Rubiyah dan menantu Rohana bersama dua anak lelakinya ditunggu kedatangan oleh wakil tuan rumah.
Mengabadikan tanda kenangan di rumah Sazali Karim di Bangi Perdana sebelum minta diri pulang ke Rawang. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Setelah Putera Heights terus ke Taman Shahbandar, Seremban ke rumah biras, Mejar (Bersara) Noorzrin Mohd. Noor mengucapkan Selamat Hari Raya. Noorzrin merupakan ketua keluarga  sejak kedua-dua orang tuanya telah pergi mendahului mereka buat selama-lamanya.Hampir seluruh adik-beradik Noorzrin hadir di rumah ecuali iparnya Noorzrin yang telah balik dahulu pulang ke rumahnya. Kelihatan Ralan (kanan sekali) bersama ipar duai bergambar dengan Noorzrin (dua kiri) dan A.F.Yassin (bersongkok).
Menziarahi biras Mohd. Ayob Hashim dan isteri, Zubidah Suleiman di Bangi Perdana Bandar Baru Bangi. Dari kanan Rubiyah Suleiman, kakak Zubaidah (dua kanan), Mohd. Ayob Hashim dan A.F.Yassin.
Mohd Ayob Hashim perlu berihat setelah meneima kunjungan tamu. Isteri Zubaidah memerhatikan sementara anak perempuan mereka Sharina (memberlakangi kamera)turut memerhatikan.

Halal-Bihalal Syawal Hari ketiga Raya. A.F.Yassin jadi hos kedatangan ipar-duai daripada keluarga Hj. Sulaiman dan Asiah Minhat. Kelihatan adik ipar bongsu A.F.Yassin Mohd, Ruskeen Suleiman  dan anaknya sedang sarapan.
Mohd. Sedek Suleiman, ipar (kiri) dan Noorzrin Mohd. Noor (biras menikmati habuan Nasi Briyani.
Yang hadir memilih hidangan yang disukai. Kelihatan dari kanan Hafeez, Noorzrin, Zahari, Shasha Shazareena, Shyazwa, Boy dan Ruskeen.
Bersendirian? Atau mencari ketengan sambil menikmati beriyani..
Suasana tenang di ruang makan di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Sanak saudara menunggu giliran memilih menu
Beberapa anggota Keluarga Hj. Suleiman begitu mesra selepas jamuan di bngku batu depan rumah. Dari kanan Normaizon, Nohaniza, Anakli Nasir dan Rubiyah. Berdiri di belakang Azza Azhariah, anak sulung Mohd. Sedek Suleiman
Momen yang ditunggu. The grand finale, bergambar ramai tanda keakraban sebuah keluarga yang dipisahkan jarak dan keadaan.
Rubiyah Suleiman bersama anak-anak saudaranya dari keluarga Sedek Suleiman.
Sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Zuhaila Sedek di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Zuhaila Sedek (berpakaian gelap melayani ayahnya Mohd Sedek (kanan), Abang Zahari (tiga kanan), Zarul, Shasha dan Hafeez.
Zuhaila sedang menyediakan ayahnya dengan special menu, Sphagetti, masakan cara Belanda. Suaminya Firdaus Abdullah adalah orang Belanda.
Sebuah rutin pertemuan seusai makan-makan dan saling halal-bihalal. Bergambar ramai tanda kenangan. Hos Firdaus (tiga kanan) bersama isteri Zuhaila (tujuh kanan) di rumahnya di TTDI.
Kolam ikan menunggu kami untuk sarpan di rumah Normaizon Suleiman di Jalan Kubah, Bukit Jelutong pada hari Raya Keempat.
Nasib malang bagi kolam renang di rumah Normizon pagi Raya keempat. tidak ada sesiapa yang berhajat untuk "menumpang mandi". Tidak juga anak-anaknya. Maka kolam ini sudah beberapa hari tidak dimanfaatkan.
Sarapan yang cukup sederhana berupa Meehon goreng (pedan dan kurang pedas) dan kuih tradisi raya beserta teh tarik.
Noorzrin Mohd. Noor (kanan) bersama anaknya Shasha Shazareena di rumah Normaizon menghadapi juadah raya berupa kuih tradisi seperti kuih batang buruk, kuih goncang, kuih kering dan lain-lain.
Menu sederhana untuk sarapan di rumah Bukit Jelutong setelah terlalu terdedah dengan lemang, ketuat dan rendang.
Tamu Normaizon, Mohs Seek Suleiman, abangnya bersama dua abang iparnya Noorzrin Mohd Noor di kanan dan A.F.Yassin di kiri sekali. Santai menjamah juadah raya.
Normaizon (dua kanan) bersama ipar duai sedang menikmati sarapan di rumahnya. Dari kiri Anakali , kakak ipar, Normaion, kakak dan anak sudara Azza.(kanan sekali).
Adam, anak Azza cucu kedua Mohd. Sedek Suleiman di rumah Tok Jon, Bukit Jelutong.
Mohd Sedek Suleiman (kanan) bersama ipar Noorzrin Mohd, Noor santai di "The Loaf" Sogo sambil menunggu isteri masing-masing "shopping post-raya.
Makan malam di Resoran Garuda, Kg. Baru. Masakan Minang for a change. Dari kiri Azza, Anakali, Noorzrin, A.F.Yassin. Normaizon dan Noraniza. You eat you pay concept.
Dari sudut lain makan malam di Garuda Kg. Baru malam tadi.Mohd. Sedek Suleiman (kiri sekali)
Anggota keluarga Hj. Yassin dan Aminah datang ziarah ke rumah Along (A.F.Yassin) di Bandar Tasik Puteri petang ini. Along hanya dapat menyediakan Mee Goreng Mamak dan Putu piring beserta minuam oren .
Sambil sembang sambil menikmati hidangan petang. Along sebagai ketua keluarga kini menjadi hos kepada adik-beradik dan anak buah.

A.F.Yassin kembali menghadapi PC seperti biasa untuk meneruskan tugas yang belum selesai.
NB: Ini adalah catatan peristiwa dalam bentuk "caption story" yang kadang-kadang peribadi sifatnya. Catatan ini tiada membawa erti kepentingan apa-apa dari sudut konsumsi publik dan harap ia sekadar catatan pinggir untuk tanda ingatan dua keluarga induk iaitu Hj. Suleiman dan Asiah Johor Bahru dan Keluarga Induk  Hj. Yassin dan Aminah di Kg. Gadong.

Saturday, 29 September 2012

SMAP BENTONG: PERTEMUAN PENUH BERMAKNA BAGI PENGHUNI


 
Pengetua SMAP Bentong, Karudin Kamarul Zaman ketika berucap di majlis.
 
Ketika berucap dalam majlis penubuhan Hari Ibu Bapa Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Bentong, Pahang 14 September 2012 lalu, Pengetua cemerlangna , Tuan Karudin Kamarul Zaman berharap antara lain “kerjaama erat antara ibu bapa dan guru sekolah  bukan saja bermakna tapi sangat bermakna , terutama dalam memberikan idea bernas untuk membngunkan sekolah.”
Inilah apa yang kita sebut “keywords” bagi pembangunan sekolah berasrama penuh SMAP ini. SMAP Bentong adalah sekolah agama ketiga bertaraf persekutuan yang disediakan kerajaan selepas SMAP Kajang di Selangor dan Labu di Negeri Sembilan.  Di SMAP Bentong, jumlah pelajar yang menghuni sekolah adalah sebanyak 168 orang berdasarkan statistik sekolah dan ini tentunya akan bertambah setiap tahun.

Bebarapa orang penjaga pelajar yang ditemui dalam majlis perjumpaan Hari Raya dan Mesyuarat Agung PIBG 2012, 14 September lalu melahirkan rasa puasnya kerana anak-anak mereka berjaya ditempatkan di sekolah berasrama penuh ini.
Kata seorang, “Yang lebih penting ialah sekolah dlengkapi dengan pendidikan agama yang amat kita perlukan untuk menjamin mutu pelajaran dan sahsiah mereka. “
 
Barisan J/K PIBG SMAP Bentong yang baru dipilih.

Namun ada pula yang melihat kawasan sekitaran secara bandingan kurang kondusif untuk belajar. “Saya melihat di kedua-dua SMAP Labu dan Kajang, kawasan sekolahnya dekat dengan Bandar. Misalnya Labu dekat dengan Seremban dan Kajang berada di tengah-tengah Kajang, malah dekat dengan perumahan elit Kajang Country Heights. Jadi ini memudahkan pelajar yang mahu mencari keperluan sekolah dan peralatan yang mereka erlukan,” katanya.
Menurutnya lagi di Bentong kawasan ini dikelilingi kebun kelapa sawit, di tengah-tengah Gugusan Ladang Permaga 1, 2 dan 3. Tidak ada masalah bagi pelajar dari luar Bandar, tapi bagaimana dengan anak-anak yang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang tinggal di Bandar. Ini satu kejutan budaya buat mereka.”

Seorang lagi penjaga berasa kurang senang bila mendengar  wujudnya kompleks penjara Bentong di kawasan sekitar. “Risau juga saya Manalah tahu kok..kok..” Dia tak mengabiskan kata-katanya.
 
Antara yang hair dalam mesyuarat pertama PIBG SMAP Bentong.
 
Namun umumnya seperti yang ditekankan Pengetua Cemerlang SMAP Bentong ini, pandangan bernas itu akan diambil kira dan “amat bermakna.” Panjang juga ucapan Pengetua dan tentunya elemen keselamatan, pelajaran  dan kesahsiahan pelajar diberikan fokus utama. Baginya cabarannya amatlah  besar menunggu pasukannya namun dengan berkat kerjasama guru dan ibu bapa pelajar semuanya akan mampu diselesaikan.
 
Kawasan Persekitaran SMAP Bentong dengan bangunan dan lapangan parkir yang  tip-top

Dalam seminggu dua ini, bukan tidak mungkin ada pelajar yang mahu pulang sahaja daripada meneruskan pelajaran di tempat yang mungkin dianggapnya terlalu ulu. Barangkali ada pelajar yang sudah pun menamatkan “persekolahan”nya di situ setelah hanya seminggu menghuni bangunan indah di tengah-tengah gugusan Permaga ini.
Barangkali pulu guru kaunselor sekolah ini, Mohd. Fazil Hj. Yahya sedang bertungkus lumus memberi nasihat kepada pelajar yang masih lagi “rindu rumah sendiri di tengh-tengah kota” atau “menangis setiap malam tiba bila melihat mereka dikepung oleh pokok-pokok sawit.”

Persoalan kejiwaan dalam kalangan pelajar yang rata-rata masih di Tingkatan 1 ini amat rumit, malah guru kaunselor akan terpaksa  menyelesaikan masalah yang lebih mempincikan persoalan peribadi dan hubungan jauh dari ibu bapa.” Aptah lagi jika guru kaunselor itu belum mempunyai banyak pengalaman menasihat, jika beliau masih muda usia.
Memang amat mencabar. Daripada tiga buah sekolah agama persekutuan hanya baru di SMAP Bentong yang berupa kawasan baru, jauh dari hiruk-pikuk kota. Daerah yang baru membangun ini sekitar setengah jam perjalanan dari Bandar Bentong dan merupakan jalan aternatif dari Lebuhraya Karak ke Kota Bahru dan Kuala Lipis.

Kompleks sekolah tip-top, serba baru lengkap dengan padang permainan,  pusat pentadbiran, dewan serbaguna, kantin, surau, malah pusat kawalan 24 jam. Dari kejauhan panoramanya saujana mata memandang dengan hijauan pokok-pokok sawit berbukit-bukau.  Bagi pencinta alam suasana sekitaran memukau dan barangkali kawasan ini amat ideal untuk dijadikan tempat tinggal.
Seorang pesara kerajaan yang turut hadir  menjelaskan “seronoknya saya apabila telah tiga kali ke SMAP ini. Katanya, “Saya tak kisah kalau perlu dtang setiap minggu ke sini, kerana kawasan sekitar amat menggembirakan saya.” Barangkali pesara ini pernah tinggal di kampong pada suatu ketika dahulu, walaupun kini dia telah menetap di Kuala Lumpur. Pesara ini mengikuti penjaga anaknya yang baru dua minggu menjadi penghuni asrama.

Begitulah suasana di SMAP Bentong Jumaat lalu. Ada dua majlis berasingan tetapi sebenarnya menurut Pengetua “dua dalam satu.” Pertama majlis perjumpaan Hari Raya Sekolah sementara majlis satu lagi adalah mesyuarat agung penubuhan Persatuan Ibu Bapa SMAP Bentong bagi membentuk Jawatankuasa PIBG menggantikan J/k Penaja.
Encik Zulkifli Abdullah telah dipilih semula menerajui PIBG. Sebelum ini beliau adalah Pengerusi Penaja. Jawatankuasa turut memilih 1 orang anggota Jawatankuasa kerja, enam daripadanya dari kalangan ibu bapa  dengan dua orang audit. Dalam ucapan penangguhan setiap anggta yang dipilih telah memberikan ikrar untuk membina dan memajuka sekolah berasrama penuh, yang perama di luar Bandar, ini sebagai sebuah sekolah menengah agama yang cemerlang, standing dengan di Kajang dan Labu. Dan hasrat itu dikongsi beberapa ibu bapa yang turut memberikan pandangan  paa ucapan penangguhan.

Pengetua Karudin Kamarul Zaman  tidak akan berseorangan dalam memikul tugas berat ini dan bumi Memparga akan membuka tamadun mini baru para warga pelajar dan penduduk Felda sekitar. Komuniti pelajar muda Memperga SMAP Bentong yang pada hari ini berjumlah 168 akan bertambah  mungkin 10 kali ganda dalam tempoh satu dekad yang akan datang. (Catatan Pena Kembara). 

Wednesday, 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN 1433


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS, KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 1433.


DARIPADA

Ahmad Fadzil Yassin dan Rubiyah Suleiman
Rosmawati Yunus, Nurfaizzati, Nurusydina, Irfan dan Irsyad
Noor Azmi , Izanul Fazliah, Ikhwan Danial, Qaisara (Yaya), Isya dan Nadyne
Iwan Fazlee, Rohana, Akhil dan Hakeem

 Lot 1630 Jalan Gajah 9, Kg. Kubu Gajah, 47000 Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan.



Tuesday, 24 July 2012

ANDAINYA SN USMAN AWANG MASIH ADA, MUNGKINKAH BEGINI JADINYA?


Allahyarham Usman Awang, Sasterawan Negara dan mantan Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, DBP.

Saya terima SMS daripada anak arwah Usman Awang, Haslina Usman, minta saya baca portal The Malaysian Insider. Ada satu artikel tentang karya Usman Awang yang ditulis oleh Uthaya Sankar SB. Sedih, kesal  dan pilu setelh membacanya. Tidak siapa menduga niat ikhlas anak sulungnya Haslina perlu mengharungi ranjau yang demikian besar. Semuanya gara-gara Haslina menjadi penaja untuk apa yang disebut oleh Ku Seman Ku Hussein dalam artikelbya di bawah ini  "Teater Uda dan Dara" yang dipersembahkan di Istana Budaya satu ketika dulu. Haslina dianggap pendatang baru dalam dunia persembahan teater ini, apatah lagi untuk menaja persembahan di tempat yang amat elit dalam dunia seni teater. Tetapi memandangkan ini adalah karya arwah ayahnya, maka Haslina berusaha menjayakannya dengan "bantuan" sana sini. Ku Seman dalam artikelnya menjelaskan kedudukan perkara dan akhirnya Haslina bagaikan tersentak,  tak pasti apa yang akan berlaku dengan kerjaya dan masa depannya.

Yang dikesalkan ialah  semua persoalan ini tidak akan timbul jika dari awal lagi Haslina diberikan penjelasan "sejelas-jelasnya" mengenai kesan dan akibat persembahan teater karya arwah ayahnya ini dari semua aspek, terutama kos. Tidak pernah dia duga dia akhirnya akan terjerumus dalam  kancah  defisit yang begitu tinggi. Haslina dan UA Entreprise akan menanggung kerugian yang bukan sedikit. Seperti jelas Ku Seman,  yang seharusnya dianggap sebagai insentif daripada Dana Industri Kreatif kementerian Penerangan , Kebudayaan dan kesenian itu  tidak difahami secara harafiah. Akhirnya yang dianggap dana kretif itu tidak banyak membantu. Mungkin Haslina terpukau dengan istilah "Dana industri" tanpa memikirkan apakah ianya berupa geran atau pinjaman. Saya pun amat kurang jelas sehinggalah  saya membaca artikel Ku Seman. Barulah saya sedar bahawa Haslina rupa-rupanya sedang dicengkam masa depan yang amat tidak menentu.

Tak pasti apakah ada organisasi seni dan budaya yang dapat membantu Haslna dan UA Entreprise yang dipimpinnya. . Atau DBP yang banyak menrima jasa daripada arwah Usman Awang ketika bertugas di institusi bahasa dan sastera itu boleh berbuat sesuatu meringankan beban waris arwah ini. Opsyen yang ada, Haslina perlu menemui pihak pengurusan DBP untuk mendapatkan nasihat.
 
Karya Usman Awang tergadai?
Oleh Ku Seman Ku Hussain

APABILA Istana Budaya menawarkan slot teater karya Sasterawan Negara, ada pula sebuah yayasan yang setuju menjadi penaja utama, dia sebagai anak kepada Sasterawan Negara Usman Awang menerima dengan hati terbuka untuk mementaskan naskhah karya ayahnya, Muzikal Uda dan Dara.
Dalam fikirannya hanya satu iaitu mementaskan karya agung ayahnya. Dia tidak pernah terfikir untuk mendapat keuntungan daripada pementasan muzikal itu kerana baginya, berdirinya watak-watak yang dicipta ayahnya di Istana Budaya, itu adalah puncak gembiranya.

Tetapi yang berlaku di luar muzikal ini berbeza daripada apa yang diharapkan. Pementasan ini membuatkan dia terpaksa menggadai sebuah rumah. Lebih tragis lagi kini bukan sahaja rumahnya bakal dilelong tetapi semua karya-karya ayahnya akan tergadai kepada bank sekiranya tidak dapat membayar Dana Industri Kreatif di bawah Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi.
Dia sanggup kehilangan rumah tetapi sama sekali tidak sanggup kehilangan hak cipta karya-karya Usman Awang. Apa lagi hanya dia menerusi syarikatnya UA Enterprise yang memegang semua hak cipta karya itu. Tujuan asal untuk mementaskan karya ayahnya tetapi kini semua karya pula akan bertukar tangan.

Itulah saat-saat getir yang didepani oleh Haslina Usman anak sulung Usman Awang apabila bank yang mengeluarkan Dana Industri Kreatif memburunya untuk mendapat balik dana (sebenarnya pinjaman) sebanyak RM900,000.
Rupa-rupanya Dana Industri Kreatif yang digula-gulakan kononnya inilah tanda sokongan kepada warga seniman adalah pinjaman.

"Saya rasa macam mimpi terperangkap dalam situasi ini. Tak percaya sama sekali suatu hari saya kehilangan rumah kerana mementaskan karya ayah saya," demikian tutur Haslina dengan sebak yang ditahan-tahan. Berulang kali Haslina berkata dia tidak menyesal mementaskan Muzikal Uda dan Dara tetapi kalau tahu begini akhirnya, dia sama sekali tidak akan melakukannya.
"Saya tidak ada pengalaman dalam soal mencari penaja bagi projek sebesar ini. Tetapi apabila ada pihak yang menawarkan sokongan untuk jadi penaja, saya pun terima tawaran Istana Budaya mementaskan muzikal ini," jelasnya yang mendapat pinjaman bank itu pada hari terakhir pementasan. Ini bermakna dia terpaksa menggadai rumahnya untuk mendahulukan duitnya.

Katanya, kalau tidak ada pihak yang menawarkan diri menjadi penaja utama, dia tidak terkilan kalau tidak dapat mementaskan Muzikal Uda dan Dara. Ini bukan bidangnya dan tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dilaburkan dalam bidang yang tidak diarifinya. Tetapi Haslina terperangkap, sebelah kakikya di dalam, sebelah lagi di luar.
YayasanPada saat-saat akhir yayasan yang menawarkan diri jadi penaja menarik diri, sedangkan dia telah memulakan sesi latihan dan membayar pelakon-pelakon. Wangnya telah banyak dibelanjakan. Kalau membatalkan pementasan ini sudah tentu mendatangkan kerugian dan dia masih berharap ada penaja yang boleh membantu meringankan beban kewangannya.

Walaupun Istana Budaya menaja tempat pementasan tetapi Haslina terpaksa membayar kerja lebih masa pekerja produksi Istana Budaya sebanyak RM100,000.
Muzikal Uda dan Dara merupakan karya agung Usman Awang yang mengkritik sistem sosial dalam masyarakat Melayu yang menindas golongan yang tidak berkemampuan. Usman Awang mengkritik sistem "padi kunca" iaitu penindasan terhormat oleh golongan kaya terhadap golongan marhaen. Naskhah ini telah banyak kali dipentaskan termasuk di Auditorium DBKL lebih 20 tahun lalu.

Pementasan di Istana Budaya pada Julai 2010 diarahkan oleh Datuk Rahim Razali dan dilakonkan oleh Razali Hussein dan Misha Omar. Pementasan ini sebagai menggantikan slot teater Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said. Selain Muzikal Uda dan Dara, Usman Awang juga menghasilkan naskhah Tamu Bukit Kenny yang banyak kali dipentaskan.
Haslina menjelaskan, pada mulanya pinjaman yang diluluskan ialah RM1.5 juta. Bagaimanapun dia hanya menerima RM900,000 sahaja tetapi terpaksa menanggung kos guaman bagi pihak bank sebanyak RM25,000 mengikut kadar pinjaman RM1.5 juta.

"Kalau saya tidak boleh melangsaikan hutang RM900,000 itu, syarikat saya UA Enterprise akan muflis dan karya-karya ayah akan tergadai kepada bank," kata Haslina yang hampir tenggelam punca untuk mencari wang membayar pinjaman sebanyak itu.
Haslina bagaimanapun tidak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak yang menjerumuskan dia dalam tragedi ini. Sebaliknya semuanya kerana tidak ada pengalaman dalam penganjuran pementasan menelan belanja besar. Walaupun terpaksa menanggung hutang yang banyak Haslina tidak berhutang dengan pekerja produksi dan pelakon-pelakonnya.

Kesimpulan daripada tragedi yang menimpa Haslina, kita wajar bertanya apakah sebenarnya Dana Industri Kreatif yang digambarkan seolah-olah bantuan kewangan untuk mengembangkan seni budaya tempatan? Dana ini menjadi sebutan "wajib" dalam banyak ucapan kononnya itulah tanda prihatin kepada golongan seniman. Apa bezanya Dana Industri Kreatif dengan pinjaman bank? Barangkali Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi wajar memberi penjelasan supaya persepsi serong terhadap dana ini dapat diperbetulkan.
Kepada seniman lain, berhati-hatilah kerana di negara kita penghargaan kepada golongan seniman dan pemikir terlalu rendah. Banyak pula pihak yang cuba meraih perhatian dengan menunjuk simpati dan sokongan kepada seniman. Janganlah terpengaruh dengan slogan demi slogan kerana realitinya sangat berbeza. Kalau karya Usman Awang tergadai, kitalah yang malu bukan birokrat. (Petikan Mingguan Malaysia 22 Julai 2012).









Thursday, 3 May 2012

MENILAI PEMIKIRAN ALLAHYARHAM SHAHAROM HUSSAIN


Allahyarham Cikgu Shaharom Hussain: Pemikirannya dibincangkan dalam satu seminar di Johor Bahru beberapa tahun yang lalu.

Menilai Pemikiran Shaharom Hussain


 Orang lama dalam komuniti budaya Johor, Haji Hamdan Abd. Rahman, terlalu kecewa dengan pendekatan seminar pemikiran Shaharom Hussain yang diadakan di Johor Bahru 4 April lalu. Menurutnya seminar tidak mencapai tujuan sebenarnya. Sambil membelek-belek kertas beberapa kertas kerja yang dibentangkan hari itu, Hamdan Rahman “tidak melihat pemikiran tokoh budaya Shaharom”. Katanya, “Tidak ada satu pun kertas hari ini, kecuali yang dikemukakan Hamdan Yahya, yang menyentuhnya.” Hamdan Yahya adalah bekas pengarah Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 Hamdan Rahman mahu pihak berwajib memberikan sesuatu yang setimpal sebagai mengenang sumbangan Shaharom yang berusia 85 tahun tapi masih mampu berkarya. Beliau mencadangkan Yayawan Warisan Johor  dan Gapena mencari jalan agar Shaharom  dianugerahkan gelaran Datuk atau gelaran yang setimpal. Malah, katanya, “Shaharom sudah lebih daripada sepatutnya dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.”

 Mana Sikana, salah seorang pembentang kertas kerja bersetuju dengan pendapat Hamdan Rahman. Tetapi Mana Sikana menganggap bahawa pra-syarat anugerah hampir membuatkan Shaharom mustahil dianugerahkan gelaran seumpama itu. Beberapa kriteria syarat perlu diubah. Mana Sikana mencadangkan supaya penilaian karya calon sasterawan negara mesti diasaskan terutamanya kepada faktor berdaya tahan dan masih diperkatakan. DBP perlu membuat penilaian semula tentang pra-syarat ini. Jika hal ini dapat dilakukan kemungkinan besar Shaharom boleh tersenarai dalam barisan calon utama.

 Shaharom masih menulis. Tokoh-tokoh seangkatannya sudah lama pergi. Yang ada hanyalah seorang berdua seperti Datuk Abdullah Hussain, Awal il Sarkam dan sedikit junior A. Samad Ismail. Namun dua terakhir ini “sudah pencen menulis”. Tinggal Abdullah Hussein yang  masih terus berkarya. Persoalan yang berlegar ialah mengapa Shaharom tidak pernah disenarai pendekkan sebagai calon sasterawan negara. Apakah karyanya diangap tidak senilai karya sasterawan negara yang lain. Atau Shaharom terlalu lokal dan tidak begitu menonjol dalam arena sastera tanah air. Tidak seperti S. Othman kelantan, Abdullah Hussain, Dato’ Shahnon Ahmad dan lain-lain.

 Enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar sehari itu, bersama ucap utama oleh Datuk Johan Jaafar. Kecuali Mana Sikana, semua pembentang terdiri daripada anak watan Johor sendiri, termasuk pengucap utama Johan. Nilai pemikiran Shaharom disentuh seimbas lalu oleh Hamdan Yahya sedangkan yang lain lebih menitik-beratkan elemen luaran dan fizikal daripada tokoh yang diperkatakan. Hamdan memperlihatkan unsur nasionalisme dalam drama-drama Shaharom. Hamdan menyandarkan pendapatnya ini melalui tafsiran sejarawahan Hans Kohn dari Sustria-Hungary.

Unsur ini terlihat jelas dalam drama “Keris Laksamana Bentan” dan “Badik Panglima Riau.” Hamdan menyebut penentangan terhadap raja dalam Keris Laksamana Bentan adalah bercirikan nasionalisme. Sementara dalam “Badik Panglima Riau” ciri nasionalisme diperlihatkan melalui kesetiaan kepada kumpulan yang dicerminkan oleh watak antagonis Daing Matekoh.

Uacap Utama Johan tidak banyak menonjolkan tokoh yang diseminarkan tetapi cenderung mengasosiasikan dirinya dengan dunia drama Shaharom. Mukadimah ucap utama sebelum sampai kepada pengenalan tentang tokoh berputar di sekeliling penglibatan pengucap utama dalam dunia bangsawan sejak kecil. Mukadimah panjang ini diwajarkan melalui hubung kait antara bangsawan dan drama pentas.

 Amat disayangkan impak pengokohan Shaharom Husain tidak terserlah seperti yang sepatutnya. Seperti kata seoranng peserta seminar, “Ucapan utama baik dari sudut sejarah namun akan menjadi lebih baik sekiranya seluruh ucap utama pagi itu dipusatkan kapda pemikiran Shaharom dan arah tujunya perjuangannya dalam berkarya.” Tiga kertas kerja berkisar hanya tentang Shaharom seperti ketokohannya, rumahnya yang dinamakan Gapura Sastera dan mengapa dan bagaimana Shaharom berkarya. Satu mengulas novel Siapa Gila sementara satu lagi petikan artikel dari buku yang dilancarkan sempena seminar, berjudul “Shaharom Husain Gapura Sastera Johor” susunan Talib Samat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik dalam kertas kerja Mana Sikana yang berjudul, “Ketokohan Shaharom Husain Sebagai Penulis Skrip Drama.” Mana Sikana menganggap Shaharom sebagai pelopor Drama Melayu moden, sama taraf dengan Syed Alwi al-Hady dalam bidang novel atau Ponggok dalam bidang sajak. Dan menurut Mana Sikana, drama “Si Bongkok Tanjung Puteri” merupakan drama terbaik yang pernah dihasilkan Shaharom daripada sejumlah tujuh karya yang dihasilaknnya. Kesemua tujuh buah drama ini telah dibukukan, iaitu “Si Bongkok Tanjung Puteri”(1962), “Harimau Johor” (1962), “Tun Seri Lanang” (1968), “Balang Emas” (1964), “Tonggak Kerajaan Johor” (1957), “Tun Fatimah” (1964) dan “Wak Cantok” (1965).

Di samping drama, Shaharom turut menghasilkan 18 novel sejarah, termasuk 12 novel sejarah. Dua novel terakhirnya ialah “Di Bawah Hujan Peluru” yang diterbitkan oleh AF Communications pada tahun 2002 dan “Di Bawah Bulan dan Matahari” (2004). Enam buku sejarah telah juga diterbitkan, terakhir “Sejarah Johor” yang terbit pada tahun 1998. Sementara empat buah buku pengembaraan dan tiga buku umum sastera melengkapi penghasilan karya sasteranya sepanjang hampir 50 tahun berkarya.

 Walaupun tidak begitu dibicarakan di peringkat nasional, Shaharom mula mendapat tempat, setidak-tidaknya di hati orang Dewan Bahasa. Ketua Pengarahnya, Datuk Haji Aziz Deraman dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Apabila kita menyentuh mengenai jasa Shaharon Husain yang begitu banyak dalam kesusasteraan Johor dan negara pula, ia wajar dicontohi oleh generasi muda.” Ucapan ini dianggap satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap ksumbangan Shaharom dalam dunia kesusasteraan tanah air.

 Begitu juga halnya dengan kerajaan Johor yang memberikan pengikritarafan. Menteri Besar Johor, Datuk Haji Abdul. Ghani Othman ketika merasmikan seminar dan seterusnya melancarkan buku “Shaharom Husain Gapura Sastera Johor” berkata kerajaan Johor mahu Yayasan Warisan Johor menerbitkan semula  karya-karya sasterawan Shaharom untuk dijadikan  bahan rujukan oleh aktivis sastera, terutama di kalangan generasi muda.

 Baik Aziz mahupun Abdul Ghani usaha mengetengahkan karya Shaharom ini boleh dikaitkan dengan cara berfikir tokoh berkenaan. Mesej apa yang mahu disampaikannya? Dan semangat kental yang bagaimana perlu dicontoh generasi muda? Generasi muda mampu menilai pemikiran Shaharom melalui karyanya, walaupun pada seminar itu tidak banyak unsur pemikiran yang didedahkan. Malah tidak ada satu pun resolusi lapan perkara yang diterima di akhir sidang yang relevan dengan pemikiran sang tokoh.

 Antara resolusi yang diterima ialah kerajaan Johor diminta menamakan sebatang jalan  di bandar Johore Bahru sebagai Jalan Shaharom Husain. Kerajaan Johor digesa menamakan sebuah bangunan atau institusi  dengan nama Shaharom. Kediaman Gapura Sastera dicadangkan dijadikan Galeri Gapura Sastera Negeri Johor. Jika resolusi ini dapat dilaksanakan maka setikda-tidaknya harapan orang lama budaya Johor Hamdan Rahman tidak lagi murung melihat keadaan Shaharom seperti disisihkan dengan karyanya tidak dihargai. (Pernah disiarkan dalam Utusan Zaman berdasarkan Seminar Pemikiran Shaharom hussain di Johor Bahru beberapa tahun yang lalu).   








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).