TS Ismail Hussein (kanan) menyampaikan cenderahati kepada TS Mohamad Mohd Taib dalam satu majlis persuratan di Kuala Lumpur.
Penyair Indonesia, Taufik Ismail sedang menghayati bait-bait puisi dalam satu majlis di Jakarta.
Setelah tujuh tahun lamanya dua pertemuan penting membincangkan kebudayaan Melayu dan Singapura di Malaysia dan secara tak langsung Indonesia juga. Apakah rumusan yang dicapai dalam dua pertemuan itu telah menghasilkan apa-apa manfaat kepada kelangsungan hidup budaya tiga negara Melayu di alam Nusantara ini. Susah mahu ditebak ketika ini tapi sejenak kita menghimbau apa yang pernah dibincangkan dalam dua pertemuan para tenaga ahli akademik dan pengarang-pengarang tersohor di tiga negara berkenaan.
Dua petemuan penting bulan Jun 2004 lalu ingin berbincng tentang sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.
Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.
Di Rumh Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku “Perjalanan MAS” terbitan ASAS ’50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS ’50.
Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.
Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.
Regardless of race, religion, class or culture, let us be Dr. Chen on Augst
1 and vote for a Malaysian Dream
-
This speech is dedicated to one of the greatest sons of Seremban and Negri
Sembilan, Dr. Chen Man Hin. Before his involvement in the founding of the
DAP, D...
2 weeks ago

