Dua keluaran majalah Tunas seperti yang diimpikan penerbitannya oleh Pak Matlob?!Kira-kira tiga minggu lalu Pak Matlob berkunjung ke rumah bekas wartawan Utusan Melayu, Haji Kamaluddin Mat Lela di rumahnya di Kubu Gajah, sungai Buloh. Oleh kerana lama tak bertemu dengan Pak Matlob maka saya pun datang mengunjunginya di rumah Kamaluddin.
Pak Matlob dan isteri kelihatan sihat. Menurut Pak Matlob, dia mendapat angin baru nak terbit akhbar atau majalah kanak-kanak, seakan-akan akhbar kanak-kanak Tunas yang pernah diterbitkan satu masa dahulu. Daripada percakapan sebentar bersamanya ketika itu, ternyaata semangat Pak Matlob nak terbit akhbar kanak-kanak itu begitu berkubar.
Katanya, "Apa lagi yang ada pada kita. Inilah saja. Dari dulu sampai sekarang, minat kita cuma yang ini sahaja. Yang lain aku tak reti."
Betul. Tokoh macam Pak Matlob ini hanya ada semangat penerbit. Dan genrenya sastera kanak-kanak. Di samping itu Pak Matlob juga terus bergiat dengan tulisan Jawi.
Teruskan Pak Matlob. Kami sentiasa bersamamu. Kadang-kadang rasa kagum juga melihat Pak Matlob. Di mana gerangan beliau mendapat semangat yang berkobar-kobar ini. Rezeki murah dan minat tak luntur kot?
Selamat Pak Matlob dengan inspirasi baru ini!
No comments:
Post a Comment