Datuk A Samad Said di Bersih 2.0
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said adalah bos saya ketika saya bertugas sebagai Kaadet Wartawan di Berita Harian pada tahun 1971. Hampir 40 tahun yang lalu. Sehingga hari ini kalau bertemu Pak Samad (panggilan kami ketika bertugas adalah Encik Samad) tak lupa saya bertanya khabar.
Entah bila saya bertemu kali terakhir saya ingat-ingat lupa.Barangkali di lobi sebuah hotel terkemuka selepas majlis Penyampaian Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, lama dulu. Maka apabila saya membaca Pak Samad terlibat aktif dalam Bersih 2.0 baru-baru ini, saya terkejut juga. Bukan kenapa, hanya beliau sahaja yang kelihatan. Tidak ada pula penulis sasterawan yang lain ikut serta. Barangkali ada, cuma tak jumpa. Lagi pula saya tidak keluar ke Kuala Lumpur pada 9 Julai itu.
terfikir pula mengapa tidak ramai yang mengiringi Pak Samd dalam Bersih 2.0. Barangkali sikap Pak Samad dengan sasterawan-sasterawan lain tak serupa. Cara berfikir berlainan. Mungkin juga ada yang menyokong Bersih 2.0 tetapi lebih selamat tinggal di rumah sahaja. Apapun, sikap dan tindakan Pak Samad di Bersih 2.0 ditanggapi bercampur-campur oleh kalangan penulis. Cuma apa yang ingin ditimubulkan di sini ialah kesan daripda menyertai Bersih 2.0 secara terang-terangan begitu. Pak Samad kelihatan senang, malah memberi komentar bahawa beliau kagum dengan respons yang ditunjukkan peserta Bersih 2.0 yang terdiri daripada kalangan pelbagai bangsa. Walaupun para bolger banyak menyebut hampir 98% yang menyerti Bersih 2.0 terdiri daripada satu kelompok kaum sahaja, iaitu orang Melayu.
Impaknya biarlah sejarah menentukan. Motifnya biarlah masa yang menentukan. Tapi buat Pak Samad apa yang diikrarkannya dalam blog "Anak Seberang" di bawah ini boleh meyakinkan dunia persuratan tentang tekadnya, mulai saat itu. Dahulu Pak Samad pernah mogok dua kali hanya kerana masalah royalti dan kaitannya dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam petikan di bawah ini Anak Seberang menulis:
"Jangan perasan A Samad Said siapa nak jemput hang by anak seberang 15 julai 2011
Ambiga yang mengetuai Bersih 2.0.
Sasterawan negara yang lupa daratan telah mengeluarkan kenyataan kononnya dia akan 'memulaukan' dan tidak akan hadir di semua majlis / program anjuran kerajaan selepas ini ekoran isu bershit tempohari.
Elok la Pak Samad yang lupa diri, AS pun nak cadangkan mana-mana jabatan/kementerian dalam Kerajaan sekalipun lepas ni tak perlu nak jemput orang tua tak sedar diri ini.
Dia lupa jasa kerajaan yang mengangkat 'darjat'nya sebegitu tinggi dari seniman haprak jalana hingga dinobatkan menjadi sasterawannegara dan mengecapi pelbagai kemewahan hasil dari jadi sasterwan negara.
Kalau takat nak bersajak, berpuisi dan jadi anak seni, ramai lagi anak muda yang boleh digilap bakat mereka boleh jadi lebih baekk dari Pak Samad".(Jangan perasan A Samad Said siapa nak jemput hang by anak seberang 15 julai 2011)
Elok la Pak Samad yang lupa diri, AS pun nak cadangkan mana-mana jabatan/kementerian dalam Kerajaan sekalipun lepas ni tak perlu nak jemput orang tua tak sedar diri ini.
Dia lupa jasa kerajaan yang mengangkat 'darjat'nya sebegitu tinggi dari seniman haprak jalana hingga dinobatkan menjadi sasterawannegara dan mengecapi pelbagai kemewahan hasil dari jadi sasterwan negara.
Kalau takat nak bersajak, berpuisi dan jadi anak seni, ramai lagi anak muda yang boleh digilap bakat mereka boleh jadi lebih baekk dari Pak Samad".(Jangan perasan A Samad Said siapa nak jemput hang by anak seberang 15 julai 2011)
Pak Samad Said tidak rapat dengan saya walaupun kerap bersua muka. Seingat saya, saya bersemuka,bersembang dan berbincang dengan Pak Samad dan Maarof Mohd Noh editor WARTA TEBRAU (WT)pada tahun 1981 di Muar sewaktu WT mahu diterbitkan dan dilancarkan di negeri Johor.Sejak itu Pak Samad ada mengutuskan surat beralamat Jalan Riong, ke Kuala Lumpur ke alamat Rumah Seribu Bintang,Tanjung Agas,Muar,Johor, alamat rumah saya ketika itu. Dalam kandungan suratnya beliau mengingatkan saya agar tidak hanya menyumbangkan puisi-puisi sahaja untuk WT tetapi beliau juga mendambakan rencana-rencana sastera,budaya dan sejarah setempat ketika itu.Hubungan saya setakat itu, sehinggalah saya berhijrah ke Kuala Lumpur kerana berpindah tempat kerja dan sambung belajar.Apabila bercuti panjang pulang dari luar negara 2009, saya turut bersama Datuk Hassan Ahmad, Pak Samad Said dan para pejuang Bahasa Melayu dalam GMPpsmi dan turut bersama di jalan raya secara aman. Saya lihat Pak Samad seorang komited dan jujur menyuarakan suara hatinya; tidak hipokrit dan berani. Terlalu banyak mahu diceritakan tetapi hanya setakat secebis ingatan buat Pak Samad. Salam perjuangan! (Rajiee Hadi)
ReplyDelete