Monday, 14 March 2011

SENTUHAN RASA SITI ZAINON ISMAIL DAN HAN SUYIN DALAM A MANY SPLENDOURED THING

Siti Zainon Ismail (kiri) dan Han Suyin. Gambar Berita Harian


“IBARAT melihat cerminan diri! Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan antara dua karektor, iaitu Dr Siti Zainon Ismail, penulis, pelukis dan budayawan dengan Han Suyin, penulis novel moden dan autobiografi yang banyak menghasilkan karya hebat, antaranya novel, A Many Splendoured Thing.

Pernah menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) pada 1989, Dr Siti Zainon pada mulanya mendalami novel karya Han Suyin dan secara perlahan-lahan mengagumi serta mendapati mempunyai banyak persamaan, secara kebetulan, dengan penulis kelahiran Henan, China.
Suyin atau Dr Elizabeth CK Comber, berdarah kacukan China Belanda, menerima latihan doktor perubatan di London dikagumi Dr Siti Zainon kerana kecenderungan pengarang itu menghasilkan karya berdasarkan pengalaman dan penelitian terhadap kehidupan sekeliling untuk menggambarkan sesuatu secara realistik.” (Berita Harian, 10 Mac 2011).

Benarkah? Sesiapa yang mengenali Dr. Siti Zainon (mesra dengan panggilan Izan di kalangan kawan-kawan) tentunya dapat memikirkan cara berfikirnya ketimbang pemikiran Han Suyin melalui karya-karyanya. Ramai tak mungkin kenal pengarang Suyin tetapi ramai yang kenal Izan sebab beliau masih bernafas dan masih berkarya. Tidak pasti apakah ada persamaan pengalaman hidup Suyin dalam A Many Splendoured Thing, sebuah kisah autobiografi dengan pengalaman hidup Izan?

Tentunya Izan menimba banyak pengalaman ketika di Yogyakarta di zaman remajanya dahulu sebelum pulang dengan segulung ijazah daripada Akademi Senirupa Indonesia (ASRI). Barangkali pula Izan memiliki pengalaman A Many Splendoured Thing-nya sendiri. Jika tidak di Yogyakarta, di tanah air sendiri setelah bergelar tokoh seni dan intelek.

Sesiapa yang pernah mengenalinya masih ingat kerjaya awalnya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan dalam tahun 1970an dahulu dan penglibatnnya dengan Persatuan Anak Alam yang bergiat berhampiran Padang Merbuk di Kuala Lumpur. Dato’ Atondra, Dato’ Kemala, Ayob Yamin atau Yasmin Abdullah tentunya masih ingat. Izan juga pelukis, dia juga pemuisi, dia juga novelis dan dia juga cerpenis. Yang belum diusiknya mungkin bidang seni suara atau seni muzik.

Disebabkan lamanya Izan berada di Tanah seberang maka bahasanya pun mirip orang seberang tetapi lebih berlenggokkan Minang, bukan Jawa. Tetapi entah mengapa pada suatu ketika Izan lebih cenderung untuk menghadirikan diri ke Tanah Aceh. Izan pun pernah menerima gelaran dari sana. Ramai penulis dan pelukis yang satu angkatan dengan Izan, terutama Latiff Mohiddin tidak akan lupa suara lunak Izan apabila bercakap dan berbicara. Dan apabila berada di Sanggar Anak Alam Izan akan menghabiskan masa melukis.

Demikianlah, barangkali Shuhaniza Said yang menulis di Berita Harian secara rasional membuat perbandingan kreativiti antara dua pengarang berdasarkan kepengarangan dan realiti kehidupan. Barangkali itu - tidak lebih dan tidak kurang! Sentuhan hati dan rasa dalam novel A Many Splendoured Thing mencerminkan persamaan begitu mendalam bagi kedua-dua tokoh. Intipati novel ini apa ya?

3 comments:

  1. Hebat juga Prof. Siti kita ini. Beliau patut menulis tentang A Mny Splendoured Thing versi beliau sendiri supaya kita dapat bayangkan kisah suka-duka beliau dalam dunia percintaan. Judulnya nanti mungkin diberi nama "Indahnya Cinta".

    ReplyDelete
  2. haaaaa, my house have many doors eehhhhh. terimakasih bung, usik notamu

    ReplyDelete
  3. And so through which door I am supposed to enter. Gurau jer sihhh! Kabare, Mbah? masih di BBB atau di Padang Balang?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).