Za'ba
ZAABA DIPERSENDA Begitulah tajuk berita utama di muka hadapan Berita Minggu 15hb Mei 2011 negari nan tuo 15 mei 2011.
Persoalannya : Apa dah jadi dengan Lembaga Muzium Negeri Sembilan???????
Apabila saya membaca berita ini, ia tidak memeranjatkan kerana saya telahpun mengetahui perkara ini lebih awal. Saya pernah dimaklumkan oleh saudara saya (anak buah Za'aba) bahawa barang yang ada di Teratak Za'aba bukannya barang milik Za'aba. Saya juga diberitahu bahawa katil yang ada di teratak bukan katil Za'aba tetapi merupakan katil lama yang dibeli di Melaka. Malah badik (bukan kerambit) yang diserahkan kepada muzium juga telah hilang dan keluarga mereka telah berjumpa dengan Pengarah Muzium bagi mendapatkan penjelasan. Jawapan yang diberikan, beliau tidak tahu badik tersebut hilang di mana mungkin hilang ketika pemindahan barang-barang ke teratak dan tiada apa yang boleh dilakukan. Badik ini merupakan warisan keluarga yang diwarisi oleh Za'aba dari bapanya, Ahmad.
Banyak lagi perkara yang berlaku mengenai Za'aba. Diantaranya, ada individu yang mengdigitalkan semua dokumen-dokumen Za'aba yang terdapat di teratak dan menjual semula kepada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan perpustakaan seolah-olah ia hak milik persendirian tanpa sebarang kredit untuk muzium. Sungguh pelik bagaimana ini berlaku, sedangkan bahan tersebut merupakan hak milik muzium. Adakah Pengarah Muzium tidak tahu ataupun takut untuk mengambil tindakan?
Isu pemuliharaan warisan ini pernah ditimbulkan dalam tahun 2009 di mana pada 5hb Jun 2009, akhbar Berita Harian telah menyiarkan surat pembaca mengenai 'Kerajaan Negeri Tidak Pulihara Warisan Negeri'. (Klik di sini). Nagari Nan Tua, 15 Mei 2011.
Komen:
Dalam buku Insan Pejuang, terbitan Yayasan Warisan Johor pada tahun 2000, terdapat tulisan tentang Za'ba. Antara lain penulisnya Dr. Khairul Azmi dan A.F.Yassin mencatatkan, "Za'ba mengundurkan diri (dari UMNO) kerana tugasnya sudah selesai. Beliau tidak minat berpolitik dan dengan demikian setelah satu wadah perjuangan oramh Melayu sudah diterokainya, maka sebaiknya beliau mengundurkan diri sahaja. Tan Sri A. Samad Idris berpendapat Za'ba akirnya tercicir dalam arus perjuangan UMNO kerana keuzurannya.
Menurut Tan Sri Samad tidak lama setelah kejayaan Kongres Melayu Za'ba diserang penyakit "karang'. Namun, dikatakan sebab utama Za'ba meninggalkan UMNO ialah seperti katanya, 'Saya hanya bidan kepada anak baru lahir, iai tu UMNO.'Beliau akhirnya meneruskan perjuangannya dalam bidang bahasa dan persuratan.
Ucapan Za'ba yang bersemangat ketika Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, antaranya melahirkan rasa amarahnya terhadap penjajah Inggeris. Antara lain katanya, 'Saya tidak boleh dengarbila dikatakan Raja-raja Melayu akan hilang dan taraf bangsa Melayu dikurangkan. Sebagai anak watan negeri ini saya rasa kita ada hak mendapatkan kuasa lebih. Jika sudah terpaksa , berperang panjanglah kita...'
Nama UMNO dicadangkan oleh Za'ba ketika Kongres Melayu berlangsung. Dato' Onn mencadangkan gabungan pettubuhan Melayu yang dinamakan 'Pertubuhan Melayu Bersatu atau kependekannya UMO. Za'ba kemudian memberikan cadangan tambahan pula. Beliau mencadangkan agar ditambah perkataan 'kebangsaan' kepada Pertubuhan Melayu Bersatu menjadikannya 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' atau dalam bahasa Inggerisnya 'United Malay National Organization atau UMNO.' Demikianlah Za'ba dan peranannya dalam UMNO. Beliau lebih senang menjadi 'bidan' melahirkan UMNO dan kemudian membesarkan 'bayi' UMNO itu.