Cikgu Ariff (duduk kiri) bersama SN Dato' Abdullah Hussein di rumah Gapena ketika melancarkan buku Cikgu Ariff. Berdiri di belakang sasterawan Singapura, Masuri SN (kanan) dan A.F.Yassin.Foto tahun 19 Jun 2004.
Perjalanan MAS Di Rumah Gapena
Oleh A.F.Yassin
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) maju selangkah
lagi apabila melancarkan buku warganegara asing di Rumahnya di Jalan Dewan
Bahasa, Kuala Lumpur 19 Jun 2004 lalu. Sedikit luar biasa bagi sesetengah
penulis di Kuala Lumpur. Mengapa buku penulis luar bukan buku penulis Malaysia
sendiri? Inilah yang difikirkan sebaik sahaja menerima kad jemputan Gapena
beberapa minggu lalu. Dalam kad jemputan itu tertulis antara atur acaranya
“Pelancaran Memoir Perjalanan MAS”. Pelancaran pula akan dirasmikan oleh Dato’
Siti Azizah, Ketua Setiausaha Kementeri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis pelancaran ini mendahului acara
induk Dialog Kebudayaan Melayu Malaysia-Singapura.
Mengapa tidak? Jawapan spontan
seorang penulis Malaysia yang turut hadir dalam majlis dialog itu Sabtu lalu.
“Kita kena tengok buku siapa yang kita lancarkan. Ini buku Mohamad Ariff Ahmad,
pengasas dan bekas Ketua Satu ASAS ’50. Dan lagi kalau awak nak tahu Mohamad
Ariff lulusan maktab perguruan Tanjung Malim. Dan kalau nak tahu lagi, dulu
waktu cikgu Arif belajar di Tanjung Malim tak ada itu apa yang disebut negara
Singapura,” ujar penulis itu.
Penulis yang sudah berumur juga ini barangkali berasa tersinggung
apabila soalan itu diajukan kepadanya. Atau mungkin juga dia sedang meluahkan
emosi kecintaannya terhadap apa yang disebut Melayu yang sekarang ini mula
diperlekeh sesetengah pihak. Tanggapan kedua ini mungkin benar kerana daripada
perbualan pendek dengnnya, dapat disimpulkan bahawa semangat Melayunya cukup
tinggi. Baginya Ariff adalah simbol Melayu yang kental dengn semangat
Melayunya, walaupun dia kini adalah warga minoriti di sebuah negara pulau yang
dulunya sebuah negeri Melayu jua.
Ariff adalah penyambung rantaian Melayu di kedua-dua seberang tambak
dan di Singapura sendiri Ariff adalah lambang survival bangsa minoriti Melayu
di Singapura. “Terima kasih kepada Tanjung Malim yang telah meniupkan semangat
Melayu dalam rongganya. Dan hari ini dia tunjukkan semangat kecintaan semangat
itu dengan mengizinkan memoir perjalanannya dilancarkan di Kuala Lumpur.”
Cadangan untuk melancarkan buku Ariff ini berpunca daripada pertemuan
Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussain dan ketua duanya, Datuk Latiff Bakar
dengan Ariff dan Zulkifly, Presiden Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu
Singapura beberapa minggu sebelum ini. Kedua-dua pihak tertarik dengan cadangan
untuk melancarkan memoir Ariff buat kali keduanya di Rumah Gapena. Semuanya
atas dasar persamaan bahawa Ariff, bekas pelajar SITC dan bekas guru sekolah
Melayu. Ariff adalah antara warga golongan seperti yang disbut Prof. Madya
Zainal Abidin Borhan dalam dialog pagi itu, “agamawan-wartawan-sasterawan yang
menyedari hakikat kewujudan sebuah bangsa.” Golongan ini berkongres untuk
meletakkan bahasa Melayu, sastera Melayu dan tulisan Melayu sebagai wadah
pentauan. Sementara menurut Zainal Abidin kongres persuratan dan bahasa Melayu,
Kongres Melayu, Kongres Kebudayaan Melayu merupakan wadah pertemuan dan
penyatuan meletakkan gagasan kebangsaan.
Ketika perjuangan berada pada tahap puncaknya, entiti dua negara
Malaysia dan adalah satu dari sudut geo-politiknya dan sisa satu entiti itu
masih jelas benar dari sudut geo-budayanya. Dan semasa berlangsungnya majlis
pelancaran memoir perjalanan Ariff dan dialog kebudayaan Melayu di Rumah
Gapena, suasana keMelayuan itu amat
terasa. Malah 29 orang Melayu dari Singapura itu bagaikan tinggal sekampung
dengan puluhan lagi Melayu dari Malaysia yang memenuhi jemputan Gapena hari
itu.
Meilhat Arif duduk bersama-sama dengan Sasterawan Negara Datuk Abdullah
Hussein, Cikgu Hassan Ali dan Ismail, Djamal Tukimin pula bersama dengan Prof.
Madya Dr. Solehah Ishak, dan Masuri SN dipelawan makan tengah hari oleh Abd.
Rahim Marsidi (pensyarah UPM) di restoran
masakan ala Jakarta di Kg. Baru, bagaikan tidak wujud langsung rasa rasa
keterasingan antara mereka. Orang tidak akan percaya melihat kemesraan orang
Melayu dari dua negara itu sebenarnya dipisahkan oleh hanya politik dn kuasa.
Ariff adalah ikon orang Melayu Singapura, malah Ariff boleh juga
dianggap sebagai ikon ASAS ’50, tanpanya tidak mungkin sasterawan tanah air
seperti Usman Awang, Asraf, atau Awal
il-Sarkam ditokohkan seperti adanya hari ini. Datuk Yaakob Isa, dari Dewan
Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang memperkenalkan Memoir Perjalanan MAS di
majlis itu menyebut betapa nama Ariff dikenali dengan akrab di kalangan
pelajar-pelajar Singapura yang sedang belajar di Kolej Islam Pahang Sultan
Ahmad Shah. Menurut Yaakob, “Bagi pelajar ini, cikgu Ariff adalah orang yang sangat baik, orang yang banyak
sekali menolong orang Melayu Singapura, penulis, pengarang, pendidik dan tokoh
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Mereka sekata menganggap semua orang
Melayu Singapura mesti mengenali Cikgu
Ariff.”
Buku memoir perjalanan cikgu Ariff ini adalah tentang pengalaman dalam
bidang pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan dengan tokoh sentralnya Mohamad
Ariff Ahmad. Kata Yaakob, “Perjalanan Mas membawa kita mengkagumi kecekalan
seorang guru Melayu yang berkhidmat di pelbagai arena dalam sebuah negara
republik yang bangsa Melayu merupakan minoriti yang nampaknya tidak pernah
menjadikan Cikgu Ariff terpencil atau memencilkan dirinya daripada arus perdana
pembangunan negaranya. Inilah sebenarnya semangat perjuangan guru Melayu yang
ditanamkan oleh tokoh-tokoh pendidik yang menjadi tenaga pengajar di SITC dan
tetap subur dan menjiwai peribadi Cikgu Ariff.”
Begitu mendalamnya hubungan Ariff dengan SITC, khususnya dan
Semenanjung Tanah Melayu (Malaya ketika itu) sehingga beliau sanggup
berundur dari kegiatan yang diadakan
oleh Persatuan Guru-guru Melayu Singapura. Pengundurannya ini berpunca daripada
keputusan Sekolah Melayu Kota Raja menolak permohonan Ariff dan teman-temannya
untuk menggunakan dewan sekolah
berkenaan untuk tempat mengadakan Kongres Persuratan Melayu Se-Malaya. Yaakob
menulis, “Ingin juga kita mengetahui siapakah guru besar sekolah Melayu Kota
Raja yang tergamak hatinya menolak permohonan Cikgu Ariff dan teman-temannya.”
Satu isu paling menarik dalam memoir ini ialah soal penggunaan tulisan Jawi. Badan kerabat
yang menyertai Kongres Persuratan Melayu Se-Malaya berbeza pendapat tentang isu
ini. Ada yang setuju tulisan Jawi digantikan dengan tulisan rumi ( di
sekolah-sekolah?) dan membiarkan Jawi hanya dalam pengajaran agama Islam. Dalam
pengundian yang dijalankan kemudian, ternyata majoriti mahukan tulisan Jawi hanya untuk agama Islam,
manakala tulisan rumi menjadi tulisan rasmi. Dengan keputuan ini Ariff
menyimpulkan ada kecenderungan pada penulis Melayu “menggunakan tulisan rumi
sebagai tulisan bagi Persuratan Melayu Se-Malaya.”
Ariff datang bertongkat ke Rumah Gapena, hanya mahu melibatkan diri
sepenuhnya dengan pelancaran bukunya. Lebih-lebih lagi pelancaran ini merupakan
sebahagian daripada acara Dialog
Kebudayaan Melayu Malaysia-Singapura yang julung-julung kali diadakan.
Seperti kata Ismail dalam ucapan sambutan dialog kebudayaan Melayu ini bakal
menjadi agenda tahunan dan dialog di Rumah Gapena merupakan yang pertama dan
akan diikuti dengan yang kedua kemudian nanti. Mungkin sahaja giliran Singapura
pula mengadakannya.
Mana tahu jika nanti sampai giliran Singapura, dan Majlis Pusat Pusat
Pertubuhan Budaya Melayu Singapura menjadi penganjurnya, ada pula memoir seorang
tokoh nasionalis Melayu dari Malaysia yang boleh dilancarkan di pulau republik
itu. Tentunya memori itu dikaitkan pula dengan ibu kandung suluh budiman,
dengan anak-anaknya kini telah menjadi tokoh besar dalam bidang pendidikan,
kesusasteraan dan kebudayaan sedarjat dengan ketokohan Ariff dan Masuri SN di
Singapura.
Dan dalam hal ini tidak ada yang luar biasanya melancarkan buku
Malaysia di Singapura, selagi hubungan erat kebudayaan antara Melayu Singapura
dengan Melayu Malaysia terus bertahan. Sememangnya begitulah, jika diambil kira
pandangan Djamal Tukimin (Singapura) dalam kertas kerjanya “Kemelayuan, Sesuatu
Yang Mulai Terhakis Dan Cuba Didakap Kembali....Asing Tapi Mesra.” Kata Djamal,
“Masih banyak juga dengan semangat kental menganggapnya sampai bila-bila pun
Melayu tidak akan hilang di dunia.” (Dipetik daripada Utusan Melayu Mingguan 4 - 11 Julai 2004).
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.