Pengulas Cerpen Utusan Zaman 1982, Dr. Ramli Isin, Alumni Univeritas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia.Pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustka, Kuala Lumpur sebelum berpindah e UKM dn UPM di Jabatan Bahasa. Beliau kini menetp di Kampung Jiboi, Ampangan, Seremban.
Sorotan cerpen “Ada Tikus Di Atas Loteng”oleh Dr. Ramli Isin.
Walaupun cerpenis A.F.Yassin mnggambarkan secara implisit atau samar-samar namun pada cerpen” Ada Tikus Di Atas Loteng” ini adalah menggambarkan tentang keadaan rumah setinggan atau umah haram yang terdapat di sekitar kota kosmopolitan Kuala Lumpur ini, nmun walaupun rumah haram, rumah kilat, tetapi ini amat memberi erti pada Said dan Salbiah, isterinya, kerana mereka mendpat kebebasan dalam beberapa hal berbanding dengan sewaktu tinggal bersama keluarga. Bagi A.F.Yassin kebebasan itu amat penting pada kehidupan manusia.
Di samping itu cerpenis A.F.Yassin menyisipkan pula unsur-unsur yang mengganggu kebebasan manusia itu seperti yang digambarkan oleh Nora dalam “Lampu, Lanting dan Ketuk-Ketuk” dengan mewujudkan tentera Ya’juk dan Ma’jud. Bagaimanapun dalam cerpen “ Ada Tikus Di Atas Loteng” ini, A.F.Yassin mewujudkan “tikus-tikus” sebagai manusia. Tentu sahaja segala yang berupa ancaman dan gangguan itu akan ditentang semampu mungkin. Ini jelas digabarkan oleh A.F.Yassin melalui watak Said. Namun ada kalanya usaha-usaha penentangan itu berhasil baik dan ada kalanya sebaliknya. Begitulah yang dialami oleh Said dalam cerita ini. Bagaimanapun Said yang trajik dan aneh itu tentu sahaja di luar dugaan pembaca mahupun isterinya. Apakah A.F.Yassin sengaja memunculkan “deux ex-machina ini di akhir ceritanya untuk melambangkan suatu kekalahan total Said terhadp musuhnya, tikus itu seperti yang ditimpakan oleh Shahnon Ahmad pada watak Jeha dalam novel “Ranjau Spanjang Jaan”, walaupun tidak mematikan watak Jeha seperti Said.
Dengan tidak menafikan bahawa seseorang pengarng itu mempunyai kebebasan imaginasi, namun saya kira kemtian pada watak Said dengan cara demikian kurang mengesankan walaupun trajik sifatnya. …Perwatakan pada cerpen “Ada Tikus Di Atas Loteng” karya A.F.Yassin iu, walaupun cerpenis ini menampilkan perwatakan yang biasa dalam erti tidak kompleks (kecuali di bahagian akhirnya) namun agak menarik dan hidup. (Sorottan Cerpen “Utusan Zaman” bulan Ogos 1982).
No comments:
Post a Comment