Friday, 23 May 2008

AZIZ TAPA : ORANG KAMPUNG PUN KATA " DADDY"


Tan Sri Abd. Aziz Tapa ketika ditemu bual di kediamannya di Jasin, Melaka.

TAN SRI ABD. AZIZ TAPA: SIAPA LAGI MAHU BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU?

Saya tengok orang Melayu sendiri, terutama perempuannya yang pergi berpendidikan tinggi tidak cakap Melayu, tapi cakap orang putih. Camkanlah ini. Saya ingat Dewan Bahasa dan Pustaka kena buat kajian tentang perkara ini. Misalnya, di kampung, saya jumpa seorang wanita janda yang berahwin dengan orang keturunan India. Anak yang lahir mirip bapaya.

Saya kata, “ Wah, budak itu macam bapanyalah. Jawab wanita itu, “Ya dia ni macam daddy dia.” Dia tak kata “bapa” tapi daddy. Ertinya, unsur Inggeris sudah masuk ke kampung. Inikan pula town. Orang yang sudah ke sekolah Inggeris, terutama ibu-ibu dan isteri menteri bercakap dengan anak mereka dalam bahasa Inggeris. Mereka tak cakap bahasa Melayu.

Ini menunjukkan orang Melayu sendirilah yang akan menghancurkan bahasa Melayu. Yang memperjuangkan bahasa Melayu hanyalah orang-orang yang bekerja di Dewan Bahasa, orang yang berkrja di fakulti bahasa Melayu di universiti. Mengapa jadi begini? saya tengok kebanyakan orang Melayu lemah semangat kebangsaannya. Mereka tidak ada semangat cintakan bahasa Melayu. Cakap saja tapi tak sampai ke dalam.

Misalnya, oleh kerana henakkan kedudukan mereka mengaku orang Melayu. Mereka hendakkan biasiswa, mereka kata mereka orang Melayu. Tapi sebut tentang bahasa mereka tidak kata apa. orang kata daripada bahasa orang kenal bangsa. Daripada buah orang kenal pokok. Daripada bahasa orang kenal bangsa. Mereka mengaku orang Melayu kerana mahu sesuatu.

Inilah yang saya perhatikan setelah lima puluh tahun kita bercerita tentang bahasa Melayu. Saya memperjuangkan bahasa Melayu ini semenjak dari tahun lima puluhan lagi. Dari zaman kolej dulu, tahun tiga puluhan di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Kita berjuang memartabatkan bahasa Melayu. Saya sendiri terlibat dalam menubuhkan apa yang kita namakan Ikatan persuratan Melayu. Pada tahun lima puluhan saya sudah terlibat dalam kerabat kongres bahasa. Memang perjuangan kita waktu itu hebat. Kita bercakap Melayu tapi bila kita keluar lain pula jadinya. Itulah sebabnya saya fikir Tun Mahathir Mohamad memutuskan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Orang Melayu tidak mampu menguasai bahasa Sains dan Matematik dengan sedalam-dalamnya. Mungkin ada dalam kalangan pemimpin kita yang tak pandai berbahasa Melayu. Saya rasa ini bukan disebabkan oleh keadaan sekeliling ataupun keadaan politik tetapi dalam diri orang Melayu tidak ada semangat kebangsaan (Melayu).

Dahulu kita kata Persekutuan Tanah Melayu atau “Federation of Malaya”. Tapi kemudian kita namkan Malaysia apabila Singapore, Sabah dan Sarawak ikut serta. Maka jadilah kerajaan Malaysia. Kenapa kita tidak namakan kerajaan Melayu Raya. Kenapa tidak namakan begitu? Itulah sebabnya saya kata dua dekad lagi tak ada lagi apa yang disebut bangsa Melayu tapi orang Melayu tetap ada. (Petikan hasil temu bual dengan Tan Sri Abd. Aziz Tapa, tokoh politik dan budaya di kediamannya di Melaka, 11 Oktober 2007.)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).