Mufti Johor, YB Dato' Nooh Gadut ketika menghadiri satu seminar di Johor Bahru.NOOH GADUT: DEMI SIKAP TOLAK ANSUR ORANG MELAYU
(Pertemuan dengan Mufti Johor, Dato' Nooh Gadut di Johor Bahru baru-baru ini)
• Keputusan kerajaan menggunakan istilah Bahasa Malaysia daripada Bahasa Melayu adalah merupakan satu pengorbanan besar dan sikap tolak ansur orang Melayu demi mengekalkan perpaduan antara kaum dalam negara ini.Hakikatnya pentafsiran kepada bahasa Malaysia itu adalah bahasa Melayu dan merupakan bahasa kebangsaan negara.Perbezaannya hanyalah dari segi istilah sahaja.Apa yang penting,pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara jelas termaktub di dalam perkara 152 (1):
* "Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
• Bahasa Melayu telah menunjukkan kemajuan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pendidikan terutama dalam hubungan di antara kaum Melayu , Cina dan India yang hidup dalam sebuah komuniti kejiranan. Namun perkara ini perlu dipertingkatkan lagi dan diperkukuhkan.
• Perkembangan ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat dan telah mencemarkan kedaulatan Bahasa Melayu itu sendiri apatah lagi jika perkara ini melibatkan golongan profesional dan terpelajar dan orang Melayu itu sendiri yang menuturnya. Usaha untuk memperbaikinya hendaklah dijalankan dan semua pihak perlu bertangungjawab terhadap perkara ini.
• Pada dasarnya ada kemajuan dan perkembangan yang boleh dibanggakan terutama dalam perjalanan perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walaubagaimanapun dari segi pelaksanannya ia perlu diperbaiki dan dimantapkan lagi.
• Semua pihak sewajarnya memberi sokongan padu dan jitu kepada pejuang-pejuang bahasa yang berusaha mempertingkatkan Bahasa Mewlayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Pengiktirafan kepada pejuang-pejuang bahasa perlu diberikan dan telahpun dijalankan oleh pihak kerajaan seperti anugerah Sasterawan Negara dengan insentif yang menggalakkan. Amatlah malang sekiranya golongan pejuang-pejuang bahasa itu dianggap sebagai golongan yang sempit dan melampau apatah lagi jika anggapan itu datang dari golongan orang Melayu itu sendiri.
• Semua warganegara Malaysia hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Negara. Persetujuan ini telah disepakati bersama antara bangsa Melayu, Cina dan India melalui konteks sosial semasa menuntut kemerdekaan. Namun semua bangsa dan kaum di Negara ini bebas menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pertuturan sesama mereka. Desakan menjadikan bahasa ibunda mereka untuk dijadikan bahasa rasmi Negara ini adalah satu tindakan yang sewajarnya tidak berlaku dan ia boleh menggugat keharmonian dan keselamatan Negara.
• Pada hemat dan pandangan saya, untuk memantapkan kefahaman Bahasa Inggeris ia perlu kepada satu sistem dan modul yang mantap dan guru-guru yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan Bahasa Inggeris, bukan setakat menggunakan beberapa subjek sahaja dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment