Kemala kini Sarjana Tamu di UPMTahniah buat Kemala (Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah) atas pelantikan sebagai Sarjana Tamu di Fakulti Komunikasi dan Bahasa-Bahasa Aing di UPM (Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor. Kemala nyatanya maih sihat dan aktif. Kemala akan berada di UPM selama dua tahun dengan kajiannya.
Pertemuan di pejabatnya berlangsung bersama penyarah kanan UPM Dr. Abd. Rahim Marsidi. Ia mengundang rasa nostalgik dan kenangan lampau ketika sama-ama bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun-tahun 1970-1980an dahulu. Tak dapat dielakkan rasa duka menyelubungi suasana apabila Rahim menyentuh nama yang membabitkan "kawan-kawan" yang telah kembali ke Rahmatullah. Dua nama sering disebut-sebut, iaitu Allahyarham Dr. Othman Puteh, Maarof Saad dan Dharmawijaya. Terkait dengan Othman, nama anaknya Hizairi, yang nasibnya sehingga hari ini masih tidak pasti di mana rimbanya.
Dalam perbincangan itu tercetus juga cadangan untuk membabitkan pendekatan baru dalam mengapresiasi dan menghayati karya para pengarang dan sasterawan. Ada keinginan supaya sebarang perbincangan melibatkan karya dan kepengarangan perlu juga menitikberatkan apa yang diebut Kemala sebagai faktor sentuhan kemanusiaan atau "the human touch factor". Maksudnya sesuatu karya itu hendaklah mengambil kira faktor keakraban perwatakan dan pembicaranya.
Ini penting kerana bukan tidak mungkin dalam sesuatu karya itu terdapat pengaruh sosial peribadi pengarangnya. Misalnya, karya itu mungkin sahaja mengandungi unsur idealisme dan tingkah laku yang membentuk mesej kepada karyanya. Tetapi dalam karyanya belum tentu ada idealisme dan mesej itu. Pengarang mungkin hanya "melakonkan" suatu watak lain dan dia hanyalah sebagai "mewakil-walikan" watak itu ke dalam karyanya.
Allahyarham DharmawijayaAllahyarhan Dr. Othman Puteh dan anaknya Hizairi yang masih hilang.Lazimnya hari ini apabila seseorang memperkatakan sesuatu karya jarang dia mengaitkannya dengan idealisme dan mesej peribadi pengarang. Contohnya, dalam sesuatu sajak bermesejkan marhain belum tentu mewakili pemikiran sebenar pengarangnya. Pengarang sajak itu mungkin sahaja berfahaman borjuis.
Pendekatan sentuhan keakraban ini disifatkan lebih menarik berbanding sekadar "sentuhan kering" yang tekstual semata-mata. Kalau boleh elakkan juga daripada menggunakan istialah dan frasa jargon dalam kritikan.
"Bila lagi kita dapat bertemu seperti ini apabila kawan-kawan telah ramai pergi?" tanya Rahim. Kemala pula terfikir nama kawan-kawan lain di bilik kerja DBP bangunan lama di Tingkat 5 yang pernah dihuninya dahulu. Tiada lagi Dharmawijaya, tiada lagi Karim Abdullah, Awam il-Sarkam (Pak Awam). Tiada lagi Wijaya Mala (Pak Abu), tiada lagi Saleh Daud, Keris Mas dan Usman Awang! Dan bagi kawan-kawan yang sering mengunjungi bilik kerja kami, tiada lagi kawan-kawan yang datang berkunjung seperti Tengku Alias Taib dan Dino SS.
Allahyarham Maarof Saad (berdiri) ketika memberi hujah di Pertemuan Isu Bahasa di RTM di Sudut Penulis DBP, 1983.Pertemuan berakhir di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi sambil menjamu selera dengan masakan asam pedas ala Johor. Dan seperti biasa setelah itu ditangguhkan ke tempat minum cendol di bawah pokok berhampiran Kilang Hitachi. Kami turut disertai Dr.Ridhwan Abdullah, pensyarah Bahasa Asing dan fasih berbahasa Jepun.
"Jamuan ini meraikan Kemala kot?"
Kemala tak menjawab tapi hanya ketawa kecil gaya Kemalanya.
No comments:
Post a Comment