Haji Kamaluddin Lela (kiri) berasama Rejab F.I.: Bercerita naik haji memang mengasyikkan.AIR MATA DI KAABAH
Diperkenalkan oleh A.F.Yassin
Terdapat banyak buku pegangan atau bimbingan mengerjakan haji atau umrah di Mekah di pasaran. Ada yang tebal dan ada yang nipis. Yang lengkap atau yang ringkas. Semua buku bimbingan ini ditulis dengan tujuan memudahkan orang ramai mengerjakan Haji atau Umrah. Kebanyakan buku ini dibawa bersama ke Mekah dan menjadi teman setia sepanjang perjalaman mengerjakan haji atau umrah.
Baru-baru ini sebuah buku tentang ibadah Haji dan Umrah ini mula dipasarkan. Buku ini ditulis oleh Haji Kamaluddin Haji Mat Lela, bekas wartawan Utusan Melayu. Menariknya buku ini ialah pendekatan penulisannya, yang lebih berbentuk catatan pengalaman penulisnya selama 46 hari di Mekah dan Madinah. Bagi mereka yang telah menunaikan sama ada haji atau umrah, buku ini merupakan catatan perjalanan Haji Kamaluddin dan isteri sepanjang tempoh menunaikan ibadah Haji di Mekah.
Perjalanan dan pengalaman begini dilalui oleh setiap orang yang mengerjakan haji. Tetapi berapa ramaikah yang mahu mencatatkannya untuk dikongsi terutama oleh mereka yang bakal naik haji, hatta yang menunaikan umrah sekalipun. Haji Kamaluddin mahir bercerita. Dengan bahasa yang mudah dan bersahaja, Haji Kamaluddin memanfaatkan pengalaman editorialnya selama bertugas di akhbar Utusan Zaman. Beliau juga adalah bekas wartawan yang tentunya peka tentang “nose for news”.
Setiap saat yang dilaluinya di Mekah dan Madinah diamati dan dirakamkan untuk kemudian dilahirkan dalam bentuk kata-kata di dalam bukunya ini. Buku ini diterbitkan oleh Dato’ Raja Ahmad Niza, yang juga bekas wartaawan Utusan Melayu. Dan seperti kata seorang teman baik Haji Kamaluddin, “Tak rugi membaca cerita menarik tentang Haji ini. Dan pengalaman menyunting Haji Kamaluddin membuatkan buku ini menarik dan enak dibaca.”
Bagi yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi pengarangnya di Jalan Gajah 8, Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh, Shah Alam, Selangor. Tel: 03 60384844
No comments:
Post a Comment