Bekas wartawan berpengalaman, Dato' Raja Ahmad Niza IsmailDI SEBALIK PENGALAMAN PAK RAJA
Terima senaskah percuma buletin "Kuang Timur" - info UMNO Cawangan. Bagus kertasnya, bagus foto yang termuat, penuh warna. Jelas dan terang dan etiap foto membawa seribu makna dan kata. Tata rias (lay-out) juga boleh tahan dengan kombinasi warna yang menarik. Pemilihan fon dan bear kecil huruf seimbang. Kertas yang digunakan daripada jenis Art. udah tentu kos mencetak info ini aduhai juga. Tajuk utama di halaman satu berbunyi: "6 Sebab Bersara."
Ketika menerima naskhah yang diposkan ini teringat pula Buletin yang pernah satu ketika saya terima daripada Gapena. Sama-sama baik dari sudut teknikal. Cuma Buletin Gapena lebih kecil saiz hurufnya, Untuk bacaan warga emas mungkin Info Kuang Timur lebih sedap dibaca. Tak perlu pakai kanta.
Jumlah gambar 8 halaman Kuang Timur tak sebanyak yang dilihat dalam Buletin Gapena. Namun berbanding Buletin Gapena, Kuang Timur dipenuhi gambar-gambar individu yang diyakini pencetus idea penerbitannya, iaitu Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Sayangnya, info Kuang Timur dengan sebaran untuk ahli-ahli sahaja, tidak banyak memuatkan bahan yang dikaitkan dengan UMNO cawangan secara umum. Hampir seluruh bahan berkisar pada kegiatan peribadi pencetusnya beserta keluarganya. Tidak ada ruang untuk berita dan foto tentang kegiatan cawangan. Foto dipenuhi pertemuan pencetus info yang dirakamkan ketika mengunjungi Batam, Medan, Jakarta dan Kegiatan baadan Kebajikan Anak Yatim Nur Hikmah.
Info Kuang Timur R.A.N.Dua halaman penuh diberikan untuk iklan buku-buku karya sastera R.A.N., termasuk peristiwa pelancaran buku "Politik Hantu" yang dilakukan Tan Sri Dato' Muhammad Hj Mohd. Taib, Menteri Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur 25 Mei 2008 yang lalu. Tajuknya menjerit,"Politik Hantu Meletup". Menurut berita yang dinuatkan," Berkemungkinan besar karya ini akan menjadi novel politik terlaris di Malaysia."
Kawan-kawan Seperti Wahba dan Kamaludin Lela barangkali nak tahu juga respon ahli-ahli UMNO Cawangan Kuang Timur ini terhadap info ini. Difahamkan Wahba dan Kamaludin adalah juga bekas kawan sekerja Raja Ahmad Niza ketika bertugas di Kumpulan Utusan Melayu dahulu. Mereka mungkin mengakui "technical treatment" info Kuang Timur ini relatif lebih selesa berbanding "treatment" untuk Buletin UMNO Pusat yang pernah dikendalikan oleh Shafie Noor atau Allahyarham Shahril Lembang satu waktu dahulu.
No comments:
Post a Comment