Wednesday 30 April 2008

RAHIM BAKAR YANG MANA SATU?


ABD. RAHIM ABU BAKAR (DATO’, HAJI)

Nama : Abd. Rahim Bin Abu Bakar. Nama panggilan di kalangan anggota keluarga dan kawan-kawan Yusof. Lahir di Beserah, Kuantan, Pahang pada Februari 1943.

Pendidikan: Sekolah rendah di Sekolah Sultan Abdullah. Sekolah menengah di Sekolah Sultan Abu Bakar sebelum ke English College di Johor Bahru. Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Ekonomi.

Kerjaya: Mula bekerja sebagai Penolong Setiausaha pada tahun 1966. Pada tahun berikutnya dilantik Penolong Pegawai Daerah Temerloh sehingga 1969. Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Bandaran Kuantan 1969-1972. Pada tahun 1971-1972 dilantik sebagai Penolong Setiausaha , Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pada tahun 1972 dilantik Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Pahang.

Abd. Rahim menjadi Menteri Besar pada 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981. Setelah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Pahang, Abd. Rahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 16 Oktober 1982. Dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos pada Julai 1984 hingga Ogos 1986. Pada November 1986 Abd. Rahim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hingga 17 Oktober 2002.

Abd. Rahim kini bertugas sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mulai tahun 1990, Pengerusi Shamelin Holdings Sdn. Bhd mulai 1991, Pengerusi Koperasi Shamelin Berhad mulai 1991 dan Pengerusi Plantation & Development (M) Bhd mulai tahun 2000.

Gelaran: Dikurniai bintang Seri Mahkota Pahang (SMP), Ahli Mangku Negara (AMN) dan anugerah Pahang Youth. Pada tahun 1990, dikurniai Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’.

Pernyataan Perjuangan Dalam bidang Bahasa: Bahasa adalah perjuangan bangsa dan telah diterima sebagai sebahagianperjuangan ahli politik Melayu. Kemajuan pembinaan bahasa yang bermaruah telah banyak memberikan sumbangan dalam usaha pembinaan Negara Bangsa. Kedaulatan bahasa Melayu telah mengukuhkan jati diri dan memberikan keyakinan diri kepada orang Melayu sehingga meruntuhkan tembok psikologi yang merupakan penghalang kamajuan mereka.

Orang Melayu telah mula menunjukkan keberadaannya yang bermakna dalam semua bidang kehidupan. Namun akhir-akhir ini kelihatan adanya gerakan menidakkan kewibawaan bahasa Melayu dengan alasan bahawa orang Melayu hanya dapat maju dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam era globalisasi ini. Malangnya mereka yang berpendapat demikian adalah daripada kalangan yang mengaku Melayu dan pemimpin Melayu. Pemimpin-pemimpin politik sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk memperjuangkan bahasa Melayu. Jentera kerajaan yang diberi amanah menggerakkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pula kelihatan semakin tidak berkesan dalam pelaksanaan dasar bahasa Negara. Oleh itu, bahasa Melayu masih berkehendak akan perjuangan yang berterusan, malah dengan lebih gigih lagi tanpa menghiraukan label sebagai pengkhianat dan emosional.

3 comments:

  1. Pada pandangan saya, Dato Rahim Bakar ialah Saorang tokoh Melayu yang tidak mendapat publisiti yang sepatutnya. Memang tepat komen pena kembara dengan soalan "Rahim Bakar yang mana satu?"
    Bekas Menteri Besar Pahang, Rahim Bakar merupakan pemimpin Melayu yang menunjukkan integriti dan ketelusan dalam kepimpinannya. Selama 14 tahun, beliau memegang teraju pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pengurusi tanpa menimbulkan skandal dan pencemaran dalam kepimpinan beliau.

    DiShamelin beliau telah berjaya memulihkan kewangan koperasi yang ditinggalkan terhutang beratus juta ringgit ketahap yang membanggakan ahli koperasi berjumlah 20,000 orang Melayu diMalaysia.

    Beliau tidak banyak meninggalkan kesan kepimpinan beliau diMara dan Negri Pahang kerana kepimpinan beliau yang amat singkat sebagai Pengurusi dan Menteri Besar.

    Jika mesyarakat Melayu dapat menghasilkan 10 orang kepimpinan Melayu seperti Dato Rahim Bakar tahap kemajuan orang Melayu pada hari ini sudah pasti melonjat tinggi.

    Sumbangan Blogger dalam membentangkan biodata pemimpin ini amat dihargai.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen Dr. Hj. Ariffin. Bagi saya, amat disayangkan tokoh seperti Dato' Abd. Rahim Bakar terlalu cepat "non-aktif" dalam politik. Sumbangan beliau masih amat diperlukan dalam usianya yang masih "mekar dan segar". Hanya disebabkan beliau terlalu bersifat "ke-Melayuan" dan bersemangat nasionalis kental sehingga ramai kalangan orang politik tidak menyenangi beliau. Inilah yang dapat saya tafsirkan setelah mengadakan temu bual dengan beliau beberapa kali. (Fuad Hashim)

    ReplyDelete
  3. Saudara pena,
    Saya adalah golongan muda yang cuba mengikuti perjuangan bangsa oleh tokoh2 terdahulu.DARB adalah salah satu contoh terbaik bagi bangsa Melayu.Jauh dilubuk hati saya ingin bertentang mata dengan DARB walau untuk sekali.Saya harap agar saudara Fuad Hashim dapat membantu saya untuk menemui DARB kerana sejak saya ada didunia ini xpernah saya berjumpa beliau,setakat hanya mendengar cerita dan khabar beliau.Buat pengetahuan saudara pena,DARB adalah sepupu kpd arwah datuk saya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).