Wednesday 27 April 2011

UNIVERSITI JANGAN HANYA MELAHIRKAN MANUSIA ROBOT YANG DUNGU

 Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dzulkifli Abd. Razak


 PENSYARAH  Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sohaimi Abdul Aziz  mendakwa pusat pengajian tinggi hari ini merupakan tempat melahirkan manusia-robot (cyborg) yang hanya  berfikir bagaimana hendak mencari untung. Unsur kapitalisme sudah berakar jauh. Keadaan ini sangat mendukacitakan. Sehubungan itu, usaha memanusiakan universiti sangat diperlukan. Unsur kemanusiaan perlu disuburkan di segenap pembinaan sendi ilmu dan penyebaran dan penggunaannya harus total.

Sehingga dengan demikian Sohaimi, mewajarkan tindakan agar pengajian sastera dan bahasa Melayu berubah demi tuntutan globalisasi menuju ke arh pelastrian. Maksudnya, universiti hendaklah menwarkan  kursus yang dinamik dengan mengambil kira perkembangan dunia ilmu pada hari ini. Salah satu aspek penting perubahan ialah menwarkan skop penyelidikan dan penerbitan pengajian sastera dan bahasa Melayu. Kata Sohaimi, “Kita harus berfikir di luar kotak.”

Hasilnya, pada  31 Mac 2011 yang lalu, Profesor Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, USM, melancarkan Sekretariat Pengajian Sastera dan Bahasa Melayu Universiti-Universiti di Malaysia atau SPESBAM. Sekretariat ini  yang  ditubuhkan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pada 2010  dianggotai oleh pusat pengajian atau fakulti yang ada kaitan dengan pengajian bahasa dan sastera Melayu.

Dalam pelancaran itu, Zulkifli melihat penubuhannya adalah satu anjakan  perubahan  di dalam pengajian sastera dan bahasa Melayu dalam berdepan dengan segala cabaran, dan mengerakkan satu perancangan yang komprehensif bagi menjadikan pengajian sastera dan bahasa Melayu sebagai pengajian yang berdaya maju.

Pensyarah USM, Dr. Sohaimi Abd. Aziz

Kata Dzulkilfli “Penubuhan SPESBAM adalah satu usaha yang tepat pada masanya ketika pengajian sastera dan bahasa Melayu begitu diasak dengan pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial dan politik tempatan dan antarabangsa. Pada masa ini, pengajian sastera dan bahasa Melayu tidak lagi penting bukan sahaja di universiti tetapi juga di sekolah. Maruah pengajian ini telah diruntuhkan dan masa depannya semakin suram. “

Harap-harap  SPESBM benar-benar memenuhi aspirasi tenaga akademiknya untuk memperkembang cita rasa rakyat Malaysia demi ilmu sastera itu sendiri. Tidak hanya menjadi satu usaha hangat-hangat tahi ayam demi kepentingan segelintir individu yang agendanya masih tetap terarah mewujudkan  robot-robot yang sibertik. Malaysia tidak mahu universiti hanya terkenal sebagai pusat penjana ilmu yang ideal tetapi cara pelaksanaannya kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata. Ia tetap di takuk dunia siber.

Maaf cakaplah. Bimbanag juga walhasil balik asal. Malaysia mahu melihat para ssterawannya dapat  memanfaatkan hasil penubuhan SPESBM. Maklum sajalah universiti  itu kan menara gading, pusat menjana ilmu.

Thursday 14 April 2011

SETELAH TUJUH TAHUN ADA APA-APA PERUBAHAN KEPADA STATUS BUDAYA MELAYU NUSANTARA?

TS Ismail Hussein (kanan) menyampaikan cenderahati kepada TS Mohamad Mohd Taib dalam satu majlis persuratan di Kuala Lumpur.


Penyair Indonesia, Taufik Ismail sedang menghayati bait-bait puisi dalam satu majlis di Jakarta.


Setelah tujuh tahun lamanya dua pertemuan penting membincangkan kebudayaan Melayu dan Singapura di Malaysia dan secara tak langsung Indonesia juga. Apakah rumusan yang dicapai dalam dua pertemuan itu telah menghasilkan apa-apa manfaat kepada kelangsungan hidup budaya tiga negara Melayu di alam Nusantara ini. Susah mahu ditebak ketika ini tapi sejenak kita menghimbau apa yang pernah dibincangkan dalam dua pertemuan para tenaga ahli akademik dan pengarang-pengarang tersohor di tiga negara berkenaan.

Dua petemuan penting bulan Jun 2004 lalu ingin berbincng tentang sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

Di Rumh Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku “Perjalanan MAS” terbitan ASAS ’50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS ’50.

Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).