Wednesday 24 December 2008

MENGINGATI DINO SUNGAI SUMUN


Dino SS (kiri) bersama Tan Sri Awang Had Salleh di Rumah Gapena.

CATATAN A.F.YASSIN
Mengenang Dino Sungai Sumun

Terima SMS daripada Wahba pagi Khamis minggu lalu. Bunyinya, “ Ahmad Razali beritahu Dino SS meninggal. Kalau nak nak pergi tumpang sama.” Spontan “Innalillah” terucapkan. Seorang lagi pergi meninggalkan kawan-kawan untuk meneruskan minat dalam bidang sastera. Usianya 59 tahun.

Tidak ramai kawan-kawan yang ditemui di rumah Allahyarham Dino atau nama penuhnya Mohd. Said Abd. Hamid. Barangkali sudah ramai yang mengunjunginya di sebelah pagi. Yang masih tercegat menunggu jenazah diusung ke surau berhampiran termasuk Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain), Datuk A.Samad Said, Datuk Johan Jaafar, S. Othman kelantan, Wahid Kasran, Ahmad Razali (Dr.) dan Othman Shariff, jiran allahyarham yang paling dekat. Ariffin Said salah orang yang paling sibuk mengurus jenazah.

Jiran terdekat lain, seperti Maaruf Saad tidak kelihatan. Barangkali Maarof telah menziarahi pada sebelah paginya. Jiran-jiran lain seperti Othman Puteh dan Rahman Shaari tidak juga kelihatan. Khabarnya Othman tidak dapat membuat kunjungan hormat terakhir kerana masih membentang kertas kertas dalam satu symposium anjuran NUTP Terengganu. Sementara Rahman begitu terkilan kerana hanya mendapat tahu pemergian DINO sehari selepas pengkebumian.

Ahmad Razali sibuk membuat catatan sambil bertanya beberapa orang. Katanya dia diminta editor Dewan Sastera menulis “balasungkawa”. Bagaimana Ahmad Razali akan menulisnya sehingga dua halaman majalah tidak dapat dipastikan kerana seperti kata Rahman “ tidak banyak diketahui tentang Dino dalam bidang sastera.”

Nama Dino SS dikaitkan dengan bidang puisi. Namun sebahagian besar usianya dia habiskan sebagai wartawan di Berita Harian, mengasuh ruangan pendidikan dan kemudian mengetuai unit sastera akhbar berkenaan. Pernah juga dipinjamkan untuk bertugas di Akademi Penulis Pena ketika itu bertempat di Lorong Lumba Kuda off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kawan-kawan yang mengunjungi allahyarham buat kali terakhir Khamis, 17 Julai itu tidak banyak bercakap tentangnya. Barangkali tidak ada apa yang dapat dicakapkan. Ada di kalangan kawan-kawan menyifatkan Dino begitu pendiam, sedikit “memencilkan” diri terutama sejak dia terkena angin ahmar bebera tahun dahulu. Menurut seorang ahli keluarganya Dino sihat-sihat sahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda sesuatu akan berlaku. Dia sedang membuat kerja-kerja terjemahan apabila muntah tiba-tiba. Dia dikejarkan ke hospital Umum Kuala Lumpur sebelum menghenbuskan nafas terakhir kira-kira 2.30 pagi.

Dalam tahun 1990an Rahman Shaari dalam kertas kerjanya “Penulis Muda dan Masa Depannya” yang dibentangkan sempena Hari Sastera Nasional di Shah Alam menyifatkan Dino sebagai seorang penulis yang tidak “mengambil kesempatan.” Maksud Rahman biasanya jika ada penulis yang mengasuh sesuatu ruangan, dia akan memanfaatkan ruangan itu untuk menyiarkan karyanya. Katanya, “Ternyata Dino tidak berbuat begitu. Jarang sangat saya melihat karyanya tersiar dalam Berita Minggu sejak dia mengasuh ruangan itu.”

Rahman tak pasti apakah Dino diberikan syarat oleh majikannya untuk tidak menyiarkan karya kreatifnya atau dia “segan” berbuat demikian bimbang “apa penulis lain akan kata.” Atau Dino terikat dengan etika pengasuh ruangan yang lazimnya tidak akan memanfaatkan keadaan. Jika ini sikap Dino, sememangnya ia amat terpuji, jelas seorang kawan.

Rahman mengakui tidak begitu rapat dengan allahyarham, walaupun katanya, “Kami sama-sama menjadi anak angkat Usman Awang dalam erti mendapatkan tunjuk ajar dalam selok-belok penulisan. Kami tak geng sebenarnya.” Bukan Dino dan Rahman sahaja yang menjadi anak angkat Usman yang tidak pernah kenal secara intim sesama sendiri, tetapi juga ramai yang lain yang mengaku pernah menjadi anak angkat sasterawan negara itu. Contohnya, Maaruf Saad dan Sutong Umar RS. Maaruf sendiri pernah tinggal bersama-sama Usman untuk beberapa ketika di Petaling Jaya dan Sutong Umar RS.

Rahman tidak ingat sajak Dino yang manakah yang pernah menghambat hatinya. Secara tersirat Rahman barangkali mahu menjelaskan bahawa jarang ada karya puisi Dino yang terserlah. Puisinya tidak banyak diperkatakan. Kata Rahman, “Ada sebuah dua yang dicipta Dino semasa dia di luar negeri. Saya lupa nama sajak itu, tetapi itulah saya amat meminatinya.”

Biasanya Rahman ingat setiap sajak yang diminatinya, termasuk sajaknya sendiri. Malah dia mampu menghafal sajak-sajak itu. Sedikit aneh dia tidak mengingati judul sajak Dino yang dia minati. Apakah kerana Rahman “tidak geng” dengan Dino, maka dia tidak begitu ambil pusing dengan judul sajak Dino itu. A. Ghaffar Ibrahim akan lebih mesra dengan sajak-sajak Dino. Bukan sahaja sebagai jiran terdekat, Ghaffar dianggap kawan karib Dino dan membaca segala gerak tingkahnya dalam bidang puisi. Malah seangkatan kata seorang penyair.

Penglibatan Dino dalam Pena begitu aktif satu ketika. Pernah Dato’ Ahmad Sebi Bakar, presiden PENA meminta kerjasamanya untuk rekrut lebih ramai ahli Pena dari kalangan wartawan Berita Harian. Dikatakan hasil jerih payah Dino jugalah Ahmad Sebi berjaya dipilih menjadi presiden sehinggalah ke hari ini. Dan bukan tidak mungkin kerana kegigihan Dino dalam dua bidang, wartawan dan sasterawan, maka Ahmad Sebi menggunakan jasa baiknya untuk Dino dipinjamkan ke Akademi Penulis.

Sebelum jenazah disembahyangkan di surau berhampiran, Wahid Kasran mengingatkan kami bahawa Dino lahir di seberang sungai sebelah Perak dan “saya lahir di seberang sungai di sebelah Selangor.” Sunagi yang dimaksudkan Wahid ialah Sungai Bernam yang memisahkan dua negeri. Kata Wahid, “Tempat lahir saya Sabak Bernam. Tempat lahir Dino Bagan Datoh.” Lebih tepat tempat lahir Dino di Kampung Sungai Sumun. Dan dua huruf “SS” di hujung nama Dino itu ialah “S” untuk Sungai dan satu “S” lagi untuk Sumun. Samad Said datang menyampuk, “Bukan Syok Sendiri.”-ends.

BERKENALAN DENGAN PENGKRITIK DARI SELIAU


Ramli Isin

DARI SELIAU KE JIBOI
Catatan A.F.Yassin

Selama lima setengah tahun dia menimba ilmu dan pengalaman di Jogjakarta bagaikan tempat tinggalnya di Wirogunan dan Piri di kota itu menjadi kampung kedua baginya setelah Seliau di Seremban. Khabarnya sepanjang tempoh panjang itu tidak sekali dia pulang ke Seremban. Dan khabarnya juga dia ke kampus Universitas Gajah Mada menggunakan speda (basikal). Dapatlah saya bayangkan betapa dia mengayuh basikal ke tempat kuliah di pekarangan kampus yang maha luas itu bersama-sama ribuan mahasiswa lain. Barangkali basikal merupakan jenis "kenderaan" dalam kampus.

Sesekali dia, Ramli Isin yang memiliki doktor falsafah dalam bidang kesusasteraan, akan memandang ke kejauhan melepasi jendela kamar kerjanya di Universiti Putera Malaysia (UPM), untuk bernostalgia seketika tentang kisah masa lalunya dalam bidang pendidikan. Betapa dia akan membuat perbandingan kisah suka-dukanya di kampus Gajah Mada dengan kisah mahasiswa-mahasiswa di UPM, yang barangkali lebih beruntung dari sudut kemudahan dan pembiayaan pendidikan.

Ramli tidak akan menyesal dengan cara dia memperoleh pendidikan sehingga ke tahap yang dia miliki sekarang. Ada hikmah yang tersembunyi kerana pendidikan formal dan tidak formal yang dimiliknya itu menjadikan dia seperti yang sekarang ini sebagai penyebar ilmu dan pengkritik dalam biang kesusasteraan. Ketika mula saya mengenalinya di Dewan Bahasa dan Pustaka (dia bertugas sebagai pegawai penyelidik sastera) pada tahun 1973, tutur katanya masih pekat dialek Indonesia dengan sebutan Jawanya. Sudah begitu sebati lidahnya dengan sebutan itu. Tidak lama kita bersama di DBP kerana pada tahun 1975 dia pindah kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gajah Mada mengajarnya menjadi seorang penulis yang gigih dan konsisiten. Juga Gajah Mada menguji bakatnya sebagai seorang pengkritik dalam bidang kesusasteraan. Di Indonesia pusat pengajian tinggi ini terkenal melahirkan tokoh-tokoh besar kesusasteraan, malah tenaga pengajarnya terdiri daripada tokoh-tokoh terbilang dalam bidang itu. Ramli bin Isin tidak sia-sia menguji kesabaran hidup di daerah istimewa kota Jogjakarta itu. Kaya dengan budaya silam melalui kerajaan kraton, yang legasinya masih gah di pusat kota, di penghujung Jalan Malioboro yang terkenal dengan sajian burung dara di waktu dinihari. Ramli tidak akan dapat melupakan dua rakannya yang lain yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk belajar di kota itu, iaitu Rahman kaeh ( mantan profesor di Universiti Malaya), dan Morad Mat Jan.

Ramli memperdalami ilmu di Fakultas Sastera dan Kebudayaan, menjurus ke bidang bahasa dan sastera Indonesia. Yang mengajarnya termasuk beberapa tokoh besar dalam sastera Indonesia, antaranya Prof. Baroroh Barid, ahli filologi, Prof. Hamamah dan Prof. Ramli Leman Sumuwadigdo. Sesekali pula Ramli Isin akan mengagak-agak di mana gerangan teman-teman sekuliahnya seperti Abdul Rozak Zaidan, Sumardi dan Petah Agul yang khabarnya sudah menjadi sasterawan besar di Indonesia. Dia akan merindukan tutur kata dan tingkah langkah mereka semasa di kampus. Namun dia masih punya kawan seperti Rahman Kaeh yang tinggal berhampiran di Seremban. Dengannya setiap kali bertemu pasti nostalgia akan berpanjangan.

Demikianlah, Ramli Isin akan menjengah masa lalunya saban ketika. Suaranya yang lantang sambil disambut dekahan ketwa menyatakan kehadiran dirinya. Kawan-kawan dekatnya seperti Dharmawijaya, Othman Puteh dan Yusof Mohd Nor sudah terbiasa dengan nostalgia dan dekahan ketawanya itu. Bagi mereka, Ramli adalah kawan yang boleh diajak berunding dan jarang amat dia "bercerita tentang hal orang lain beserta kelemahananya."

Seperti halnya peneliti Dr. Yusof Hassan, Ramli bergiat dalam lapangan pengkritikan dengan eseinya berpusar kepada bidang yang dia amat pakar. Dia bukan penulis kreatif tetapi dia menilai karya kreatif melalui kacamata keilmuan dan pengalamannya. Dia barangkali memanfaatkan pengalaman peribadinya untuk meninjau dan menganalisis aspek kemanusiaan dalam karya kreatif seseorang pengarang. Dengarkan dia bicara tentang Dharmawijaya dalam "Suka Lara Penyair Tiga Dekad" (Dewan Sastera, Feb. 99): Secara sedar Dharmawijaya fenomena dan alam semula jadi dengan kehidupan sehari-hari seorang manusia atau sesuatu kelompok masyarakat, khususnya kelompok masyarakat bangsanya yang sentiasa berdepan dengan alam semula jadi. Kesan pengadunan kaitan antara dua faktor ada kalanya Dharmawijaya menceriakan terutama apabila alam semula jadi itu digunakannya semata-mata untuk menghubungkannya dengan kehidupan masyarakat sekitaran. Ada kalanya Dharmawijaya menderitakan manusia atau masyarakat yang menjadi pemikirannya itu. Malah ada kalanya penyair ini menceritakan aspek cerita dan derita manusia itu bersama-sama dalam sesebuah puisinya. Hal ini jelas dicitrakannya dalam puisi "Cinta Sayang Di Sawah Ladang" yang begitu menggugah perasaan khalayak pembaca.

Begitulah Ramli begitu dekat dengan alam yang membaur bersamanya apabila menganalisis sesuatu karya. Kejayaan dan keberkesanan pengamatannya yang "alamiah" ini sudah tentu memakan masa panjang dan memerlukan pengalaman empirikal yang berterusan dan yang ditambah pula oleh pengalaman pedagogikal yang ditimbanya semasa menjadi guru selama enam tahun (1961-1967).

Selama di Jogjakarta, Ramli tidak serik mengirim esei dan kritikannya ke suratkhabar dan majalah di Malaysia. Dia menunjukkan tahap konsisten yang berterusan sehingga tulisannya dapat mencerminkan kesungguhan, kerajinan dan nilai yang tinggi. Buktinya, Ramli telah diiktiraf oleh panel Hadiah Karya Sastera apabila dia dipilih bersama Ilias Zaidi sebagai pemenang hadiah penggalakan esei/kritikan bagi tahun 1975. Buktinya lagi, Ramli pernah dilantik untuk menganggotai panel penilai Sayembara Novel Gapena 1976, panel penilai Sayembara Esso-Gapena, panel penilai peraduan mengarang novel Hari Guru, panel penilai Anugerah Karya Bangsa anjuran Gapena-KKBS (Bahagian novel), panel penilai Hadiah Buku Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan panel penilai Hadiah Sastera Malaysia.

Ada yang berkata disebabkan usahanya yang konsisten dalam bidang esei dan kritikannya ini, maka Ramli kesuntukan masa untuk mencuba-cuba dalam penulisan kreatif. Tidak satu cerpen atau sajak yang pernah dihasilkannya sepanjang dia bergiat dalam lapangan persuratan ini. Barangkali ada, cuma saya belum ketemui. Mana tahu karya-karya itu masih tersimapn di lacinya.

Ramli biasanya amat apolojetik dan merendah diri.Kemungkinan besar budaya "inggih" dan tingkah sosial masyarakat Jogjakarta menguasai gerak tingkahnya yang walaupun sudah sekian dekad ditingalkannya masih terus mempengaruhi jiwanya. Atau masyarakat Siliau mengajarnya bersopan begitu. Dalam pada itu belum pernah saya meilhat dia marah-marah atau Ramli pandai menyembunyikan tanda marah di wajahnya. Dia mungkin sahaja marah dalam dekahan ketawanya atau mungkin saja dia mendiamkan diri dengan gelengan kepalanya. Perwatakannya inilah yang membuatkan rakan-rakannya senang berdamping dengannya. Rakan-rakan seperti Rahman Kaeh, Othman Puteh dan Dharmawijaya. Rakan yang terakhir malah semakin akrab. Ke kampus UPM pergi bersama pulang berdua. Setiap kali saya ke pejabat Dharmawijaya, setiap kali itu pula saya menemui Ramli di sana atau mereka berdua sedang bercakap melalui telefon. Dan sebelum berpisah lazimnya kami bertiga akan makan tengahari di Serdang atau di kafeteria mesjid universiti. Dan ketika itu tidak jarang nostalgia jogja kembali meredah ruang dan suasana dengan diikuti hilaian kah! Kah! Kah!

Kini Ramli tidak lagi menulis segiat dulu. Dia mengaku bahawa program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) menyita banyak waktunya. Minggu lalu semasa berbual santai di pejabatnya dia menunjukkan kertas-kerta jawapan mahasiswa yang mengikuti program ini yang ratusan jumlahnya. "Pening. Semua ini perlu dinilai mengikut jadual," katanya. "Ini belum dikira lagi mereka yang mengambil program sarjana yang mengetuk pintu dan menelefon minta bimbingan."

Sibuk tak sibuk dengan tugas mengajar, Ramli banyak juga menyusun buku. Malah dua daripada buku yang disusun bersama dipilih menjadi teks sastera peringkat SPM, iaitu "Suatu Subuh Yang Bening" (1983) sebuah antologi cerpen yang disusun bersama Othman Puteh dan "Kelapa Nan Sebatang" (1991) juga sebuah antologi cerpen susunan bersama Razak Mamat. Turut diterbitkan ialah antologi cerpen "Dongeng Merdeka" yang disusunnya bersama Othman puteh. Dalam bidang puisi dia menyusun "Nafas Kemanusiaan" (1980) dan 'Gema Lembah Kinabalu" (1982).

Ramli turut menjadi penyusun kajian dan kritikan sastera seperti "Memperkatakan Tiga Genre" (1985) bersama Othman Puteh dan Sahalan Mohd Saman, "Hari Kemerdekaan" (1989) bersama Sahlan Mohd Saman, "Sejarah Kesusasteraan Melayu ((1990) bersama Kemala, Hashim Awang, Zakaria Ariffin dan Sahlan Mohd Saman, "Tetamu Dari langit" (1990) bersama Hashim Awang, "Drama Melayu Moden dalam Esei" (1981), "Tinta Pena" (1981), "Novel-Novel Malaysia Dalam kritikan" (1982) dan "Riak Dan Gelombang Sastera" (1984), sebuah antologi esei kritikannya yang disusun Othman Puteh. Bagi mnemudahkan pelajar-pelajar memahami teks sastera di peringkat SPM dan STPM, Ramli turut menyusun beberapa buah buku ulasan.
Saya yakin waktu banyak yang disita oleh program PJJnya tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus menyumbang kritikan yang sihat kepada dunia persuratan, terutama dalam bidang sastera. Kepakarannya masih amat diperlukan, setidak-tidaknya buat jenerasi pelajar yang masih lagi berduyun-duyun mengharapkan bimbingannya. Dan tidak dilupakan komuniti pengarang yang masih mahu karya mereka dibedah oleh sarjana lulusan Gajah Mada ini. Petikan Utusan Zaman, 25 Mac 1999

Monday 22 December 2008

OTHMAN YATIM GEMILANGKAN WAN SU OTHMAN


Prof. Dr. Othman Yatim

Mengukir Kegemilangan Lalu
Catatan A.F.Yassin

Tajuk rencana ini adalah judul buku terbaru yang dihasilkan Profesor Dr. Othman Yatim dari Universiti Malaya dan diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Saya dihadiahkan dengan ikhlas oleh Othman senaskhah ketika sedang bermesyuarat Jejak Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka awal bulan ini. Selain saya, Prof. Dato’ Dr Asmah Hj Omar turut diberi senaskhah. “Buku terbaru dan masih panas,” kata Othman, walaupun di halaman tajuknya tertulis tahun 2000.

Kami mengucapkan tahniah dua kali kepada Othman. Pertama atas perlantikan sebagai profesor penuh dan kedua berjaya menghasilkan buku biografi penerima anugerah seni negara 1997, Wan Su Othman dari kelantan. Saya kira penulisan buku ini disiapkan pada tahun 1999 dan mengambil masa agak lama juga diterbitkan. Tidak pasti mengapa prosesnya begitu panjang. Apapun jua seperti kata orang lebih baik terbit lambat daripada tidak terbit langsung.

Kulit buku hasil rekabentuk Rafeah Legino menarik, dengan citra ukiran kayu berbentuk bunga. Di halaman verso tajuk (title verso) antara lain tertulis sejambak nama yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Selain Othman, sebagai pengarang, ada penaung penerbitan Dato’ Tengku Alaudin Abd. Majid, ketika itu Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, Ketua Penyelaras Penerbitan, Sharifah Zainah Salim, Penyelaras, Othman Ahmad, Penyunting Habsah Mohd Nordin, Perekabentuk Rafeah Legino dan Jurufoto untuk gambar kulit Abd. Aziz Arshad. Mereka ini adalah warga kerja dari pihak kementerian yang patut disebut namanya dalam buku ini. Walaupun pada amalan lazim, jarang sangat ditemui barisan nama seperti ini dalam mana-mana buku yang diterbitkan. Kalau pun ada selain nama pengarang hanya diselitkan nama penyunting.

Barangkali barisan nama ini adalah pra-syarat penerbitan yang ditentukan kementerian. Untung juga Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai penerbit kerajaan, seperti halnya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan tidak membariskan nama-nama orang yang terlibat dalam penerbitan bukunya. Jika ia berbuat demikian, maka nama Usman Awang, Kamaludin Muhamad M. Noor Azam, Ajikik, Hasrom Haron, Haji Jajuli, Hajah Izah Aziz, Abdul Ahmad, Othman Ismail, Mazlan Mohd Nor, Hassan Majid, Haji Rahim Rahman, Zalilah Syariff dan puluhan nama lain di Dewan Bahasa yang terlibat puluhan tahun pula dalam penerbitan buku.

Kandungan buku dibahagikan kepada enam bab utama dengan bab keenam diangkat tajuknya sebagai judul buku. Othman bukan sahaja bercerita tentang kisah hidup Wan Su sejak dia dilahirkan di Pengkalan Kubur, Kelantan pada tahun 1899 sehingga dia menerima Anugerah Seni Negara pda tahun 1997 tetapi juga bercerita tentang faslsafah dan konsep ukiran secara umum. Namun, kisah hidup Wan Su dianggap lebih menarik malah boleh dijadikan tauladan bagi mereka yang meminati seni ukir.

Menurut Othman Wan Su dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Wan Su adalah anak bongsu daripada 12 adik beradik. Ayahnya, Othman seorang nelayan dan peniaga beras sementara ibunya, Wan Sri peniaga emas. Sedikit aneh bagaimana Wan Su adik beradik berada dalam serba kekurangan sedangkan kedua-dua orang tuanya peniaga. Beras dan emas pula.

Wan Su dikatakan mula minat dalam seni ukir ketika berusia lapan tahun. Menurut Othman, sebaik sahaja selesai belajar al-Quran, Wan Su singgah di rumah Pak Imam untuk melihatnya mengukir. Pada suatu ketika Wan Su akan mengutip cebisan kertas lakaran yang dibuang Pak Imam dan membawanya pulang. Kemudian dia menekap kertas itu kepada kayu dan mula mengukir mengikuti lakaran di kertas. Sejak itulah Wan Su mula melukis di kertas dan melukis awan larat di layang-layangnya.

Tidak siapa menyangka minatnya dengan kerja-kerja mengukir Pak Imam menjadikannya tokoh pengukir terkenal dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa akhirnya. Wan Su bekerja mencari nafkah sebagai tukang gunting. Melalui kerjaya tukang gunting ini dia menerima tempahan orang ramai membuat ukiran di wau-wau dan pentas orang kahwin. Dia kemudian bekerja membantu sepupunya Wan Abdul Rahman mengukir pada emas. Dari sinilah namanya mula menanjak sehingga akhirnya dia dipelawa oleh Mobin Sheppard bekerja sebagai juru ukir di Muzium Negara pada 15 Julai 1962 untuk selama tiga tahun.

Pengiktirafan sebagai pengukir terbukti apabila dia banyak menang pertandingan wau cantik peringkat kebangsaan di Kota Bahru (1974), Kuala Terengganu (1975), Sungai Petani (1976), Kuantan (1978 dan Pulau Pinang (1979). Pak Su menjadikan alam sekitaran sebagai sumber motif ukirannya. Tumbuh-tumbuhan yang melata di kelilingnya adalah ilham dan inspirasi untuk motif-motifnya, antaranya ketola, peria, saga kenering, daun salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina. Dia mengangkat bahan-bahan tumbuhan ini sebagai objek lakaran kerana jasa tumbuhan itu kepada manusia. Ada tumbuhan yang menjadi makanan manusia; banyak pula yang boleh dibuat ubat dan penawar racun. Tidak kurang pula kehadiran tumbuhan itu mencipta keindahan pada ruang, alam sekitar dan dimensi minda manusia.

Terdapat 65 buah ilustrasi dan gambar yang berkait dengan seni ukir dilampirkan dalam buku setebal 120 muka surat ini. Juga terlampir 30 motif bunga yang dihasilkan Wan Su. Ada pula glosari, berupa penjelasan 21 jenis motif yang pengertiannya amat bermanfaat sebagai rujukan. Antara jenis motif itu termasuk Badak Mudik, Itik Pulang Petang, Kelarai, Kepala Cicak, Pilin Berganda, Sibar Dayang dan Siku Keluang.

Beberapa bab buku ini ditulis secara kreatif. Maksudnya pendekatan kreatif dibaurkan dengan pendekatan naratif-deskriptif untuk membentuk kesatuan tulisan. Tujuannya memberi impak emosi yang lebih mengesankan. Dialog antara watak-watak hidup (real) digunakan. Misalnya, percakapan antara Wan Su dengan Mobin Sheppard (ms 35-37) atau dialog Wan Su dengan Wan Gorek (ms 16-17). Kurang pasti apakah ia merupakan dialog-dialog sebenar yang dirakamkan pengarang ketika mengadakan pertemuan dengan watak-watak itu? Atau ia cuma imaginasi pengarang. Bukan tidak mungkin pembaca akan mempersoalkan autentisiti dialog ini.

Pendekatan penulisan biografi yang menggunakan dialog seperti ini banyak terdapat dalam buku-buku biografi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah pendekatan dialog ini juga banyak digunakan dalam buku-buku biografi karangan orang Barat seperti yang terdapat dalam buku biografi Virginia Woolf: A Writer’s Life karya Lyndall Gordon atau Tun Jugah of Sarawak karya Vinson H. Sutlive Jr. Hanya sahaja, dialog yang digunakan Gordon dan Sutlive adalah autentik dalam erti dialog berkenaan memangnya dituturkan oleh wataknya.

Apappun jua, Othman melalui bukunya ini, berusaha memperlihatkan ketokohan Wan Su dalam bidang seni ukir yang tiada bandingannya. Setelah habis membaca buku ini kita barangkali akan terfikir: Kalaulah Wan Su ditakdirkan hidup pada zaman kerajaan Melaka abad ke-15, nescaya dia akan dicemburui pengukir-pengukir istana yang pada waktu itu kebanyakannya didatangkan dari sebuah kawasan yang bernama Kundur. Tidak kiralah sama ada Kundur itu berada di Negeri Sembilan atau di Riau Lautan (Pulau Kundur).

Othman, yang lahir pada 6 Disember 1949, bukan orang baru dalam dunia penulisan. Termasuk buku Mengukir Kegemilangan Silam dia telah menghasilkan 15 buah buku yang berkait dengan seni dan budaya. Anak kelahiran Kampung Teluk, Lumut, Perak ini mempunyai kelulusan di peringkat doktor falsafah dalam bidang kesenian Islam dari University of Durham, England.

Antara buku-bukunya yang menarik untuk dibaca ialah Batu Aceh: Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia, Warisan Dalam Kesenian Tamadun Islam, Islamic Art dan Meriam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara. Bukunya Batu Aceh itu mengingatkan saya kepada buku Batu Aceh Warisan Sejarah Johor (510 ms) yang ditulis oleh Daniel Perret dan Drs Kamaruddin Abd. Razak, terbitan Yayasan Warisan Johor (1999). Manakala Mengukir Kegemilangan Lalu menambahkan lagi khazanah biografi tokoh terbilang di negeri ini. Ends.

Sunday 21 December 2008

KEMALA SEDIH ZAINAL RASHID TUMBUK MEJA


Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) kini Sarjana Tamu di UPM.

CATATAN A.F.YASSIN
Zainal Rashid Tumbuk Meja, Kemala Sedih

Entah kerana geram, atau entah kerana marah penulis berbakat Zainal Rashid Ahmad menumbuk meja dalam satu forum penulis muda di Rumah Pena sempena mesyuarat agung Pena, Oktober 2003 yang lalu. Khabarnya Zainal memperagakan emosinya kerana kononnya penulis muda dihalang daripada menjadi anggota persatuan penulis. Mengapa mereka dihalang tidak pula dijelaskan. Namun ada andaian bahawa para pemimpin persatuan, rata-rata penulis mapan, kontemporer dan bukan kontemporer, bimbang akan kehadiran penulis muda. Mereka mungkin tercabar jika penulis muda beramai-ramai mendaftar sebagai ahli.

Jika kebimbangan ini benar maka ia tentunya menimbulkan suasana yang kurang sihat dari segi hubungan antara penulis lama (baca: mapan) dan baru (baca: muda). Seolah-olah telah terbentuk satu jurang (fizikal dan mental) antara kedua-dua golongan. Bukan tidak mungkin ada di kalangan penulis baru ini yang merasakan mereka dipinggirkan dalam arus perdana persatuan. Malah sudah ada yang tanpa ragu-ragu berkata “orang lama takut dengan orang baru kerana idea dan pemikiran mereka (orang baru) lebih ke depan dan bersifat lebih intelektual. Orang lama masih kolot idea dan konservatif.”

Masalah orang baru dipinggirkan orang lama ini bukan cerita baru. Masih ingatkah krisis Pena satu ketika dahulu yang melibatkan Yahya Ismail, Maarof Saad dan kemudian Dato’Ahamd Sebi. Yahya didakwa terbabit dengan sebuah parti politik dan sebagai ketua sebuah persatuan penulis, Yahya dicabar untuk tidak mengaitkan dirinya atau melibatkan persatuan dengan parti politik. Dalam pertandingan kemudiannya Yahya dikalahkan oleh Maarof Saad yang ketika itu mendapat sokongan padu dari kalangan penulis baru. Maarof kemudian dikalahkan pula oleh Dato’ Ahmad Sebi Bakar yang juga didukung oleh penulis-penulis baru.

Kemudian, masih ingatkah semangat berpuak-puak di kalangan perwakilan Gapena dalam pemilihan jawatankuasa pada tahun 1990an dahulu? Ketika itu timbul cerita, entah benar atau tidak, tentang wujudnya dua kumpulan, yang bersaing sengit merebut jawatan. Dilaporkan kumpulan yang mencabar kumpulan inkumban telah pun mewujudkan satu “kabinet bayangan” dalam usaha memenangi pemilihan. Malah ada perwakilan yang telah dipujuk untuk memilih calon mereka. Kempen memujuk perwakilan ini persis kempen UMNO menjelang pemilihan ahli majlis tertingginya.

Sikap dan kegiatan kumpulan ini kurang disenangi ramai kerabat Gapena. Walaupun kegiatan itu sudah menjadi sejarah tetapi kesan sampingannya dapat dirasakan hingga ke hari ini. Kecenderungan di kalangan inkumban untuk mengekalkan status quo walau dengan secara apa sekalipun, mungkin boleh dikaitkan akhirnya dengan insiden menumbuk meja Zainal Rashid.

Lagi pula, seperti yang dijelaskan seorang anggota seumur hidup Pena satu ketika dahulu, “Menjadi anggota persatuan ini tidak ada kena mengena dengan wawasan dan pemikiran yang baru atau yang intelektual. Saya lebih melihatnya sebagai satu usaha untuk mengubah pucuk pemimpin untuk kemudian menguasai persatuan. Tidak timbul soal boleh menjadi ahli atau tidak dalam persatuan. Sebabnya setelah seorang baru dipilih memimpin persatuan dia juga akan berbuat seperti apa yang dilakukan pemimpin sebelumnya, iaitu cuba mengekalkan kuasa dengan menghalang pendaftaran baru.”

Ada yang mencadangkan agar golongan yang melepas geram ini menubuhkan persatuan baru dan kemudian memohon untuk menganggotai Gapena. Malah inilah yang terjadi di Melaka yang kini mempunyai empat persatuan yang bergabung dengan badan induk penulis itu. Di Selangor dan Kuala Lumpur pula ada beberapa buah persatuan yang turut menjadi anggota kerabat Gapena. Ada Kalam, ada Kemudi dan ada Persatuan Penulis Selangor. Mana tahu tidak lama lagi Angkatan Penyair Malaysia (APM) yang ditubuhkan di Tanjung Karang tidak lama dahulu akan memohon menjadi anggota.

Presidennya, Dato’ Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pernah meluahkan rasa kecewanya dengan keadaan persatuan penulis sekarang ini. Pernah Kemala bersuara melalui e-mel bagaimana sulitnya “hendak membina sesuatu yang baru, idealisme kini berdepan dengan tuntutan materi. Kalau bertemu pun setahun sekali. Dalam mesyuarat agung Pena, misalnya, asyik mendengar ucapan ketua satu yang tak pernah berubah. Saranan kita tidak dipedulikan langsung; dan adik-adik kita sudah pandai pula menghentak meja.”

Kemala turut sedih dengan keadaan bahasa dan sastera yang mulai merosot dari sudut politik, budaya dan politik pemerintah. Katanya lagi, “Gapena-DBP-RTM-institusi perguruan tinggi semakin renggang dan takut pada bayang-bayang kebenaran.” Walaupun kelihatannya Kemala seperti memperjuangkan kehadiran penulis muda, namun Kemala tetap mempunyai kecenderungan untuk terus kekal mempertahankan kehadiran penulis lama atau mapan. Seperti katanya, “Kau lihat RTM mana pernah undang penyair mapan yang kontemporer dalam deklamasi Angkasapuri, mereka anggap kami ini teroris agaknya?”

Soalan Kemala ini memang tidak sukar dijawab, jika kita kaitkan dengan insiden Zainal Rashid menghentak meja. Jika benarlah seperti dakwaan Kemala itu, maka ia berpunca daripada sikap berpuak-puak di kalangan penulis sendiri. Satu golongan penulis ( golongan muda?) yang tertancap pengaruhnya di institusi penyiaran kerajaan itu akan berusaha mengekalkan pengaruhnya di RTM. Walaupun Kemala tidak menyebut siapa penyair mapan yang kentemporer itu namun tidak susah untuk mengagak jika ada yang bersungguh-sungguh mengikuti acara deklamasi sajak Angkasapuri.

Akhirnya kita kembali ke punca insiden Zainal Rashid menumbuk meja. Dalam satu majlis bukan sastera yang diadakan baru-baru ini, seorang penulis mapan bertanya kepada saya, “Kalau penulis yang menghentak meja itu ditakdirkan menjadi pemimpin sebuah persatuan nanti, apakah dia tidak akan terperanjat apabila nanti ada penulis lebih muda daripadanya menumbuk meja pula atas sebab yang sama?” Untuk sementara waktu cukuplah kita dipaparkan dengan tumbukan meja Zainal dan rasa gundah Kemala. Ends. (Dipetik daripada akhbar mingguan, Utusan Melayu Mingguan, 11-17 Oktober 2003)

Tuesday 16 December 2008

JB CIQ...JB CIQ...MINUS THE JAM PLEASE!


Johore Bahru Customs, Immigration and quarantine checkpoint launched (Starpix).

Wednesday December 17, 2008
Crawl at CIQ complex checkpoint on first day


JOHOR BARU: The first day of operations at the new Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine complex was marred by massive traffic congestion.

The two-hour-long crawl saw traffic into Johor snaking all the way to Woodlands in Singapore during peak hours due to motorists being caught off guard by the cashless toll collection system at the complex.

Many motorists, especially Singaporeans, did not know that they were required to use Touch ’n Go cards at the new complex in Bukit Cagar.


First day blues: THE new Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine complex in Johor Baru opened to motorists at 12.01am Tuesday. There was congestion shortly after the opening (main picture) as well as during peak hours, as seen in the picture taken at 1.30pm (inset). Most of the congestion was caused by traffic from Singapore entering Malaysia. See Page 6. — KENNETH WONG / The Star

The congestion did not let up even when Plus officials were stationed at the complex entrance to sell RM20 cards on the spot to motorists.

Counters were also set up at the old checkpoint.

Notices were also placed at Woodlands informing motorist about the traffic congestion at the entrance into Malaysia.

Singaporean businessman John Tan, 45, said he only found out about the cards when he entered Johor via the new complex.


Long wait: The first batch of road users using the new Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine complex after its opening at midnight Tuesday.

“I was excited to use the new complex and expected it to be more efficient than the old Causeway checkpoint,” he said adding he was surprised when he was told he had to use the card for toll payment.

However, Tan said he was impressed with the design of the new complex.

Fellow Singaporean Tommy Ong, 40, said the authorities should have made the public more aware that Touch ‘n Go cards had to be used.

Malaysian chef Chan Pon Soh, 30 said it was “historic” to be among the first batch of road users using the new complex despite technical difficulties.

“Luckily for me, I already have a Touch ‘n Go card which I use on the North-South Expressway,” he said.


At the Causeway, workers are diverting traffic to the new complex.

Malaysian K. Selvaraju, 41, said he was disappointed with the congestion. “I was hoping for a smoother ride but it was not the case.’’

Johor Immigration director Mohd Nasri Ishak said the congestion was due to motorists not having Touch ‘n Go cards and not used to the new road system.

“The jams were mainly during peak hours in the morning and even when people returned from work,” he said.

He said that adequate notices had been put up informing the public about the cashless toll system adding that all 200 counters for in-bound and out-bound were operational on the first day.(The Star, 17 December 2008)

Comments:
A dawn of a new era at the CIQ checkpoint, Johor Bahru. Next request: A bridge please to replace the aged-old causeway. Singapre should heve been more considerate for the sake of the people on both sides of the Selat Tebrau.

Monday 1 December 2008

SENIMAN SYED ALWI TELAH TIADA!


Ziarah jenazah dengan membaca Surah Yasin sebelum disembahyangkan. (Foto mStar oleh Siti Azura)

Isnin Disember 1, 2008
Syed Alwi meninggal dunia kerana jatuh, bukan disamun
Polis: Kesan lebam disebabkan gigitan serangga


Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

PETALING JAYA: Polis dan anggota keluarga menolak punca kematian Tokoh Seniman Negara, Datuk Syed Alwi Syed Hassan, yang ditemui mati di kediamannya di Kampung Sungai Serai, Rawang dekat sini malam tadi, adalah disebabkan samun dan serangan.


Allahyarham Syed Alwi, 78, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pukul 2 petang.


Terdahulu pukul 1.30 tengah hari tadi, jenazah Syed Alwi disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.


Kira-kira 150 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham.


Antara artis yang hadir ialah Sabri Yunos, Rozita Rohaizad, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Zulhaila Siregar dan Ellie Suriati.


Sementara itu, anak Allahyarham, Norsham Syed Alwi ketika dihubungi mStar Online berkata, arwah ayahnya meninggal dunia disebabkan penyakit vertigo.


BEKAS isteri Allahyarham Syed Alwi, Norhayati Hashim berkongsi duka bersama artis Ellie Suriati di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur petang tadi.

Dia juga mengesahkan tokoh seniman negara itu, terhantuk sebelum terjatuh di rumahnya kelmarin.


Norsham juga menafikan Syed Alwi disamun.


Pihak polis juga menolak elemen perbuatan khianat kerana bedah siasat menunjukkan kesan lebam kemungkinan disebabkan jatuh.


ANAK Allahyarham Syed Alwi, Norsham menaburkan bunga di pusara bapanya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Hasnan Hassan berkata, Allahyarham Syed Alwi meninggal dunia kerana jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.


DATUK Ahmad Tarmimi Siregar turut hadir bersama isterinya, Zulhaila Siregar memberi penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham Syed Alwi.

"Kesan lebam dan calar di tubuh mangsa adalah disebabkan gigitan serangga," katanya.


Kata beliau, pihaknya sedang membuat pemeriksaan dan siasatan susulan memandangkan terdapat banyak ubat di rumahnya.


"Badan mangsa tiada kesan diserang pihak tertentu," katanya lagi.


ELLIE Suriati turut hadir di upacara pengkebumian Allahyarham Syed Alwi.

Dalam pada itu, pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar berkata, arwah merupakan salah seorang yang mendidiknya selepas Datuk Rahim Razali melibatkan diri Tarmimi dalam dunia pementasan.


"Melalui arwah, saya banyak berlakon teater seperti Alang Retak Seribu, Tok Perak dan banyak lagi.


"Beliau bukan sahaja seorang guru malah rakan sekerja yang unik, suka berterus terang.


PENGARAH Faridah Merican dan Joe Hasham merupakan antara rakan seperjuangan Allahyarham Syed Alwi dalam bidang teater.

"Apa yang saya perasan, perangai beliau sama seperti saya iaitu suka 'cakap lepas' dan tidak hipokrit," ujar Tarmimi yang kali terakhir berjumpa dengan arwah ketika sebulan lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Tambah Tarmimi, arwah seolah-olah yang beliau akan pergi tidak lama lagi apabila menyerahkan skrip Tok Perak yang sudah dicetak kepada Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.


"Beliau ada meminta saya berlakon dalam Tok Perak yang bakal dipentaskan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.


"Jadi, saya agak terkejut dengan pemergiannya. Beliau tak sakit tetapi pernah dimasukkan ke hospital sekejap," kata Tarmimi yang mengetahui berita kematian menerusi SMS Norsham semalam.


Tarmimi masih meluangkan waktu melawati jenazah Syed Alwi walaupun sedang menjalani pengambaran telefilem Tak Sama Tapi Tak Serupa untuk TV3 hari ini.


BERITA TERDAHULU


Tokoh Seniman Syed Alwi ditemui mati, kesan calar


SUNGAI BULOH: Tokoh Seniman Negara, Datuk Syed Alwi Syed Hassan ditemui mati di kediamannya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Rawang dekat sini, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Hasnan Hassan berkata, mayat mangsa yang berusia 78 tahun itu dijumpai di bahagian dapur rumah banglo berkenaan oleh anaknya, Norsham, 27, yang baru pulang ke rumah.


"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang 48 jam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Hasnan berkata, siasatan awal mendapati ada kesan calar dan lebam di badan mangsa, yang tinggal seorang diri sejak Jumaat.


Katanya tiada kesan pecah masuk di banglo milik Allahyarham tetapi terdapat sebuah meja yang terbalik dengan banyak ubatubatan di sekitarnya.


Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dalam satu kejadian samun selain kemungkinan beliau jatuh lalu meninggal dunia.


"Perlakuan jenayah (dalam kes ini) akan disiasat," katanya.


Mayat Syed Alwi dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


Syed Alwi, anak kelahiran Taiping, Perak mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Pondok Tanjung dan Sekolah Taiping.


Beliau melanjutkan pelajaran ke University of Minnessota, Amerika Syarikat dalam bidang teater dan kewartawanan serta merupakan anak Melayu pertama yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang berkenaan.


Syed Alwi pernah menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D. Rockefeller III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika antara April dan Jun 1980.


Beliau adalah antara penggiat teater yang melalui dua zaman iaitu zaman penjajahan serta zaman kemerdekaan dan banyak menghasilkan karya yang mantap dan mempunyai impak khususnya dalam memperkatakan isuisu berhubung bangsa Melayu.


Syed Alwi dianggap sebagai tokoh terkemuka yang mengangkat martabat teater tanah air daripada corak purbawara dan bangsawan kepada corak yang lebih bersifat kontemporari.


Antara karyanya yang memenangi pelbagai hadiah ialah drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) serta dua drama berbahasa Inggeris "I Remember The Rest House" (1992) dan "Member of The Club" (1994).


Syed Alwi adalah pengasas Kumpulan Teater Seni Malaya (Malayan Art Theater Group) pada tahun 1951, yang kemudian bertukar menjadi Malaysian Art Theater Group.


Beliau pernah mengarah dan berlakon dalam beberapa pementasan teater terkenal antaranya Midsummer Nights (Starveling), Androcles and the Lion (Slave) dan Henry V (Duke of Bedford) sehingga 1953.


Syed Alwi pernah bertugas dengan RTM, TV3 dan NTV7 sebagai pengurus, penerbit, pelakon, penulis dan pengarah selain pernah bertugas dengan Filem Negara, Panggung Negara, Akademi Seni Kebangsaan, Universiti Malaya dan Pejabat Penerangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Beliau diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Seni Negara pada 19 September 2002, iaitu satu penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni negara. BERNAMA (Dipetik daripada The Star Online, 2 Disember 2008)

Komen:
Pergi sudah seorang lagi teman seni menemui Sang Penciptanya. Seperti baru semalam kami bertemu di kediamannya di petaling Jaya untuk membincangkan penerbitan buku drama hasil ciptaannya. Pada hal ia sudah hampir dua dekad berlalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin!

Monday 17 November 2008

PERGINYA TOKOH PERSURATAN DARI JOHOR


Allahyahram Ungku Zaman Tahir (atas kiri) dengan beberapa artikel yang pernah tersar di akhbar dan buku.

Tokoh Penulis Johor, Ungku Zaman Tahir Telah Tiada
Tokoh Budaya dan persuratan Johor, Ungku Zaman Tahir (65) telah kembali ke rahmatullah, kelmarin, Isnin 17 November 2008. Allahyarham mengehembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara selepas pembedahan jantung. Menurut Cikgu Ahmad Roslan daripada Yayasan Warisan Johor jenazah Allahyarham telah dibawa balik dari IJN ke Johor Bahru dan dikebumikan di Perkuburan Mohamadiah pada petang hari yang sama.

Allahyarham, seorang pesara guru, berkhidmat secara kontrak dengan Yayasan Warisan Johor, beberapa tahun kebelakangan ini. Antara bukunya yang telah diterbitkan termasuklah Sejarah Segamat (1 &2). Allahyarham masih akif menulis dan mengkaji. Ketika mengikuti rombongan Gapena ke Daik-Lingga pada tahun 1999, Allahyarham sempat menulis dua buah artikel untuk diterbitkan dalm buku Daik- Bonda Tanah Melayu, yang diselenggarakan oleh Rejab F.I. dan diterbitkan oleh Gapena sendiri. Dua artikel itu ialah Daik: "Di Manakah Keunikannya?" dan "Gunung Daik Bercabang Tiga".Buku ini diterbitkan pada tahun 2000.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin!!

Sunday 9 November 2008

WACANA TUNTUTAN MELAYU DI RUMAH GAPENA


Datuk Dr. Malik Munip (gambar atas kanan) memberikan pandangannya tentang tuntutan Melayu di Majlis Wacana Gapena, di Rumah Gapena, Sabtu, 8 November 2008. Foto: A.F.Yassin

Posted: Sun May 07, 2006 10:27 pm Post subject: petikan wawancara Malik Munip
respect aku berpandangan macam ni.......

Apakah kelemahan yang mungkin tidak disedari oleh UMNO?

MALIK: Orang Melayu selalu segan hendak mengaku hal-hal yang baik yang ada dalam budaya dan tamadunnya. Ini sense of apologia yang menggilakan sehingga kita waswas mahu melangkah ke depan, betul atau tidak setiap tindakan.

Saya pernah berjumpa dengan seorang graduan Jerman yang lulus ijazah kelas pertama dari University of Edinburgh dan bertanya tentang kejayaannya. Katanya: “Saya berjaya kerana saya orang Jerman.” Dia memahami kekuatan bangsanya, dan menjadikan itu sebagai asas kejayaannya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, setiap sesuatu yang melambangkan kecemerlangan Melayu cuba digambarkan sebagai mengaibkan. Proton yang melambangkan pencapaian kita yang luar biasa dalam bidang industri tinggi misalnya dalam masa beberapa tahun ini diberikan pelbagai gambaran yang negatif. Kita terlupa bahawa ini adalah soal membangunkan kemahiran dan kemampuan.

Ini namanya capacity building, bukan untung rugi. Kalau kita sudah melahirkan beribu-ribu jurutera Melayu yang mahir di Proton, kita tidak usah bertanya ia untung atau rugi kerana itu capacity building untuk jangka panjang. Capacity building itu adalah asas untuk mencipta wang, membina kekayaan dan mencipta kejayaan.


Buku Tuntutan Melayu karangan Dato' Dr. Malik Munip yang menjadi asas perbincangan meja bulat di rumah Gapena. Buku ini diterbitkan oleh Sarjana Entreprise, pimpinan YB Senator Ahmad Yusof pada tahun 1981.

Itu sebabnya saya tidak faham kenapa Proton, dan satu lagi MAS, dipamerkan sebagai lambang kehancuran. Kita harus faham dan ambil tahu sejarah MAS. Saya dahulu mengajar sejarah ekonomi, dan saya berusaha untuk mengetahui hal-hal ini.




dukperati
Panelis VIP



Joined: Dec 10, 2005
Posts: 5246

Posted: Sun May 07, 2006 10:29 pm Post subject:


batul dan sangatlah betulnya

Pada usianya 60 tahun ini, bagaimanakah kedudukan UMNO menghadapi sumpah generasi ketiga – generasi pertama membina, generasi kedua menikmati dan generasi ketiga menghancurkan.?

MALIK: Kita mesti berikhtiar bertungkus lumus memelihara supaya sumpah yang terbukti dalam banyak organisasi di dunia ini tidak berlaku kepada UMNO.

Apakah tanda-tanda itu sudah ada?

MALIK: Ada. Pemimpin muda tidak tahu tentang sejarah perjuangan bangsanya. Mereka melihat UMNO sebagai ejen untuk memudahkan mereka berniaga. UMNO sudah menjadi terlalu materialistik. Ini realitinya.

Ahli falsafah, John Dewey mengatakan bahawa organisasi pada mulanya menjadi alat untuk mencapai sesuatu. Setelah berkembang, ia akan sampai kepada satu peringkat apabila budaya organisasi itu kemudiannya menyebabkan ahli-ahlinya menjadi alat kepada organisasi tersebut. Winston Churchill juga mengatakan hal yang sama, iaitu pertama kita membentuk institusi dan kemudian institusi itu pula yang membentuk kita.

Akhirnya, kita hilang pedoman.

Inilah yang berlaku kepada dinosaur – besar tetapi akhirnya pupus. UMNO jangan jadi dinosaur. Kita jangan terlalu syok dengan jumlah ahli tetapi perlu sibuk membina kualiti ahli. Kalau boleh biar dapat keduaduanya sekali – ahli yang banyak dan berkualiti.




TheChulan
War Council



Joined: Sep 01, 2003
Posts: 9013
Location: Kuala Lumpur
Posted: Sun May 07, 2006 11:25 pm Post subject:


Saya masih terinat Malik Munip ni.

Paling terkenal sekali dgn debat antara dia dgn pelajar pro pas.

Lepas dia kasi lecture, student pro pas bangun di sokong oleh sahabat lain nya.

Student pro pas tu cakap dgn bongkak nya " Tuan asik asik sebut Hak Melayu Hak melayu melayu. Kita Islam mesti islam Hak islam , jgn sebut hak melayu, sebut hak islam saje. Ni bumi allah pertahan kan islam saje lah buat apa sebuk pertahan hak melayu semua hak allah" seolah olah menyindir perjuangan Melayu UMNO.

Pelajar lain semua pandang satu sama lain. Seolah olah Malik Munip terperangkap.

Kemudian Prof ni tanya, "awak dari mana?" Pelajar jawap " Dari Terenganu" Prof tanya lagi "sape ada di sana?" pelajar pas jawap " ayah dan keluarga lain ada di situ" , Prof sambung " rumah sape tu?" pelajar jawap "rumah ayah saya lah"

kemudian Prof tanya "esok boleh tak suruh ayah awak semua keluar dari rumah itu, saya nak masuk dan ambil tanah ayah awak?"

Pelajar jawap " mana boleh , tu hak ayah saya"
terus Prof menjawap , jerat dah mengena " eh awak kata semua hak allah ,mcm mana boleh jadi hak ayah awak? dan kenapa awak nak pertahan kan nya?

Tersu senyap pelajar barua pas.

Back to top


putra_nazi
Platoon Commander



Joined: Apr 26, 2006
Posts: 703
Location: nusajaya
Posted: Mon May 08, 2006 1:04 am Post subject:



Malik munip bersama beberapa prof u tempatan pernah bersemuka dengan TUN mempertikai projek kereta nasional awal 80an dulu...mereka membawa usul penduduk Malaysia yang tidak ramai, market yang kecil akan memufliskan negara jika projek ini dilaksanakan...Namun dengan tenang TUN menjawab Kita membangun projek kereta nasional bukan semata-mata fakltor komersial...tapi lebih daripada itu, teknologinya, R&Dnya dan ilmu otomotif yang akan meresap masuk ke seluruh rakyatnya yang terlibat dengan projek ini...muali saat itu malik mula tabik dengan tun kerana tun melihat lebih jauh dari dia dan prof2 yang memperlekeh hasrat tun itu....tidak ramai pemimpin yang boleh mendahuli tun dari segi pemikiran, wawsan, dan perjuangan bangsa...walaupun kadang2 agak keras...tetapi hasilnya kita merasi hari ini....terlalu banyak yang dulu kita kata membazir, kini sudah nampak kesan manfaat dari projek2 tun...cuma, tun masih manusia biasa yang tidak maksum...tentu ada cacat-celanya yang mungkin rakyat malaysia boleh maafkan...namun beliau adalah negarawan yang berhak dihormati oleh generasi kini atas sumbangan beliau...
(Petikan daripada mykmu.net)

Komen:
Petikan di atas adalah daripada MYKMU.NET. Apa yang diperkatakan Datuk Malik Munip ini adalah sebahagian daripada pandangnnya yang dilontarkan di Rumah Gapena, Sabtu, 8 November 2008 yang lalu. Malik memperkemas pandangan dan tanggapannya tentang Melayu dan Kemelayuan berdasarkan buku Tuntutan Melayu yang diterbitkan hampir tiga dekad yang lalu oleh Sarjana Entreprise yang dipimpin Ahmad Yusof, sekarang YB Senator.

Hampir 40 orang cendekiawan menghadiri majlis wacana pagi itu, anjuran Gapena. Antara yang hadir bekas Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Firdaus Abdullah dan bekas Ketua Pengarang Bahagian Majalah DBP, Haji Jajuli Abd. Rahman. Kerabat Gapena yang turut hadir ialah Dato' Tengku Alauddin, Datuk Prof. Dr. Zainal Keling dan Tan Sri Ismail Hussein, Ketua Satu Gapena.

YB Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, yang turut hadir dalam majlis antara lain bertanyakan "Tuntutan Melayu" itu sendiri. Beliau kurang arif apakah Melayu perlu menuntut haknya sendiri. Baginya kalau telah menjadi "hak kita orang Melayu, kita tidak perlu menuntut. Kita kena pastikan yang hak kita tidak dituntut oleh orang lain."

Khabarnya, buku Tuntutan Melayu Malik ini akan diterbitkan semula oleh Gapena,semestinya dengan penambahan untuk memperkemas kini kandungan.Paling-paling apa yang dikatakan Malik pagi itu akan menjadi asas penerbitan edisi baru ini.

BAHASA MELAYU DI TANAH SUCI DIHARGAI BERBANDING DI MALAYSIA?

Bahasa Melayu diguna meluas


MADINAH: Mungkinkah bahasa Melayu menjadi bahasa kedua penduduk Kota Suci Makkah dan Madinah 100 tahun lagi?

Berdasarkan keadaan sekarang, ini tidak mustahil kerana bahasa Melayu sudah pun digunakan secara meluas oleh peniaga di kedua-dua kota suci pada masa ini, menjadikannya bahasa kedua paling meluas digunakan di Semenanjung Arab.

Hasil interaksi sejak beratus tahun dengan jemaah haji dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Kemboja, peniaga di kedua-dua kota suci Islam ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu pasar walaupun kosa kata mereka terhad kepada tawar menawar harga barangan jualan.



Kuasa membeli jemaah negara berkenaan yang semakin tinggi mendorong peniaga Arab dan Asia Selatan serta kakitangan mereka mempelajari bahasa itu untuk memudahkan urusan perniagaan dan melariskan jualan.

“Frasa seperti mari-mari kualiti bagus tetapi murah, Malaysia boleh, Malaysia bagus,” lazim terdengar di pasar dan kedai di kompleks beli-belah di sekitar Tanah Suci di kedua-dua kota itu.

Istilah tawar menawar seperti ‘tidak boleh, ana rugi’ lazim kedengaran ketika jemaah tawar menawar dengan peniaga.

“Saya tidak menghadapi masalah berkomunikasi untuk membeli-belah dan tawar menawar barang keperluan dan cenderamata di sini,” kata seorang jemaah haji dari Malaysia, Kassim Ahmad dari Johor, yang nampaknya gembira dengan keadaan itu. - Bernama

Bagi jemaah yang boleh berbahasa Arab, ada kelebihan dari segi mendapatkan tawaran harga yang lebih istimewa.

Penulis pernah terdengar seorang peniaga Arab cuba berkomunikasi dengan dua lelaki yang kelihatan seperti dari India apabila mengetahui mereka tidak boleh berbahasa Arab, menunjukkan bahasa kedua cuba dicapainya ialah bahasa Melayu apabila hendak berinteraksi dengan orang luar.

Penggunaan bahasa Melayu di kedua-dua kota itu bukan saja terhad di kalangan peniaga tetapi juga pekerja rumah penginapan dan hotel.

Buku dan rakaman ceramah agama dalam bahasa Melayu juga dijual di kedai-kedai buku di sini. - Bernama (Berita Minggu, 9 Nov. 08)

Komen:
Ketika berada di Padang Arafah pada tahun 1998, ada seekor unta yang patuh menurut arahan tuannya, seorang Arab. Di suruh duduk unta itu duduk, di suruh berdiri unta itu berdiri. Ramai jemaah manghampiri unta itu untuk melihat gelagatnya bersama tuannya.

Menariknya, tuannya memberi arahan kepada untanya bukan dalam bahasa Arab, tetapi dalam bahasa Melayu/Indonesia. Apabila tuannya sebut "duduk" dengan cepat unta itu melipatkan keempat-empat kakinya dan meniarap ke tanah. Seminit kemudian tuannya berkata lagi, " Bangun". Dan unta itu pun bangun.

Apabila ditanya kepada tuannya, macam mana ini boleh terjadi. Jawab tuannya, "Ana ajar unta ini cakap Melayu. Saya boleh cakap Melayu. Ana belajar daripada orang Indonesia dan orang Malaysia yang datang ke sini. Katanya, " Ini unta juga Ana ajar bahasa Melayu."

Memang pun tujuan tuannya itu mengarahkan untanya dalam bahasa Melayu kerana tujuan tertentu yang kita tidak jelas apa. Yang penting ialah pengajaran daripada spisod kecil ini. Di Malaysia orang tidak menghargai bahasa Melayu. Di kota suci sana, bahasa Melayu dihargai. Kalau ke bazar di Madinah nescaya kita akan dengar penjual bercakap dalam bahasa Melayu/Indonesia, tidak terkecuali beberapa orang jurujual daripada bangsa Bangladesh yang begitu fasih berbahasa.

Wednesday 29 October 2008

FORUM MEDIA YANG TAK SUDAH-SUDAH!!

Forum bincang masa hadapan media

Oleh MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN

BARU-BARU ini laporan sebuah organisasi antarabangsa mengenai kebebasan media menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-132 dalam indeks kebebasan wartawan dan media 2008.

Laporan itu menyebut kedudukan negara meningkat 10 anak tangga berbanding tahun lepas. Kedudukan itu lebih baik berbanding beberapa rakan ASEAN lain seperti Filipina (139), Singapura (144), Laos (164) dan Vietnam (168).

Berdasarkan penghakiman dan kaca mata organisasi Barat itu, bermakna kebebasan media di Malaysia nampaknya semakin baik.

Menurut Tan Sri Mazlan Nordin kebebasan akhbar memerlukan pelaksanaan oleh semua pihak, termasuk pihak berkuasa, bukan bergantung kepada pihak akhbar sahaja (Mingguan Malaysia 26 Oktober 2008).

Perdebatan pelbagai isu melibatkan media massa di negara ini kelihatan semakin menarik dan mendapat perhatian banyak pihak.

Malah media massa kini tidak lagi tertumpu kepada surat khabar, radio dan televisyen tetapi menjangkau teknologi Internet. Maka, muncullah blog-blog yang dikendalikan oleh bloggers yang kadang kala dilihat bebas membicarakan pelbagai isu politik, agama, kaum dan budaya tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat negara ini.

Dalam perkaitan ini, mungkinkah apa yang sedang berlaku itu dalam konteks kebebasan media bakal mencorak dan memberi impak kepada trend dan masa hadapan media massa Malaysia?

Oleh itu, inisiatif yang diambil oleh Gerbang Maklumat Selatan-Selatan (SSIG), sebuah unit di bawah Kementerian Penerangan dan Universiti Malaya (UM) menganjurkan satu forum ilmiah mengenai media massa di negara ini dilihat sangat tepat dan sesuai pada masanya.

Forum itu dianjurkan bersempena sambutan Hari Pembangunan Maklumat Sedunia (World Development Information Day) pada 30 Oktober setiap tahun sejak diinstitusikan oleh UNESCO pada 1972.

Kita dapati semakin ramai pihak yang berminat membicarakan pelbagai perkara berkaitan media termasuk kebebasan media massa, persaingan media konvensional dengan Internet, pengaruh blog serta terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.

Justeru, forum bertajuk, Trend dan Masa Hadapan Media Massa Malaysia yang bakal berlangsung esok, 30 Oktober ini di Dewan Tunku Canselor, UM boleh menjadi platform untuk membincangkan isu media massa secara ilmiah dan rasional.

Antara isu yang bakal dibincangkan termasuk peranan media di negara membangun, etika dan undang-undang untuk bloggers, peranan dan kebebasan media yang dikawal kerajaan dan tanggungjawab kerajaan terhadap cabaran media baru.

Isu menarik lain ialah cabaran kemunculan media baru, kebebasan lawan tanggungjawab di negara sedang membangun, kewartawanan bebas tetapi bertanggungjawab serta citizen journalism lawan media arus perdana.

Pihak penganjur berjaya mengumpul beberapa tokoh akademik, penyelidik, pengamal media, blogger dan pengamal undang-undang untuk melontar idea dan membicara isu-isu di atas bersama peserta forum.

Moderator

Mereka ialah Ketua Jabatan Pengajian Media UM, Profesor Dr. Azizah Hamzah; Ketua Setiausaha, Asian Media Information & Communication Centre (AMIC), Profesor Madya Indrajit Banerjee; Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai dan Penasihat Editorial, Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Azman Ujang.

Tokoh lain ialah blogger, Ahirudin Atan (Rocky Bru); Presiden, Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Norila Daud; Ketua Editor (Portal Inggeris), Sin Chew Daily, Bob Teoh dan Peguambela dan Peguamcara, Bhag Singh.

Forum itu bakal mendapat sentuhan daripada dua tokoh terkenal yang bertindak sebagai moderator iaitu Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar dan Editor Politik akhbar The Sun, Zainon Ahmad.

Kemunculan ramai blogger sejak kebelakangan ini turut mencorak landskap baru dunia kewartawanan di negara ini. Malah kelihatan menjadi pesaing dan pencabar kepada media konvensional dalam menarik minat masyarakat.

Sejak kemunculan apa yang dikatakan sebagai media baru, pasti tanggungjawab kerajaan semakin bertambah. Masyarakat turut menilai bagaimana kerajaan bertindak dalam soal ini. Maka, melalui forum itu diharapkan beberapa saranan bakal dihasilkan berkaitan isu cabaran media baru.

Bagi memeriahkan forum itu, Kementerian Penerangan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO serta beberapa syarikat akan mengadakan 30 buah pameran mengenai perkembangan terkini teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pameran itu akan membuka peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mendapat maklumat dan perlatan terkini berkaitan kecanggihan ICT daripada peserta pameran.

Forum sehari itu akan dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kepada yang berminat menyertai forum boleh hubungi penganjur di talian 03-79683204 /3364 /3044. (Utusan Malaysia 29 Oktober 2008)

Komen:

Kelihatan, isu penubuhan Majlis Media bergema lagi. Kali ini satu forum dadakan oleh bijak pandai dan pengamal media di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Ura-ura hendak mengadakan majlis ini telah masuk satu generasi agaknya iaitu sejak awal tahun 1980an lagi. Tetapi ia tak menjadi-jadi. Terlalu banyak halangan dan rintangan gamaknya, terutama dari aspek medium yang digunakan dalam pelbagai akhbar, baik elektronik mahupun cetak. Maka timbullah pertanyaan kalau di negara-negara lain seperti USA atau Indonesia boleh mewujudkan majlis media masing-masing mengapa Malaysia tidak. Barangkali salah satu jawApannya ialah wujudnya pelbagai akhbar dan kepentingan skubangsa masing-masing yang diwakili akhbar itu.

Di Indonesia, misalnya medium perantara yang digunakan hanya satu, iaitu bahasa Indoneia. Di USA, mediam pengantar majoritinya hanya bahasa Inggeris, tetapi di Malaysia media pengantarnya pelbagai, seperti bahasa Melayu, bahasa Cina, Bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris. Setiap akhbar yang menggunakan bahasa masing-masing sudah barang tentu akan mengikuti slant masyarakat pembacanya. Tidak mungkin akhbar berbahasa Melayu akan mengikuti slant atau kecenderungan masyarakat Cina. Begitu juga sebaliknya.

Maka selagi masyarakat Malaysia masih tidak bersedia untuk mewujudkan satu slant sentral (nasional) untuk akhbar masing-masing, maka selagi itulah akhbar akan terus dibelenggu dengan slant-slant yang terpencar-pencar ini. Dan selagi itulah pula usaha untuk mewujudkan Majlis Media akan menemui jalan buntu. Berseminarlah sebanyak mana, berforumlah sekerap mana dan berreolusilah sejumlah mana, hasilnya tetap "pi mai pi mai tang tu" juga.

Apapun jua, selamat berforum untuk berbincang fasal media ini.

Wednesday 15 October 2008

MAHU KE MANA KHAZANAH SHAHAROM HUSAIN?


Allahyarham Dr. Shaharom Husain, kiri, dan anak sulung Allahyarham Prof. Dr. Hatta Shaharom, ketika ditemu bual A.F.Yassin di rumah Dr. Hatta, Gombak,Selangor, 18 November 2007.

Khazanah sastera peninggalan Shaharom wajar diselamatkan
Berita Harian Online, 16 Oktober 2008

DUNIA kesusasteraan Melayu kehilangan seorang lagi tokoh besar apabila sasterawan Shaharom Husain yang lahir pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat meninggal dunia pada 2 Oktober, lalu.

Dalam dunia penulisan, beliau turut menggunakan nama Dharmaya, Mashur Malaya, Shabhi, Tokoh Guru dan Tokoh Budaya.

Allahyarham Shaharom menghasilkan beberapa novel yang terbit sebelum dan selepas kemerdekaan. Antara 10 Julai 1511 (1947), Hantu Laut (1948), Korban Sungai Muar (1948), Tun Fatimah (1948), Bermandi Darah di Sungai Johor (1949), Jiwa Melarat (1949), Berpaling ke Akhirat (1950), Kecewa (1950), Keris Laksamana Bentan (1954), Korban Kuala Kubu Karam (1955), Lembing Awang Pulang ke Dayang (1959) dan Bendahara Tepok (1963).



Beliau juga menghasilkan karya drama seperti Tonggak Kerajaan Johor (1957), Tun Seri Lanang (1959), Harimau Johor (1962), Tun Fatimah (1964), Si Bongkok Tanjung Puteri (1965) dan Wak Cantuk (1966).

Ketika hayatnya, Shaharom menerima beberapa anugerah seperti 'Tokoh Guru Berjasa Johor' (1983), 'Tokoh Guru Kebangsaan Malaysia (1984)', 'Tokoh Budaya Johor' (1991) dan 'Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan' UKM (1989).

Namun, selepas kematiannya, satu daripada cabaran besar yang perlu ditangani ialah untuk menyelamatkan khazanah sastera tinggalan Shaharom. Di rumah asalnya, 'Gapura Sastera' di Kempas, Johor Bahru, menyimpan koleksi yang amat berharga.

Selama beberapa dekad, sejak 1940-an, beliau membeli dan menyimpan pelbagai jenis akhbar, majalah, jurnal, pelbagai kertas kerja seminar dan simposium serta buku dari dalam dan luar negara. Sebahagian koleksinya, tidak ada di mana-mana arkib atau perpustakaan penting di negara ini.

Khazanah sastera tinggalan beliau amat tinggi nilainya dan wajar diselamatkan melalui kaedah koleksi serta pengawetan terkini. Di negara bercuaca lembap seperti Malaysia, bahan yang tidak disimpan melalui kaedah sesuai mudah reput dan rosak.

Oleh itu, wajarlah usaha menyelamatkan koleksi sastera beliau dilakukan segera. Semakin lambat proses penyelamatan dilakukan, semakin banyak bahan akan rosak. Kerosakan bahan akan merugikan generasi muda atau penyelidik yang berhasrat meneliti isu sastera dan kemasyarakatan dalam sesuatu zaman.

Diharapkan, pihak Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Yayasan Warisan Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka, mengadakan perbincangan dengan waris Shaharom demi merangka dan mengambil langkah positif untuk menyelamatkan khazanah sastera tinggalan tokoh sastera dan budaya yang luar biasa ini.

Generasi kini dan akan datang pasti terhutang budi kepada Shaharom yang mempunyai koleksi seni, sastera dan budaya meliputi tempoh lebih tujuh dekad.

DATUK DR ANWAR RIDHWAN,
Dekan Fakulti Penulisan
Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (Aswara),
Kuala Lumpur.

komen:
Cadangan Dekan Fakulri Aswara itu patut diberi pertimbangan serius. Jika kita mahu lihat khazanah tokoh budaya, terkenal dengan drama Si Bongkok Tanjung Puteri itu terselamat daripada dimamah zaman.

Sebagai salah seorang peminatnya yang sering menemuinya ketika hayatnya, saya rasa temu bual terakhir dengan beliau di kediamanan anaknya Dr. Hatta Shaharom di Taman Berlian, Gombak pada 18 November 2007 yang lalu merupakan pandangan dan pendapat rasmi terakhir Allahyarham mengenai perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Semasa ditemu bual Allahyarham menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah golongan masyarakat yang mula meminggirkan peranan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Katanya, "Banyak orang tanya saya tentang bahasa. Saya kata bahasa Melayu sekarang ni nak dikatakan bahasa rasmi tak pulak. Orang hanya mementingkan soal bisnes sahaja. Itu sahaja. Lain tak ada. Bahasa Melayu dah tak begitu penting lagi."

Apabila ditanya bagaimana Allaharham mahu dikenang oleh masyarakat Allahyarham menjawab " Tengok pada keadaan sekarang, dia orang berkehendakkan pengalaman saya. Dan itu yang kerajaan Johor minta dan saya berikan. Dia berkehendakkan pengalaman saya, hidup saya. Dia orang mahu dengar saya berkecimpung di dalam pendidikan, bahasa, budaya, sastera, politik. Bacalah buku saya "Di bawah Hujan Peluru"....

"Saya ada satu buku, saya tak tau siapa yang nak terbitkan buku itu… Sudah siap… Namanya Puteri Gunung Kinabalu. Awak tak ada niat nak terbitkan buku saya? Kalau ada yang menaja saya terbitkanlah. Sekarang saya tunggu orang menaja, kalau ada yang sanggup.Gambar-gambarnya pun dah siap."

Tuesday 30 September 2008

SALAM AIDILFITRI 2008/1429



SALAM SYAWAL 1429 KEPADA

SEMUA PELAYAR BLOG

YANG BERAGAMA ISLAM

DI MANA SAHAJA

ANDA BERADA.


MAAF ZAHIR BATIN

DARPADA KAMI SEKELUARGA


Monday 29 September 2008

TIMELY MOVE TO GET SAMAD ISMAIL PRESS FOUNDATION MOVING


A 1971 photograph, showing a young A. samad Said (striped shirt and now Dato')presiding over a team of sub-editors at Berita Harian editorial office, Balai Berita.

2008/09/29

Plan to set up A. Samad Ismail Press Foundation
BERNAMA

KUALA LUMPUR, MON:

The Press Forum of Asia (PFA) is planning to set up the A. Samad Ismail Press Foundation and Academy in honour of the late Tan Sri Abdul Samad Ismail, the doyen of Malaysian journalism.

PFA’s representative Datuk Ahmad Abdul Talib said the body, among others, would study the achievement and direction of the media industry todate and the impact on society and government.

“The study will be carried out by PFA members, media industry leaders and organisations,” he told a news conference on the setting up of the foundation and academy, here today.

He also said that PFA needed the cooperation from media organisations to put in place a strong structure for the proposed organisation.

Ahmad said that through the A. Samad Ismail Press Foundation and Academy, serving journalists would be able to widen their knowledge on the ever-changing and challenging industry.

“The academy will also conduct short-term courses on current issues,” he said, adding that members of the media could share their views and ideas on the foundation by contacting him through email at “ahmad@ahmadtalib.org” or

“ahmadt51@gmail.com”. Abdul Samad or better known as “Pak Samad”, the national journalism laureate and freedom fighter, died on Sept 4 at the age of 84.

He began his journalism career as a reporter with Utusan Melayu in 1940, and is synonymous with the history of the profession in the country. (NST Online 29 Sept 08)

Comment
Timely indeed. There are abled journalists, ex-journalists and academicians who will support the move. Presumably the Malaysian Press Institute should also initiate such move.I, for one, was lucky enough to have served under him in late 1971. He was the Editor of Berita Harian, with A. Samad Said as the Chief Sub and second-in-command. And then there were Shukor Harun, Mali, Salim Kajai, Chew and Shukor Rahman, working together around a horse shoe-shaped table.

I could not help but remember how journalist Zainuddin Bendahara came knocking at my door in Taman Universiti, Petaling Jaya, one evening, conveying Samad Ismalil's message requesting me to see him the next for an interview. This was in return to my phone call to the editor a few days back, requesting for an interview for a position as a reporter with Berita Harian.

Wednesday 17 September 2008

BAGAIMANA KALAU IPT WUJUDKAN FAKULTI KEWARTAWANAN?!!


Pak Samad seperti yang diabadikan Utusan Malaysia

Tubuh kursi pengajian kewartawanan

Oleh A. MURAD MERICAN

SAYA merujuk kepada cadangan mewujudkan Kursi A. Samad Ismail untuk pengajian kewartawanan di universiti tempatan (Utusan Malaysia 15 September). Kursi sebegitu sepatutnya telah lama wujud di Malaysia, memandangkan dimensi kritikal yang dimainkan oleh para wartawan dan penulis Melayu dalam sejarah negara dan pembinaan identiti Melayu.

Beberapa tahun lalu, satu kertas kerja dibentangkan mencadangkan sebuah pusat dan menubuhkan kursi pengajian kewartawanan di salah sebuah sekolah kewartawanan terawal di Malaysia, yang terletak di Lembah Kelang, tetapi ia tidak mendapat sambutan oleh ahli fakulti dan para pentadbir universiti di situ.

Persuratkhabaran Melayu adalah sebuah institusi utama dalam sejarah dan persejarahan negara. Ia juga merupakan warisan bangsa.

Selain dari Kursi Pengajian Kewartawanan A. Samad Ismail, dua lagi tokoh dalam sejarah negara juga jangan kita lupakan dalam hal ini - Abdullah Munsyi dan Syed Syaikh al-Hady.

Mereka juga perlu dilihat sebagai wartawan, penulis dan advokat kepada perjuangan, perubahan dan kemerdekaan budi dan jiwa Melayu.


Bakat Pak Samad dalam bidang masakan

Abdullah Munsyi, walaupun meninggal dunia pada tahun 1854, 22 tahun sebelum akhbar Jawi Peranakan diterbitkan di Singapura, merupakan pengamal genre itu yang terawal.

Abdullah menerokai penulisan esei dan kewartawanan Melayu. Kini debat dan pendapat Melayu kian pupus ditelan oleh kesempitan ideologi dan pemikiran.

Saya percaya kehebatan pendapat dan ekspresi kewartawanan Melayu yang ada bukan hanya pada A. Samad Ismail, tetapi juga pada Abdullah Munsyi dan Syed Shaikh al-Hady dapat manfaatkan melalui penubuhan kursi pengajian kewartawanan di sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia.

Usia persuratkhabaran Melayu kini ialah 132 tahun, dan usia sekolah-sekolah kewartawanan di universiti di negara ini menjangkau hampir 40 tahun, dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 16 orang pelajar yang bermula kursus kewartawanan mereka di Universiti Sains Malaysia pada bulan Jun 1971.

Ini diikuti program kewartawanan peringkat universiti di Institut Teknologi MARA yang bermula pada bulan Julai 1972 di Petaling Jaya.

Selama itu, pendidikan kewartawanan di Malaysia tidak banyak berubah dari segi penumpuan kepada teknik penulisan dan penerbitan. Kewartawanan Melayu tidak dikaji dan diajar secara khusus. Malah, kewartawanan diajar tanpa konteks dan korpus.

Kajian sejarah persuratkhabaran Melayu tidak mendapat sambutan di sekolah-sekolah kewartawanan kerana ia tidak dianggap satu bidang yang sahih - ia dianggap tidak dapat menghasilkan apa-apa kemahiran dari segi teknik penulisan, pengeluaran dan penerbitan.

Banyak kajian sosiologi dan sejarah persuratkhabaran Melayu dilakukan oleh jabatan-jabatan sejarah dan sosiologi, dan jabatan pengajian Melayu.

Sudah tiba masanya sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia mendekati kewartawanan dan persuratkhabaran dari sudut sejarah, sosiologi, antropologi, linguistik dan bidang-bidang lain dalam mencari teori, nilai dan kaedah dalam konteks dan pengalaman identiti dan negara bangsa.


Cara Berfikir Pak Saamad

Itulah yang dapat kita garap daripada penulisan dan perjuangan A. Samad Ismail, Syed Syaikh al-Hady dan Abdullah Munsyi. Penubuhan kursi pengajian kewartawanan bukan hanya membolehkan kita mengingati etos dan sejarah persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu khasnya dan Malaysia amnya.

Ia juga membolehkan satu transformasi dalam bidang pengajian kewartawanan itu sendiri dalam melihat kewartawanan bukan sahaja sebagai teknik penulisan dan penerbitan, tetapi juga sebagai kaedah dan jelmaan falsafah dan pemikiran, pembentukan ekspresi bahasa dan budaya, dan jalinan politik dan perubahan.(Utusan Malaysia Online 18 Sept. 08)

Komen:
Di samping Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail, bidang kewartawann perlu turut mengiktiraf jasa tokoh wartawan terdahulu. Di samping Abdullah Munsyi dan Syed Sheikh Al-Hadi turut diIKTIRAF jasanya ialah Abdul Rahim Kajai, mentor A. Samad Ismail sendiri, Yuaof Ishak, bekas Presiden Singapua dan Abdul Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian (adik-beradik),Tan Sri A. Samad Idris, Pak Melan Abdullah, dan Pak Sako. Ada pula Keris Mas dan Usman Awang, yang bertugas si Utusan Melayu sebelum berhijrah ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada pula yang masih aktif hari ini seperti Dato' Mazlan Nordin, Tan Sri Azhari Taib, dan Dato' A. Samad Said (walaupun tumpunan khusus kepada dunia sastera). Dalam kalangan wanita, ada pula peranan yang dimainkan Tan Sri Aishah Ghani, Adibah Amin, Puan Azah Aziz,Khadijah Hashim dan Zaharah Nawawi, sekadar menyebut beberapa nama.


Tan Sri Aishah Ghani, bekas wartawan yang pada hari ini aktif dalam politik


Puan Azah Aziz, tokoh budaya yang juga bekas wartawan

Semua ini menyebabkan "kita" terpanggil untuk bukan setakaat Kerusi Kewartawnan tetapi jauh lebih besar, seperti mewujudkan Fakulti Kewaratawanan yang serba lengkap. Pada hari ini ia mungkin telah wujud tetapi belum sempurna sebagai sebuah fakulti yang mampu menyediakan bidang-bidang yang menawarkan ilmu komunikasi dan kewartawanan secara menyeluruh dan bersifat holistik.

Di negara jiran, Indonesia,misalnya, Universitas Padjajaran Bandung, telah mewujudkan Fakulti Ilmu Komunikasi (sebelumnya dikenali dengan Fakulti Publisistik) sejak tahun 1957 lagi. Pada awalnya tiga jabatan diadakan, iaitu Jurusan Kewartawanan, Jurusan Penerangan dan Jurusan Public Relations. Ramai pelajar Malaysia telah menjadi alumni faklti bekenaan, antaranya termasuklah Dato' Seri Dr. Sulaiman Mohamad (Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Prof. Dr. Bukhary Ismail (UITM), Ismail Hamzah (bekas Pengurus Besar Aset KTMB), dan Razali Aziz (bekas Pengarah Penerangan NegeriPahang).

Barangkali Kementerian Pengajian Tinggi boleh memikirkan cadangan ini dengan kerjaama Malaysian Press Institute, yang kini diterajui Dato' Chamil Wariya. UITM, UKM atau Universiti Malaya boleh dijadikan institusi pengajian tinggi yang mempelepori fakulti ini. Untuk berkongsi pengalaman institusi pelopor ini bolehlah mendapatkan kerjasama daripa UNPAD Bandung atau Universitas Indonesia (hanya ada jabatan sahaja), atau untuk lebih "glamour" kunjungi berkongsi pengalaman diadakan di universiti-universiti terkemuka yang ada menawarkan fakulti dalam bidang kewrtawanan ini di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Jerman.

Sekarang ini pun telah wujud kerjasama kebudayaan antara UKM dengan UNPAD atau kerjasama saintifik (keilmuan) dalam bidang sebaran am antara UM dengan UNPAD.

Saturday 6 September 2008

TOKOH ADAT PERPATEH NORHALIM IBRAHIM BERPULANG MENEMUI PENCIPTANYA


Norhalim Ibrahim (kanan ) bersama Datu-datuk adat di Chengkau sewaktu penggambaran episod Jejak Bahasa DBP-TV3 tahun 2001


Norhalim berkisah tentang perlantikan Undang Rembau yg pertama dalam kolum "Sembang-Sembang yang disiarkan dalam Utusan Zaman

Curator Muzium Adat Jelebu meninggal

REMBAU 5 Sept. - Pakar rujuk adat dan budaya negeri, Profesor Norhalim Ibrahim, 64, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Seremban, petang semalam.
Allahyarham yang juga Kurator Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.45 petang.
Menurut adiknya, Norzali Ibrahim, 57, abangnya telah dimasukkan ke hospital itu sejak 26 Ogos lalu kerana sakit yang dihidapinya.
Bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu adalah juga anggota Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Buku Glosari Adat Negeri Sembilan tulisan Norhalim Ibrahim, tajaan Perbadanan Perputakaan Negeri Sembilan.

Allahyarham juga dianggap tokoh sejarah, adat, budaya dan warisan Negeri Sembilan kerana banyak menghasilkan buku, artikel dan sebagainya.
Di samping itu Allahyarham juga banyak menyumbang artikel kepada akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Adat Perpatih yang diwujudkan setahun lalu.
''Beliau merupakan pakar rujuk adat dan sentiasa mahu memartabatkan adat serta budaya negeri ini kepada umum. Allahyarham adalah penyelidik kental dalam adat perpatih," kata Ketua Biro Utusan Malaysia Seremban, Ainol Amriz Ismail.
Antara orang kenamaan yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharif Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus.
Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri, Shamsuddin Ahmad berkata, Allahyarham banyak menghasilkan buku mengenai sejarah adat dan budaya Negeri Sembilan.
''Allahyarham adalah seorang yang tidak lokek memberi ilmu, pandangan dan sentiasa bersedia bekerjasama untuk membuat penyelidikan mengenai sejarah, adat dan budaya Negeri Sembilan," katanya.
Penghulu Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bongek pula berkata, sumbangan besar Allahyarham ialah membuat penyelidikan terutama mengenai Adat Perpatih dan sejarah Negeri Sembilan.
''Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham ialah semasa beliau membentang kertas kerjanya bertajuk Institusi Beraja di Negeri Sembilan di Dewan Merdeka, Rembau pada 29 Jun lepas," katanya.

Buku "Negeri Yang Sembilan" mendapat kritikan positif daripada Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Dato' Shamsul Amri Baharuddin (UKM).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Aiani Sudin, 40-an dan lima anak serta empat orang cucu.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah ibunya di Kampung Mulia, di sini, dan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Pekan Rembau sebelum solat Jumaat. (Utusan Malaysia, 6 eptember 2008).

Komen:
Seorang tokoh budaya dan mantan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM)yang gigih menggali sejarah silam tentang Adat Perpatih. Saya amat mengagumi semangatnya untuk mengetengahkan sistem adat ini tanpa prejudis sejarah.fakta adat dan sejarahnya dengan menyisihkan mitos seboleh mungkin menjadi pegangannya ketika menulis. Bebarapa buah buku adat dihasilkannya, terutama dengan Fajar Bakti, antaranya "Negeri Yang Sembilan", Sejarah Linggi" dan "Perkahwinan Adat". Masih segar dalam ingatan bantuannya kepada program Jejak Bahasa DBP-TV3 di Negeri Sembilan. Beliau pakar rujuk untuk episod Negeri Sembilan untuk bidang adat dan perkahwinan. Beliau dibantu seorang lagi budayawan Abd. Latiff Rahman di Lubok China untuk penggambaran kehidupan komuniti Orang Asli di Bukit Kendong pada tahun 2001.

Norhalim adalah dari suku Batu Hampar, Rembau yang menurut sejarahnya menjadi tempat tinggal Datuk Leteh, yang datang dari Minagkabau untuk menjaga orang Minang di rantau Minang ini.

Buku terakhirnya ialah "Glosari Adat di Negeri Sembilan" yang diterbitkan pada tahun 2002, tajaan Jabatan Perpustakaan Negeri Sembilan.

Friday 5 September 2008

IN MEMORIUM: TAN SRI A. SAMAD ISMAIL (1924 - 2008)


Pak Samad's story as appeared in one of the Utusan weekly Jawi paper, Utusan Zaman in mid-1990's.


A book on Pak Samad by A. Karim Abdullah of Dewan Bahasa dan Pustaka.

2008/09/05

Obituary - Tan Sri A. Samad Ismail (1924-2008): The thinking man’s editor
By : Balan Moses

TAN Sri A. Samad Ismail, or Pak Samad to the many who knew him as journalist, nationalist, social historian and raconteur, was a man who lived his life the way he wanted to. No one could tell the man — nay, some would say legend — what he should do, say, or heaven forbid, write. Irrepressible to the point of being deemed insufferable by those who did not enjoy his wry sense of humour or colourful language that brought out the blushes in the uninitiated, he was his own man — and he never let anyone forget that.

There was many a time when the New Straits Times newsroom would resound to a loud guffaw that would reverberate within the walls for seconds, journalists there smiling knowingly to acknowledge that Pak Samad was in the house. There he was: wiry with a full head of hair above a wide forehead and a lean and hungry look perpetually on his face except when he joked and a huge but fleeting grin broke out.
The thick and wide glasses, which often hid a penetrating stare, gave him an academic air which quickly went up in smoke when the ribald jokes began.

As smoke trailed from the ubiquitous cigarette which he dragged on hard when charged, one knew that he was deep in thought. Of whether his rumination was about the affairs of the newsroom or the next colourful joke, no one knew.Despite the semblance of jocularity, he was dead serious when it came to journalism and he never let anyone, especially journalists, forget it.

It was just that journalism was ingrained in the man who attained iconic status over the years among journalists and media watchers nationwide and around the world. rguably the best bilingual journalist Malaysia ever produced and a Ramon Magsaysay awardwinner for journalism, he could charm the boots off readers with classy prose of such depth none could ever forget. Such was the style of the boy from Kampung Melayu, Singapore, who strode through different newsrooms from the 1940s to the early years of the 21st century, making his mark in every place.

The 1920s and 1930s left an indelible mark on his persona: there was a certain softness towards the underclass, the downtrodden and the underprivileged which refused to let him go. His affection for those sidelined to the periphery of society was part of the man, but the surface had to be scratched to see it. It certainly showed in his writing over the years. It was this love for the poor and neglected that would be used against him in later years by those in authority who did not want Pak Samad near the powers-that-be who had his ear.

It was also this singular element that took the Tokoh Wartawan Negara, an award he received in later years, to great heights in journalism. Starting 67 years ago as a 17-year-old in the Japanese Occupation-run Berita Malai, he never looked back as he became editor of the war-time newspaper as a 21-year-old, a senior Utusan Melayu staffer by 30, Berita Harian editor at 34 and finally managing editor and deputy editor-in-chief of the New Straits Times Group at 49. Even after retirement, there was no keeping him down.

He returned to the New Straits Times as editorial adviser in 1981, no less vitriolic. (Between 1976 and 1981, he was detained under the Internal Security Act for an alleged plot to garner Malay support for the Communist Party of Malaya.) He left in 1987, only to be re-appointed in 2000 as editorial adviser, with little having changed with the old man of journalism.

Few on the newsdesk can forget how he would come into the office a little after 7am daily and start work on his trusty old typewriter (he never learnt to use the computer). The first pages to leave his desk would be about followups to stories in the morning newspaper, ending with story ideas that reporters could work on. And that was the measure of the man: hard-working, a peoplewatcher and a journalist who was never satisfied with average writing from himself or others.

These were traits finely etched on his persona from his heady days as a cub reporter on the staff of the Utusan Melayu just before World War 2. The British after the war knew they had trouble on their hands in the form of the young Samad who already had a following, and jailed him briefly in 1946.But Samad was not to be restrained, the episode merely leading to closer ties with Malay nationalists and another dalliance with incarceration which saw him in jail for two years from 1951.

On his release in 1953, he returned to the Utusan Melayu but politics proved far too attractive for the nationalist who yearned for a nation without the manacles of colonialism.He became a founding father of the People’s Action Party along with Lee Kuan Yew who, in later years, would almost sever ties with his erstwhile friend and compatriot. Samad came back to Malaya where he worked with Berita Harian and was later to figure largely in the creation of the New Straits Times, out of the Singapore-based Straits Times.

But a part of his heart remained always in the southern island which contributed much to his worldview. Acerbic in English and Bahasa Malaysia, his critique of life and contemporary themes as Malaysians knew them drew as many bouquets as they did brickbats.In later years, time may have robbed him of many things but not the acuity that was second nature to Pak Samad. In hospital in his last days, he struggled to speak when visitors came but though his mouth may have been bound by illness they knew his spirit was free as it always had been. Admittedly, he was reduced to a shadow of the man that his family, friends and colleagues had known but to them, nothing had changed.

He was still a giant who had always been larger than life. (NST Online, 5 September 2008)

Comment
My mentor in journalism has finally made his last journey, today 5 September 2008. I had the privelege of working under him in late 1971 and early 1972, after being successfully recruited as a cadet reporter with Berita Harian. He was the Editor then, with A.Samad Said the chief-sub.
Innalilah iwainna ilaii raji'un. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).