Dunia persuratan a.k.a. sastera sepi? Mana mungkin. Itu di Rumah Pena masih ada kegiatan setiap Jumaat malam minggu pertama tiap bulan, peminat puisi dan penyair baca sajak. Itu di Rumah gapena di sebelah, setiap minggu ada 'rapat' pengurusan mungkin. Paling-paling nak tinjau untung rugi Gapeniaganya.
Yang sepi barangkali "kita-kita yang kononnya dilabel penulis atau sasterawan yang duduk menyepi di rumah sendiri. Maklum kita ini sudah berada di ambang hari-hari terakhir menikmati hidup di luar dunia pejabat.
Kadang-kadang teringat kawan-kawan yang masih bernafas dalam pelukan keluarga masing-masing. Kawan-kawan seperti Shamuddin Jaapar yang berpencen rehat di Shah Alam, Wahba di Kepong, Sharif Putera di Kuala Terengganu, Nor Hishm Mustapha di Kota Bahru atau Pak Matlob di Semerah, Batu Pahat.
Lainlah kawan-kawan yang masih menjalani hidup 'lumba tikus (rat race) seperti Zam Ismail di Johor Bahru, Firdaus Abdullah di Dewan Senat, Chamil Wariya di MPI di Taman Tun, atau Johan Jaaffar di Media Prima.
Harap-harap kita dan mereka semua sihat dan selamat. terutama orang tidak lagi begitu kisah dengan dunia sastera dan persuratan.
Bagan should lead the global way
-
Twenty-nine years ago, in September 1995, the voters of Bagan saved the DAP
and democracy in Malaysia after the DAP suffered its worst electoral defeat
in ...
3 days ago
No comments:
Post a Comment