Dharmala NS dies
2009/08/13
SEREMBAN: Literary and cultural figure Abdul Muluk Daud, who is popularly known as Dharmala NS or Pak Dharma, died of heart complications in Selayang Hospital, Selangor at 8.45am yesterday. He was 62.
His wife Adiah Matlana, 54, said her husband suffered a heart attack after breakfast with family members in Taman Seri Gombak, Selangor, on Aug 4.
"He was rushed to Selayang Hospital and was treated at the hospital's cardiac care unit until his death yesterday morning."
Muluk, who was also a cultural activist, ran a blog at adimul.blogspot.com.
He is survived by his wife and six children, four of them boys, aged between 16 and 31. -- Bernama as extracted by NST, 13 August 09
PERGINYA DHAMALA NS, PENULIS ASAL JELEBU
Seniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, yang juga seorang blogger meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Abdul Muluk Daud, sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi, rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.
Beliau yang juga terkenal di alam siber dengan nama Pak Darma melalui blog adimul.blogspot.com adalah seorang blogger yang tekun mengemaskinikan blognya yang memuatkan tulisan-tulisan dari beberapa orang penulis dari Warga Perihatin Malaysia (PRIMA) seperti pengkritik sastera terkenal, Mohd Affandi Hassan, Kamal Amir, Yahya Ismail, Mankadir dan lain-lain.
Pak Dharma dilaporkan telah dikejarkan ke hospital mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Beliau pada hari berkenaan baru selepas bersahur untuk menajalan puasa sunat.
"Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.
Waris Pak Dharma menyatakan, semasa di hospital, aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga Yassin Salleh (bapa saudara Pak Dharma). Beliau merakamkan terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Begitu juga kepada rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan.
Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini. Sumber: anak rembau
KOMEN:
Demikianlah seorang demi seorang teman dalm bidang penulisan pergi menemui Sang Pencipta. Yang tinggal hanyalah warisan pesaka dalam bentuk krya dalam apa pun genrenya. Kita melihat perginya Dharmawijaya lima tahun dahulu, kemudian kita dikejutkan dengan pemergian Sahmad Malaya dari DPMP Pahang, lalu prgi pula Amil Jaya, penulis dari Sabah yang berusia 62 tahun. Usia Amil sama dengan usia Arwah Dharmala NS. Hanya Sahmad yang berusia 84 tahun ketika berpulang ke Rahmatullah. Tidak lama sebelum itu pergi dahulu Drs. Yeop Johari Yaakob, penulis Negeri Sembilan,bekas pegawai bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin!
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
1 week ago
Kita juga sedang memburu maut yang sedag meluru ke arah kita. Peretmbungannya bakal berlku bila-bila masa sahaja. Salam Ramadan yang putih dan jernih.
ReplyDeleteMaaf sdr kerana baru buka blog. Beberapa bulan ini saya kurang sihat. Terpaksa istirehat banyak-banyak atas nasihat dokter. Namun begitu demikianlah kita selalu sahaja diburu maut. Entah esok atau lusa kita akan menemuiNya. salam
ReplyDeleteterima kasih kerana mendoakan kesejahteraan roh arwah ayahanda kami, Pak Dharma,semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t.Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi...
ReplyDeleteDari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sepulangnya merantau dari Brunei, terakam sedih di sanubari ramai teman penulis telah kembali ke rahmatullah, al-Fatihah.
ReplyDeleteDr.Rajiee Hadi @ tiubbocor.blogspot.com/