TS Ismail Hussein (kanan) menyampaikan cenderahati kepada TS Mohamad Mohd Taib dalam satu majlis persuratan di Kuala Lumpur.
Penyair Indonesia, Taufik Ismail sedang menghayati bait-bait puisi dalam satu majlis di Jakarta.
Setelah tujuh tahun lamanya dua pertemuan penting membincangkan kebudayaan Melayu dan Singapura di Malaysia dan secara tak langsung Indonesia juga. Apakah rumusan yang dicapai dalam dua pertemuan itu telah menghasilkan apa-apa manfaat kepada kelangsungan hidup budaya tiga negara Melayu di alam Nusantara ini. Susah mahu ditebak ketika ini tapi sejenak kita menghimbau apa yang pernah dibincangkan dalam dua pertemuan para tenaga ahli akademik dan pengarang-pengarang tersohor di tiga negara berkenaan.
Dua petemuan penting bulan Jun 2004 lalu ingin berbincng tentang sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.
Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.
Di Rumh Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku “Perjalanan MAS” terbitan ASAS ’50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS ’50.
Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.
Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.
Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.
Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. “Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari,” katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, “Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri.”
Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, “Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah.”
Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah “sesuatu yang mulai terhakis.” Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba “mendakapnya kembali....asing tapi mesra.” Bagi Djamal, ungkapan “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” bagi sesetengah orang “mulai sedikit demi sedikit kehilangan nilai dan wibawanya”. Bagi orang Singapura identiti Melayu antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, “Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras.”
Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS ’50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah “diubahsuai” untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, “Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan.”
Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.
Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, “kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme.” Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.
Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.
Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, “Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu.” Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.
Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak “merojakkan” kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap 60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium di Serdang itu.
Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.
Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
1 week ago
Bagaimana budaya Melayu bisa berkembang andainya orang politik masih terus berbengkeng. Payah dong Pak!
ReplyDeleteMasih saya ingat tujuh tahun yang lalu saya hadir di seminar di UPM tentang budaya Melayu. Tapi yang bicara bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggerisnya lumayan. Di Gapena semuanya bertutur dalam bahasa Melayu.Lumyan juga bahasanya. Kedua-dua seminar bicara tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia.
ReplyDeleteSaya boleh rumuskan Malaysia maju dengan bahasa Melayunya dan Singapura maju dengan bahasa Inggerisnya. Budaya Melayu ginama? Susah nak cakap.
erm....
ReplyDelete