A, Ghaffar Ibrahim: Masih berpuisi lagikah atau sedang mencari sepi?
Kelihatannya., dunia sastera kita sepi, sesepi-sepinya. Kalau pun ada kegiatan ia cuma kegiatan rutin seperti yang dilakukan PENA setiap awal bulan, iaitu Malam Baca Puisi PENA. Gapena mungkin masih belum selesai dengan pencarian dunia Melayunya yang seperti kata Pak Ya (Yahaya Ismail) yang "tak habis-uabis". Minta maaflah orang-orang di Rumah GAPENA.
Menurut Pak Ya dalam fb-nya orang sedang riuh memperkatakan nasib bangsa Melayu Gapena dok asyik mencari Melayu di arena diaspora. Tak tahulah apa hendak jadi dengan dunia sastera kita, terutama yang membabitkan isu PPSMI. Benarkah akan berlaku perubahan atau akan tinggal retorik politik belaka. Semuanya atas nama realiti politik.
Bercakap tentang realiti politik ini, nyatanya PAS telah membuka langkah mengubah dirinya sebagai parti yang akan menggantikan UMNO dan menjadi jagoan orang Melayu. PAS akan membina dengan utuh sebuah negara Malaysia yang berkebajikan dan tidak lagi membina sebuah negara Islam. Kata PAS, persisinya presidennya kata istilah negara Islam Itu tak ada dalam al-Quran, nrgara berkebajikan ada.
Jadi sekarang di mana kedudukan kesusasteraan? Dan soalan utamanya siapa peduli kalau bidang sastera itu dibiar terpinggir atau diketepikan langsung. Dengan ramai anggota Jawatankuasa pusatnya terdiri daripada anggota yang bersongkok, berbanding yang berkopiah, maka cita-cita ahli-ahli PAS untuk mentransformasikan parti itu menjadi parti moderate telah termakbul. Tetapi soalan yang perlu ditanya sejauh manakah PAS akan jujur memperkasakan bidang sastera ini kalau isu itu tidak ada kaitannya dengan politik.
Sepi lagi dunia sastera, sesepi tanpa manusianya yang berminat dalam bidang yang tidak memberi pulangan yang menguntungkan dari sudut komersial. Nampaknya Pak Samad Said yang pernah mogok kerana dot.dot.dot dulu itu perlu mogok lagi untuk meriushkan dunia sastera kembali. Barangkali isu sastera yang berbau politik seperti yang berlaku di zaman Hishamuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaran dulu perlu diriuhkan kembali supaya KL ribut kembali dengan lautan manusia membantah isu PPSMI.
PM kita asyik ke luar negara sahaja kerana kononya antara lain mencari pelabur ke Malaysia. TPM kita pula asyik ke sana ke mari dalam negeri menabur janji wang berjuta. Hal ini mengingatkan kita kepada zaman Tun Mahathir dan Ghaffar Baba ketika menjadi PM dan TPM. Ada masa-masanya Tun asyik ke luar negara mencari pelaburan dan Ghaffar pula aSyik di dalam negeri menabur janji wang bermilion kepada rakyat. Skenario yang serupa berulang lagi. Tapi di mana kedudukan sastera kita?
Nampaknya seperti kata bijak pandai Si Luncai terjun sudah mulai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan! Kesian orang sastera, awak kini ibarat luncai dengan labu-labunyqa. Atau biarkan orang sastera menyanyikan lagu Inggeris "Humpty-Dumpty." Sementara orang UMNO dengan Presiden dan Timbalan presidennya menyanyi terys mendendangkan lagu popular "My Way-nya".
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
1 week ago
Saya ada 'cerita lama' dengan Abang AGI. Tetapi biarlah menjadi nostalgia dan sejarah...Pernah akrab tetapi terputus sejak tahun 1998...harap AGI terus berjaya dan semoga kita bertemu pada suatu waktu nanti. (Rajiee Hadi)
ReplyDelete