Saturday 16 July 2011

Erti Sebuah Perjuangan menurut Pak Samad Said.


                                                      Datuk A Samad Said di Bersih 2.0
  
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said adalah bos saya ketika saya bertugas sebagai Kaadet Wartawan di Berita Harian pada tahun 1971. Hampir 40 tahun yang lalu. Sehingga hari ini kalau bertemu Pak Samad (panggilan kami ketika bertugas adalah Encik Samad) tak lupa saya bertanya khabar. 

Entah bila saya bertemu kali terakhir saya ingat-ingat lupa.Barangkali di lobi sebuah hotel terkemuka selepas majlis Penyampaian Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, lama dulu. Maka apabila saya membaca Pak Samad terlibat aktif dalam Bersih 2.0 baru-baru ini, saya terkejut juga. Bukan kenapa, hanya beliau sahaja yang kelihatan. Tidak ada pula penulis sasterawan yang lain ikut serta. Barangkali ada, cuma tak jumpa. Lagi pula saya tidak keluar ke Kuala Lumpur pada 9 Julai itu. 

terfikir pula mengapa tidak ramai yang mengiringi Pak Samd dalam Bersih 2.0. Barangkali sikap Pak Samad dengan sasterawan-sasterawan lain tak serupa. Cara berfikir berlainan. Mungkin juga ada yang menyokong Bersih 2.0 tetapi lebih selamat tinggal di rumah sahaja. Apapun, sikap dan tindakan Pak Samad di Bersih 2.0 ditanggapi bercampur-campur oleh kalangan penulis. Cuma apa yang ingin ditimubulkan di sini ialah kesan daripda menyertai Bersih 2.0 secara terang-terangan begitu. Pak Samad kelihatan senang, malah memberi komentar bahawa beliau kagum dengan respons yang ditunjukkan peserta Bersih 2.0 yang terdiri daripada kalangan pelbagai bangsa. Walaupun para bolger banyak menyebut hampir 98% yang menyerti Bersih 2.0 terdiri daripada satu kelompok kaum  sahaja, iaitu orang Melayu. 

Impaknya biarlah sejarah menentukan. Motifnya biarlah masa yang menentukan. Tapi buat Pak Samad apa yang diikrarkannya dalam blog "Anak Seberang" di bawah ini boleh meyakinkan dunia persuratan tentang tekadnya, mulai saat itu. Dahulu Pak Samad pernah mogok dua kali hanya kerana masalah royalti dan kaitannya dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam petikan di bawah ini Anak Seberang menulis:

"Jangan perasan A Samad Said siapa nak jemput hang by anak seberang 15 julai 2011

                                                      Ambiga yang mengetuai Bersih 2.0.



Sasterawan negara yang lupa daratan telah mengeluarkan kenyataan kononnya dia akan 'memulaukan' dan tidak akan hadir di semua majlis / program anjuran kerajaan selepas ini ekoran isu bershit tempohari.

Elok la Pak Samad yang lupa diri, AS pun nak cadangkan mana-mana jabatan/kementerian dalam Kerajaan sekalipun lepas ni tak perlu nak jemput orang tua tak sedar diri ini.

Dia lupa jasa kerajaan yang mengangkat 'darjat'nya sebegitu tinggi dari seniman haprak jalana hingga dinobatkan menjadi sasterawannegara dan mengecapi pelbagai kemewahan hasil dari jadi sasterwan negara.

Kalau takat nak bersajak, berpuisi dan jadi anak seni, ramai lagi anak muda yang boleh digilap bakat mereka boleh jadi lebih baekk dari Pak Samad".(
Jangan perasan A Samad Said siapa nak jemput hang by anak seberang 15 julai 2011)


1 comment:

  1. Pak Samad Said tidak rapat dengan saya walaupun kerap bersua muka. Seingat saya, saya bersemuka,bersembang dan berbincang dengan Pak Samad dan Maarof Mohd Noh editor WARTA TEBRAU (WT)pada tahun 1981 di Muar sewaktu WT mahu diterbitkan dan dilancarkan di negeri Johor.Sejak itu Pak Samad ada mengutuskan surat beralamat Jalan Riong, ke Kuala Lumpur ke alamat Rumah Seribu Bintang,Tanjung Agas,Muar,Johor, alamat rumah saya ketika itu. Dalam kandungan suratnya beliau mengingatkan saya agar tidak hanya menyumbangkan puisi-puisi sahaja untuk WT tetapi beliau juga mendambakan rencana-rencana sastera,budaya dan sejarah setempat ketika itu.Hubungan saya setakat itu, sehinggalah saya berhijrah ke Kuala Lumpur kerana berpindah tempat kerja dan sambung belajar.Apabila bercuti panjang pulang dari luar negara 2009, saya turut bersama Datuk Hassan Ahmad, Pak Samad Said dan para pejuang Bahasa Melayu dalam GMPpsmi dan turut bersama di jalan raya secara aman. Saya lihat Pak Samad seorang komited dan jujur menyuarakan suara hatinya; tidak hipokrit dan berani. Terlalu banyak mahu diceritakan tetapi hanya setakat secebis ingatan buat Pak Samad. Salam perjuangan! (Rajiee Hadi)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).