Penyair dan sutradara Yassin Salleh pernah bersama-sama Ikan-Ikan Di Kacanya.
Emel undangan dari penyair Yassin Salleh mengejutkan. Sebabnya jarang amat beliau memunculkan diri di khalayak semenjak dua menjak ini. Pun beliau telah begitu lama tidak diketahui di mana hutan rimbanya beliau menetap. Di Kuala Lumpurkah? Atau di Kuantankah? Maka undangannya ini seperti mengiyakan bahawa beliau masih bernafas dan masih aktif dalam dunia seninya.
Yassin mulai kami kenal di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketika itu beliau menyerahkan sejambak puisinya untuk pertimbangan siaran dalam majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat. Kemala (sekarang Dato') menerima kunjungan bersama sajak-sajaknya. Emel undangannya berbunyi:
"Sudaraku Af. Yassin.
As Salam.
Dengan sukacitanya, saya mengundang sdra ke acara sulong Gelanggang Seni Warisan, Kuantan;
Pentas Malam dan Promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku.
Untuk keterangan mengenainya sila layari:
http://www.facebook.com/home.php#!/event.php?eid=118678261539584
Mengharapkan kebersamaan sdra untuk menjadikan acara ini lebih bererti dan bermertabat.
DAN,
sekadar memaklumkan, kiranya ada masa terluang, sudilah hendaknya sdra singgah di blog sajak saya:
http://yassinsalleh.blogspot.com
Salam Takzim.
sahabatmu
yassinsalleh
016 3904 326
Pentas Malam dan Promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku dipentaskan di Gelnggang Seni Warisan , Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Menghala Ke Pantai Teluk Chempedak. MOMOK..Jangan Panggil Aku adalah arahan dan terbitan seorang seniman M. Jamil Zukifli, anak seniwati Sarimah. Bagi menyokong karya beliau, seorang anak Pahang kelahiran dari Bandar Di Raja Pekan, Gelanggang Seni Warisan amat berbesar hati bekerjasama dengan Galaksi Seni Sdn. Bhd bagi mengadakan program Pentas Malam dan Promosi MOMOK...Jangan Panggil Aku.
Antara yng bakal hadir termasuklah para Jemputan Khas :
1. YBhg. Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Eksekutif ...Media Prima Berhad.
2. YBhg, Datuk Ruhanie Ahmad
3. Seniman Hj. Ismas Saring
4. Seniman Dr Ibrahim Ghafar
5. Seniwati Datuk Sarimah
6. Seniwati Mariani
7. Komposer Ikhtiman Ismail
8. Artis Rakaman Oja Axis
9. Artis Rakaman Nas Atea
10. Artis Rakaman Rozita Rohaizad
11. Sastrawan Yaakub Isa
12. Pemuzik Yaakob Abdullah
13. Seniman M.Jamil, para Pelakun dan Crew MOMOK..Jangan Panggil Aku
14. Pemimpin Setempat
15. Rakan seangkatan di Facebook
16. Seniman Yassin Salleh
17. Seniman Noramin Mosyi Mosyi
18. Seniman Siso Kopratasa
19. Pelukis Warisan Pahang, Osman Limat
20. Wartawan-wartawan hiburan
21. Kelab Media Pahang
aktiviti sampingan yang turut dipersembahkan ialah:
- Aktiviti membakar ubi kayu dan jagung untuk hidangan promosi
- Aktiviti dari Rajawali Art Group International,.
- Aktiviti permainan rakyat - congkak dan selambut.
- Aktiviti Edu Kraf - Batik Canting
- Pameran Produk Kraf Pahang
- Aktiviti persembahan kebudayaan
- Aktiviti bacaan dan nyanyian puisi
- Aktiviti bicara filem
- Aktiviti penyampaian Anugerah Gelanggang
Siapa Yassin Salleh? Seperti tertulis dalam blognya: Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, dad has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog.
This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.
Selagi berkarya masih terus berkarya. Itu Yassin Salleh!
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
1 week ago
No comments:
Post a Comment