Wednesday 9 July 2008

BERCERITALAH SEADANYA. TIDAK LEBIH, TIDAK KURANG...


Allahyarham Usman Awang: Alangkah moleknya kalau kita bicara tentang sikap kemanusiaannya tapi bukan melalui cipta sateranya

Mengenali Usman Awang

SASTERAWAN Negara Datuk Usman Awang (dianugerahkan pada 1983), nasionalisme, bahasa Melayu dan kesusasteraan merupakan elemen-elemen yang tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan sebuah pakej yang unik dan mengkagumkan lahir ditangannya.

Ketika negara baru setahun mencapai kemerdekaan, karya-karya Usman adalah antara pengisinya. Beliau melontarkan cadangan, menegur serta mengkritik kepincangan kepimpinan, isu sosial, politik dan apa sahaja untuk memajukan bangsanya.

Elemen yang sangat ditekankan ialah pembelaan terhadap golongan miskin serta penggunaan bahasa Melayu sebagai alat integrasi, pendidikan, kehakiman dan sebagainya bagi menggantikan bahasa Inggeris yang sinonim dengan kolonialisme.

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, karya-karya Allahyarham menjadi medium untuk memulihkan integrasi, persefahaman antara kaum dan nilai-nilai moral yang terluka akibat daripada kejadian tersebut.

Hari ini, selepas lapan tahun meninggal dunia.... (Petikan Utusan Malaysia, 19 Julai 08).

Komen:
Yang ditemui ini bukan orang sastera, jauh pula sebagai orang budaya atau persuratan. Dia tidak cerita tentang Allahyarham Usman Awang. Dia yang tak mahu namanya disebut berulang kali bertanya apakah masyarakat sastera dan budaya kita hari ini tidak pernah jemu-jemu memperkatakan tentang karya dan nilai karya, tsk kirslsh tokoh mana sekalipun. Sedangkan khalayak pembacanya orang itu-itu juga atau kumpulan itu-itu juga.

"Give me a break-lah," katanya. Nampaknya meluat sangatlah dia ini.
"Saya minatlah juga sastera ini tapi minat saya lebih pada politik dan sejarah. Saya datang dari kampung. Saya bekerja di KL. Dah nak pencen pun. Tentang sastera ini, tak boleh ke kita lari sedikit daripada membincangkan karya tokoh semata-mata dan beri juga perhatian kepada perwatakan dan kepribadian tokoh secara langsung dengan mengenali orangnya, tokohnya. Jarang kita dengar orang bercakap tentang tokoh itu sendiri. Balik-balik yang dicakapkan karyanya. Tak bosan ke? Kan lebih sedap kita dengar cerita tentang orangnya dan kaitkan dengan karyanya. Barulah ada makna. Yalah segala sesuatu mengenai diri tokoh itu secara dekat.Memang ada cerita seperti ini tapi kurang sangat.Biar ada unsur riwayat hidupnya."

Katanya lagi, "Saya tak pati sama ada pujian yang kita berikan terhadap karyanya setimpal dengan semangat dan idealisme dalam dirinya. Kadang-kadang karyanya cuma rekaan semata-mata tapi, tak ada kena-mengena dengan sikap dan perwatakannya "dalam hidup". Saya tak pasti apakah karyanya itu benar-benar lahir dari watak jujurnya sekadar rekaan untuk memartabatkan kemanusiaan itu sendiri secara jagad.

"Saya beri contoh. Saya kenal seorang sasterawan. Hebat karyanya. Terlalu manusiawi. Dan ideal perjuangannya. Tapi secara peribadi, saya kenalinya tidaklah sehebat semangat idealnya. Pernah dia (sasterawan) itu kata, " Saya hanya menusia biasa. makan minum seperti anda. Saya perlu itu dan ini. Lebih-lebih lagi saya perlu duit. Apa yang saya tulis belum tentu apa yang saya fikir. Dia pun pernah kata "apa yang dikatakan itu hanya persepsi sahaja. Entah betul entah tidak, saya pun tak tahu."

Ini satu pengakuan yang "down to earth". Dan kalau kita dok asyik memuji kehebatan karyanya, penuh dengan jargon-jargon idealisme. tetapi dia sebagai manusia kerdil punya keinginan-keinginan (nafsu) keduniaan di manakah letaknya kejujuran apabila kita bicara tentang karyanya. Lazimnya apabila kita memperkatakan karya kita ini selalu sangat dipengaruhi sifat-sifat keperibadiannya yang kadang-kading saling bertentangan.

Bukankah lebih baik dan bagus jika mereka yang ingin memuji sesebuah karya kita fahami jiwa penulisnya secara lebih dekat, selidiki orang-orangnya sekali. Kata kawan yang bukan sasterawan tadi,"Kalau kita tak mengenal latar belakang diri tokoh yang hendak kita bicarakan itu, tak usahlah cerita panjang-panjang tentang karyanya.


Allahyarham Cikgu Buyong Adil

Lalu saya teringat kata-kata Allahyarhan Cikgu Buyong Adil, bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, yang sebelumnya bekerja di Singapura sebagai Pengarah Pelajaran,pada pertengahan tahun-tahun 1970-an dahulu, "Penulis lebih banyak berkhayal."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUST-READ BLOGS

REFLECTIONS

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).